Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Pindah Rumah Dengan Mudah : Mesti Guna Khidmat Lori Sewa!

Cara Pindah Rumah Dengan Mudah : Mesti Guna Lori Sewa! | Benar, cara pindah rumah dengan mudah mesti kena guna lori sewa. Ini berdasarkan pengalamanku sendiri yang dah beberapa kali berpindah. Mau taknya, barang banyak dan jika nak pindah dekat sekalipun penat tau nak angkut sikit-sikit sampai habis.

Lagi-lagi jika saat akhir baru tahu kena pindah. Mau meroyan jadinya. Pindah rumah bukannya satu perkara mudah kerana ia melibatkan banyak kerja.




8 Tips Pindah Rumah Baru Sebagai Panduan 

Detik nak pindah ke rumah baru memang best, lagi-lagi kalau dapat berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa. Tapi bukan mudah sebenarnya untuk selesaikan urusan berpindah ni. Nak pindah bukannya macam nak pergi tengok wayang hehe.. 

Apapun, untuk kalian yang sedang dalam misi untuk pindah ke rumah baru, di sini ada beberapa tips yang boleh di guna pakai untuk mudahkan urusan perpindahan. 


1. Cari Rumah Baru Secara Online Terlebih Dahulu

Nak cari rumah baru tak susah, boleh je cari secara online. Lagi-lagi kalau rumah untuk di sewa. Berlambak-lambak! Cari je ikut lokasi dan mengikut bajet yang telah ditetapkan. Jika nak beli tanah untuk buat rumah juga boleh di cari secara online. Begitu juga jika nak beli rumah baru siap buat. 

2. Call Owner Rumah Bakal Disewa / Pihak Bank Untuk Lihat Sendiri Keadaan Rumah 

Setelah jumpa lokasi dan rumah yang sesuai, bolehlah call owner untuk aturkan temujanji. Sebelum buata apa-apa keputusan wajib untuk lihat rumah tersebut dengan mata kepala sendiri dulu. Jangan tau main setuju je hanya dengan melihat pada gambar. Gambar dan keadaan sebenar selalunya tidak akan sama 100%

3. Check Keadaan Rumah Dengan Terperinci 

Keadaan rumah perlu diperiksa sepenuhnya dari luar hingga ke dalam. Tak hanya itu periksa sekali keadaan lantai, fasiliti, elektrik, air dan sebagainya. Ini semua penting untuk memastikan yang kita alert tentang keadaan rumah tersebut dan tidaklah berlaku kejadian kena tipu. Kalau tak periksa takut nanti bila dah masuk itu rosak, ini rosak dan nak baiki terpaksa pula kena keluarkan duit sendiri. Alamak!

4. Jangan Lupa Untuk Bertanya Tentang Kos Pembayaran Dan Deposit 

Bagi yang nak beli rumah boleh ke mana-mana bank terdekat yang disukai untuk urusan pinjaman untuk pembelian. Kalau ada cash tak susah, terus je ke fasa bincang untuk urusan pembelian. Manakala untuk rumah sewa pula bolehlah bincang soal kadar sewa dan jumlah deposit yang perlu disediakan.

5. Selesaikan Segala Bil Untuk Rumah Sekarang Sebelum Berpindah

Ini penting! Sebelum berpindah ke rumah baru tu, jangan lupa bayar dulu semua bil-bil yang ada. Bil elektrik, bil air, bil telefon dan apa sajalah. Pastikan jelaskan semuanya dulu. Lagi-lagi sewa rumah tu. Kan tak pasal kesian pula bakal penghuni baru untuk rumah yang bakal kita tinggalkan tu. Ada tau kes di mana penyewa lama tak bayar bil sampaikan tuan rumah yang kena bayarkan. Tak patut... tak patut.... 

6. Selesaikan Urusan Perpindahan Sekolah Untuk Anak 

Jika ada anak pastikan segala urusan untuk perpindahan telah disiapkan. Berpindah sekolah ini sebenarnya ada banyak prosedur yang perlu diikuti dan jangan lepas tangan soal ini.

7. Bersihkan Rumah Baru Sepenuhnya 

Semua dah selesai? Yes! Sekarang dah tibalah masa untuk membersihkan rumah baru yang bakal diduduki tu. Tentu rasa makin happy walaupun penat kan. Tak mengapa yang penting segalanya berjalan lancar mengikut prosedur.

8. Siapkan Kotak Untuk Isi Barangan 

Sekarang tibalah masanya untuk uruskan barangan yang akan di bawa bersama. Sebelum isi barangan yang ingin di bawa ke dalam kotak, kalian perlu pastikan untuk bawa apa yang betul-betul diperlukan saja. Untuk pakaian yang sudah tak digunakan disebabkan sudah semakin ketat dan sebagaimananya, bolehlah dermakan pada sesiapa yang memerlukan. Begitu juga untuk barangan yang lain. Alang-alang ingin berpindah bawa bersama apa yang dirasakan



9. Cari Lori Kosong Untuk Di Sewa 

Tak kisah pindah rumah baru tu dekat atau jauh. Itu bukan persoalannya. Lori sewa perlu di cari untuk proses pindah rumah berdasarkan barangan yang kita ada bukannya lokasi. Kadangkala ada di kalangan kita yang rasa gerun bila dengar perkataan sewa lori untuk pindah. Hey kenapa nak takut?

Lori ni ada banyak saiz dan pilihlah berdasarkan banyaknya barang dan perabot yang kita ada. Jika kebetulan lokasi agak dekat maka boleh bawa barangan yang kecil guna kenderaan sendiri dulu. Nanti untuk pindahkan perabot yang besar-besar seperti sofa, peti ais, mesin basuh, almari pakaian, katil dan sebagainya baru guna khidmat lori sewa.


