Diet keto tu apa? Serius, soalan "diet keto itu apa?" merupakan perkara pertama yang bermain di fikiran sebaik saja mendengar perkataan 'KETO' ini. Tertanya-tanya kat fikiran Diet Keto ni apa sebenarnya dan apakah fungsinya? Berkesan ke tidak? Haa macam-macam soalan lagilah yang bermain di fikiran berkaitan diet keto ni!

Maka daku pun mulakanlah misi pengenalan dengan kiet deto dan diet keto ini adalah satu cara pemakanan yang diamalkan oleh segelintir daripada mereka yang mahu turunkan berat badan dalam masa yang lebih cepat dan berkesan. Nama panjang untuk diet keto ini adalah 'diet ketogenik'.






Diet Keto (Diet Ketogenik) Malaysia Juga Ada Peminatnya


Untuk pengetahuan, amalan diet keto yang ini sebenarnya membolehkan para pengamal diet keto ini untuk mengambil lemak serta protein. Tetapi para pengamal diet keto ini haruslah mengurangkan jumlah pengambilan karbohidrat. Bukan setakat nasi malah karbohidrat lain juga tidak digalakkan termasuklah gandum dan sebagainya. 


Diet keto juga tidak menyarankan sebarang pengambilan gula dalam minuman atau makanan. Tidak hanya gula malah garam juga turut di ambil kira. Dalam erti kata lain, diet keto merupakan diet yang sangat sangat rendah dengan karbohidrat/karbo dan sangat sangat tinggi dengan lemak. Kadar protein pula adalah sederhana.



Asal usul diet ini merupakan diet terapi untuk penyakit sawan sejak tahun 1920-an. Namun, pakar kesihatan mendapati ia juga berkesan dalam menurunkan berat badan. Diet ini menyarankan pembahagian nutrien seperti berikut:
  • Karbohidrat: 10% daripada jumlah kalori sehari. Lebih kurang 10-50 g sahaja sehari (sebiji epal ada 15 g karbo. Nasi apatah lagi. Satu genggam sahaja sudah 30-40g karbo)
  • Protein: 15-20% daripada jumlah kalori sehari (0.8 ke 1.0 gram protein untuk setiap 1 kg berat badan)
  • Lemak: 60-80% daripada jumlah kalori sehari


Kenapa Diet Keto Ini Boleh Menurunkan Berat Badan? Bagaimana Ia Berfungsi?
 Kita selalu dengar, kurangkan makan nasi nanti bolehlah kurus! Ini kerana Glukosa (daripada karbohidrat) ialah sumber tenaga utama badan. Protein dan lemak pula adalah sumber tenaga alternatif yang akan digunakan apabila karbo di dalam badan habis digunakan. 
Dengan diet yang sangat sangat rendah dengan karbo, simpanan glukosa di dalam badan menjadi sangat terhad dan cepat habis. Oleh itu, badan akan mencari sumber alternatif seperti lemak dan protein untuk mendapatkan tenaga.
Untuk menjadikan lemak sumber tenaga, ia perlu dibakar dahulu dan diproses menjadi glukosa. Ini dikenali sebagai proses ketosis.
Jadi apabila pengamal diet keto tidak makan apa-apa makanan dari kategori karbohidrat, tubuh akan bakar kandungan protein dan lemak sebagai sumber tenaga bagi mengantikan karbohirat tadi. Dengan proses ketosis, lemak tidak tersimpan di dalam badan kerana dibakar menjadi tenaga. Ini akan menyebabkan berat badan turun dengan cepat.
Jenis Pemakanan Yang Sesuai Untuk Diet Keto

Bagi memastikan proses ketosis berlaku seperti dinginkan, sumber karbo dan protein di dalam badan mesti terhad supaya badan akan memilih lemak sahaja untuk dibakar sebagai tenaga. Sebab itulah corak diet ketogenik adalah rendah dengan karbo dan pengambilan protein juga dikawal.
Proses ketosis tidak akan berlaku jika protein banyak dimakan (contohnya ayam, daging dan telur). 


- telur mengandungi protein, nak makan boleh tapi kena kawal sikit ye -
Ini kerana badan akan mengambil protein yang berlebihan itu sebagai sumber tenaga. Oleh itu, lemak tidak akan terbakar secara efektif. Inilah perbezaan diet keto dan diet Atkin. Pendek kata, diet ketogenik adalah diet yang boleh membakar lemak secara automatik apabila diamalkan.
Kenapa Diet Keto Dianggap 'Mahal'?
Proses ketosis ini adalah proses yang ‘mahal’. Kenapa diet keto ini dianggap mahal dan seakan membazir? Bagi pendapat peribadiku sendiri, ia dianggap mahal kerana proses itu sendiri. Iyalah, makan makanan yang berlemak kemudian kena cuba bakar semuanya sebagai tenaga tanpa mahu tinggalkan apa-apa pada tubuh.  Penukaran lemak menjadi glukosa ini pula merupakan suatu proses yang rumit dan memerlukan banyak tenaga untuk melakukannya.
Kiranya makan then usaha susah payah untuk tukarkannya sebagai tenaga. Begitulah prosesnya ulang-ulang. Tapi bila di ambil pada sudut positif memang betullah boleh turunkan berat tanpa ada sebarang makanan berlebihan pada tubuh!
Diet Keto Lebihkan Lemak Berbanding Protein 
Diet keto merupakan diet yang sangat mencabar untuk orang Malaysia tapi itu tidak bermakna ianya mustahil untuk dilakukan. Walau Diet keto mengehadkan semua jenis makanan daripada sumber karbo seperti nasi, makanan berasaskan tepung (roti, mi kuning dll.), ubian, termasuklah sumber karbo sihat seperti buah-buahan, produk mil penuh (wholemeal), sayuran seperti lobak, kacang pis jagung dan banyak lagi namun ianya tidak mustahil jika benar-benar ada semangat juang yang tinggi untuk turunkan berat. 


- Replace bun with extra egg - 
Menu kebiasaan diet keto adalah berasaskan sayuran, lemak dan sejumlah protein. Diet keto menyarankan pengambilan lemak yang tinggi. 90% daripada makanan seharian adalah lemak. Oleh itu, makanan anda akan dipenuhi dengan makanan berasaskan lemak seperti:
  • Avokado
  • buah zaitun
  • santan
  • keju
  • mentega
  • minyak sayuran
  • mayonis
  • krim penuh lemak
  • kekacang.

Pengamal Diet Keto Perlu Konsisten Jaga Pemakanan
Makanan untuk pengamal diet keto perlu di pantau. Jangan terlajak makan banyak protein kerana itu akan menyebabkan buah pinggang berkerja dengan lebih keras.  Ini kerana, bahan buangan protein yang dikenali sebagai nitrogen perlu disingkirkan melalui buah pinggang. Oleh sebab itu, Pengamal diet keto perlu kawal pemakanan supaya tidak tersalah makan. 
Pengamal diet keto sangat berisiko tinggi mengalami fenomena diet yoyo. Diet yoyo berlaku apabila berat badan turun dengan mendadak tetapi kemudian naik semula secara mendadak juga.
Diet keto boleh diamalkan pada jangka masa pendek (minimum 2-3 minggu atau maksimum 6-12 bulan), tetapi transisi kepada diet normal secara berperingkat dan terkawal adalah sangat penting untuk mengelakkan risiko diet yoyo.

Sumber : UbatPensil







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.