Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Jahit Langsir Dapur Paling Simple & Murah (30 Minit Dah Siap!)

Cara Jahit Langsir Dapur Paling Simple (30 Minit Dah Siap!) | Terus terang daku tak pandai menjahit. Setakat nak jahit biasa (jelujur) tu boleh! Kalau mesin pun daku cuma reti masukkan benang dan tekan pedal mesin jahit je. Nak lebih-lebih tak pandai. Nak gunting buat baju ke apa, alamak lagi kurang mahir. Nama je anak si guru jahitan tapi diri sendiri failed. Apa nak buat, ini semua soal minat dan kesabaran.

Dan disebabkan kemahiranku yang terbatas bercampur dengan kurang kesabaran untuk menjahit itulah, maka daku hanya suka untuk guna mesin jahit kala perlu saja. Itupun untuk jayakan daku punya projek yang simple dan mudah. Bolehlah dari takde kan?! Salah satunya adalah jahit langsir cara paling simple (30 minit dah siap)! Haaa korang rasa?


Inilah rupa langsir yang ada kat dapur rumah buat masa sekarang ni. Nak kata cantik sangat tu taklah tapi alhamdulillah dapatlah jimat duit dari perlu beli kat luar. Lagipun ini lebihan kain so buat jelah!


Cara daku buat mudah saja.

1. Potong kepada size yang diinginkan kemudian jahit lurus pada seluruh tepi kain hingga selesai.


2. Potong kain lebihan yang ada dengan kaedah jahit lurus yang sama sehingga menjadi seperti tali seperti di dalam gambar di bawah. Jika ada masa buat boleh beli reben kain saja. 


3. Jahitkan tali kepada langsir dengan jarak yang agak sesuai.


4. Kemudian bolehlah di ikat pada rod besi yang ada di tingkap. Jika nak nampak beralun boleh guna kain yang lebih panjang 




DONE! Moga boleh beri idea pada yang lain... 



7 comments for "Cara Jahit Langsir Dapur Paling Simple & Murah (30 Minit Dah Siap!)"

  1. semoga satu hari nnt ray dpt belajar menjahit jugak.

    ReplyDelete
  2. menarik jugak ni kak, senang kerja pun iya... lawo je kejadian nya

    bestnya ada mesin jahit kt rumah

    ReplyDelete
  3. wahhh pandainya menjahit..bole jana pendapatan sampingan ni. sy teringin mo belajar menjahit tapi belum ada kesempatan lagi huhu

    ReplyDelete
  4. cantik warnah hijau tu.... pandai awa jahit....

    ReplyDelete
  5. eh sama pula kain kita..baru sampai semalam beli online..

    ReplyDelete
  6. walaupun mak kak tukang jahit tapi kak ni jenis takda turun bakat menjahit dia. haha

    ReplyDelete
  7. KSarie memang tak reti nak menjahit. Bab menjahit semua ksarie serahkan pada suami ksarie

    ReplyDelete