Tips Cari Lori Sewa Murah Untuk Urusan Perpindahan 

Mencari lori sewa murah untuk pindah rumah memang boleh menjadi rumit. Lagi-lagi untuk kawasan besar seperti KL, Ampang, Melaka, Rawang, Kuantan, Bangi dan sebagainya. Tetapi jika pandai cari, ada je khidmat lori sewa murah ni kat mana saja.

1. Google Untuk Dapatkan Maklumat Awal 
Apa susah, Google je dengan kata kunci lori sewa murah KL, lori sewa murah Ampang, lori sewa murah Rawang, lori sewa murah Kuantan atu lori sewa murah Bangi itu sebagai contoh. Ada la nanti info perkhidmatan untuk sewa lori dengan harga murah dan berpatutan tu nanti.

2. Baca Pada Review (Maklumbalas) Pelanggan Terdahulu 
Selalunya setiap servis termasuklah dengan perkhidmatan sewa lori pindah rumah begini, akan ada testimoni dari pelanggan terdahulu. Testimoni sebeginilah yang akan dapat membantu kita membuat keputusan dengan lebih bijak. Luangkan sedikit masa untuk baca pada semua review supaya tidak menjadi mangsa keadaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

3. Boleh Cari Lori Sewa 24 Jam Untuk Pindah Ke Lokasi Yang Jauh
Memang ada pun perkhidmatan sewa lori untuk pindah rumah selama 24 jam. Kiranya kalau kebetulan pindah rumah ke negeri lain sekalipun, boleh je. Yang penting jangan terlalu ghairah dan terus setuju! Tanya dulu habis-habis.

4. Pastikan Sewa Lori Dengan Saiz Yang Sesuai Dengan Barang
Selalunya untuk berpindah rumah dengan barang yang agak banyak, lori 3 tan adalah pilihan yang paling tepat. Lori 3 tan ini boleh di isi dengan barang yang agak banyak dan saiznya benar-benar sesuai untuk urusan perpindahan.

Paling baik ambil gambar barang-barang dan tunjuk melalui whatsapp untuk menentukan saiz dan kadar harga sewa lori yang sepatutnya.



5. Pastikan Lori Tersebut Ada Penutup Kanvas Pada Bahagian Belakang
Sewa lori untuk pindah rumah tidak susah tetapi urusan untuk mengangkut barang itu yang agak mencabar. Lagi-lagi jika berhadapan dengan masalah jarak yang agak jauh dan cuaca. Kerana itu jika hendak sewa lori pindah rumah begini, pastikan lori tersebut turut ada penutup kanvas di belakangnya. Barulah barang rumah tu lebih terlindung dari cuaca panas dan hujan di sepanjang perjalanan.

6. Soal Juga Tentang Pengalaman Driver Yang Akan Memandunya 
Lori sewa murah tidak mengapa tapi pemandu yang akan memandu lori sewa pindah rumah tersebut patutlah seorang yang 'mahal' pengalaman dan skillnya. Takut nanti habis rosak barang yang ada di dalam lori akibat kecuaian si pemandu itu sendiri. Jadi sila pastikan untuk bertanya juga sedikit sebanyak tentang pemandu yang akan ditugaskan untuk urusan perpindahan barang rumah kita itu nanti.

7. Bincang Dulu Soal Harga Sebelum Terus Setuju 
Hujung tahun ramai yang akan pindah rumah baru dan waktu puncak begini boleh membuatkan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Kerana itu sila pastikan kalian menghubungi syarikat servis sewa lori yang berdaftar. Bincang juga soal harga dengan sebaiknya sebelum memberi apa-apa persetujuan.

Berapa Agaknya Harga Sewa Lori Pindah Rumah Ini? 

Kos sewa lori adalah tidak sama. Dan Kos sewa lori ini selalunya akan berdasarkan beberapa kriteria seperti : 

  • saiz lori mengikut tan (3 tan, 5 tan dan sebagainya)
  • jarak yang akan dikira berdasar kilometer
  • servis pemandu saja atau sekali dengan pembantu
  • servis penghantaran atau sekali dengan pembungkusan dan lain-lain

Makin besar saiz lori, makin jauh jarak dan makin banyak servis yang ingin digunakan dari syarikat lori sewa tersebut maka makin mahallah harganya. Namun, kita masih boleh berbincang dalam perkara ini untuk mencapat satu persetujuan harga yang dirasakan terbaik. InshaAllah. 



Selesai Berpindah, Jangan Lupa Untuk Buat Sedikit Kenduri Doa Selamat 

Selain daripada tips berpindah tadi, untuk masuk rumah baru seeloknya buat sekali sedikit kenduri bacaan doa. Almaklumlah, rumah yang kita bakal duduki tu telah lama terbiar atau mungkin ada pelbagai kisah yang kita sendiri tak tahu. 

Walaupun berada di dunia moden tetapi sebagai seorang muslim, adab masuk rumah baru mengikut panduan Islam harus juga kita ikuti. Secara tidak langsung dengan mengadakan majlis doa selamat untuk masuk rumah baru ini, kita dapat perkenalkan diri pada jiran dan penduduk setempat. 

Tak mampu nak buat kenduri besar buat je kenduri kecil-kecil untuk panggil jiran paling hampir. Yang penting wajib jemput jiran kiri, kanan, depan dan belakang dengan rumah yang kita duduki tu. Inilah cara pindah rumah yang sebetulnya. Tidaklah nanti jiran sendiri pun tak kenal. 





2 comments for "Cara Pindah Rumah Dengan Mudah : Mesti Guna Khidmat Lori Sewa!"