Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Mudah Tidur Cara Islam

Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Mudah Tidur Cara Islam ini merupakan 'doa susah tidur malam dalam Islam' mengikut ajaran Nabi Muhammad SAWDiriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa untuk mengatasi masalah susah untuk tidur lena tersebut. 
Dalam erti kata lain, Nabi SAW telah memberikan doa untuk lebih mudah tidur terutama di waktu malam hari. 
Apa yang dihadapi oleh Zaid bin Thabit ini sememangnya banyak berlaku pada ramai orang. Kita sendiri pernah kan rasa susah untuk tidur. Pejam mata dah lama tapi masih tak boleh lena. Pusing ke kiri, pusing ke kanan, tidur telentang pun masih tak boleh nak terlelap. Aduhai, boleh stress! 
Lagi-lagi jika bertukar tempat tidur (bercuti dan sebagainya). Kerana itu bila ada doa mudah tidur begini sangat-sangat bagus untuk kita praktikkan sama-sama. 

Punca Susah Tidur Malam Yang Perlu Diketahui

Punca seseorang sukar tidur ni ada banyak. Antara sebab mengapa susah tidur malam ini adalah :

1. Tidur dengan lampu terpasang (tidur dengan tutup lampu adalah sunnah)

2. Tidur dalam keadaan tidak bersih (mandi dulu kasi wangi-wangi)

3. Tidur dalam keadaan panas / faktor cuaca ( boleh pakai pakaian yang lebih nipis dan kuatkan aircond/kipas)

4. Tidur di dalam persekitaran yang baru seperti bercuti dan sebagainya (nikmati pemandangan dan relaks diri)

5. Minum teh atau kopi saat hampir waktu tidur (elakkan kerana faktor kafein ini memang menganggu)

6. Suka tidur petang (tidur sekejap tidak salah, jangan melarat sampai berjam-jam)

7. Terlalu asyik dengan gadget seperti handphone, laptop, TV dan games (hentikan sekurang-kurang sejam sebelum waktu tidur)

8. Banyak minum air kosong sebelum lena (asyik ulang alik ke bilik air la jawabnya)

9. Banyak fikir sebelum tidur (tenangkan fikiran dengan mendengar zikir)

10. Ganguan mental (ya, menurut sains masalah sukar tidur malam ada kaitan dengan ganguan mental)

Punca Susah Tidur Malam Menurut Islam Agak Mistik

Daku juga pernah terbaca yang dalam perubatan Islam, untuk masalah tidak bisa tidur malam atau takut untuk tidur malam begini boleh juga dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan jin. 

Kiranya punca susah tidur malam menurut Islam ada kaitan juga dengan alam mistik. Betul atau tidak wallahualam tapi terus terang daku pernah alaminya sendiri. 

Pernah Alami Sendiri Pengalaman Anak Tidak Tidur Malam Akibat Gangguan Makhluk Halus


Ya! Demi Allah aku sendiri pernah alami masalah anak tidak tidur malam akibat gangguan makhluk halus yang digelar sebagai toyol. 

Kejadian ini berlaku dah lama yakni pada tahun 2003 dan semasa itu anakku baru berusia dalam lingkungan 6 bulan. Ia berlaku agak mistik dan akibatnya anakku sama sekali tidak tidur pada waktu malam. 

Tak menangis tapi seronok bermain cuma itulah tak tidur sama sekali sejak dari lepas waktu tengah malam sehingga ke subuh. Bila daku lakukan perubatan secara Islam rupanya ia ada kaitan dengan toyol dan alhamdulillah mujurlah segalanya selamat. 


Susah Untuk Tidur? Pejam Mata Baca Dan Doa Ini

Imsomnia memang sangat menganggu kerana itu dunia medic (perubatan) sudah menyebut imsomnia sebagai penyakit. Imsomnia ini boleh juga berpunca akibat stress dan tekanan maka kerana itu ia tidak boleh dipandang ringan. 

Tidur itu penting untuk manusia! Penting untuk tubuh berehat! Jom amalkan doa agar mudah tidur di bawah ini sebagai salah satu langkah cara bantuan. 

Doa Untuk Tidur Dalam Jawi  dengan maksud dalam Rumi :


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي



Maksudnya: Wahai Tuhan yang mengorbitkan bintang-bintang, Yang membuat mata terpejam, Engkau adalah Yang Hidup dan Terjaga, wahai Yang Hidup dan Terjaga lelapkanlah mataku dan redupkanlah malam.”

Boleh Juga Dibaca Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak

Doa ini juga boleh di cuba sebagai salah satu cara  kaedah ke atas bayi dan anak 2 tahun yang susah nak tidur lena. 

Cuma bayi dan anak kecil bawah usia 2 tahun ni tak bolehlah baca sendiri kan, so mama abah tolonglah bacakan bagi pihak mereka. 


Menurut pengarang buku doa & rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya adalah, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya. Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

Video Zikir Mudahkan Tidur | Rawat Insomnia & Susah Tidur

Persiapkan Diri Saat Ingin Masuk Tidur Itu Penting!

Itulah dia perkongsian doa susah tidur dalam jawi dan rumi bagi mereka yang ada masalah susah tidur malam. Tak kisahlah susah tidur itu berpunca daripada apa, yang penting boleh amalkan doa untuk supaya cepat tidur dan ngantuk dalam Islam ini sebagai usaha. 

Pastikan juga sebelum nak lena tu, siapkan diri seadanya dan jangan banyak fikir kerana ada juga kes di mana berasa tidak bisa tidur karena gelisah. Okay selamat mencuba dan semoga semuanya kembali okay, aamiin. 



Sumber : Aku Islam

Jemput join Telegram rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

4 comments for "Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Mudah Tidur Cara Islam"

  1. Thanks share. Saya memang selalu ada masalah ni. Kalau dapat lena bangun tau2 dah subuh tu memang nikmat

    ReplyDelete
  2. Allahu terima kasih atas perkongsian, kak dapat ilmu baru hari ni 😊

    ReplyDelete