Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kena Tindih Masa Tidur Ada Kaitan Dengan Jin, Betulkah?

Kena Tindih Masa Tidur Ada Kaitan Dengan Jin, Betulkah? | Bagi masyarakat kita ia di sebut sebagai 'kena tindih' manakala untuk masyarakat Jawa ia disebut sebagai 'tindihan'. Nama seakan sama dan situasi juga adalah sama. Ini membuktikan yang ramai orang pernah  alami 'kena tindih' masa tidur ini termasuklah diriku sendiri. Dan bila kena tindih tu, memang rasa takut yang amat sangat. Tapi persoalannya di sini, benarkah kena tindah masa tidur adalah angkara jin, lembaga atau makhluk halus? Hmmm...

Sebagai seorang muslim, kita memang telah di ajar yang makhluk halus ini wujud. Ada di mana-mana dan semua orang mahu elak dari berjumpa. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah! Dan dek kerana itu tidak mustahil jika ada sesetengah perkara akan dikaitkan dengan mistik termasuklah untuk kejadian 'kena tindih masa tidur' hingga tak boleh bergerak ini.



Ditindih Jin Ketika Tidur Menurut Islam 

Kenapa jin tindih masa tengah tidur ni? Pelik juga kan? Tapi tidak dinafikan ianya boleh berlaku dengan izin Allah SWT. Jin menurut Islam secara amnya adalah makhluk yang tidak kelihatan pada mata namun kita janganlah terlalu taksub hinggakan semua benda ingin dikaitkan dengan golongan jin atau makhluk halus ini. 

Kerana itu, kita disarankan untuk membaca AlQu'ran dan doa-daoa bagi mengelak gangguan makhluk halus ini. Tidur dalam keadaan tidak baca ayat AlQuran dan doa dan tidur pula pada waktu-waktu yang tidak sesuai seperti waktu Maghrib, memang boleh mengundang kepada perkara ini. 

Secara amnya, ditindih ketika tidur dalam aspek perubatan Islam memang boleh menjurus ke arah mistik tetapi tidak bermakna semuanya berpunca dari situ. Cuma tidak dinafikan ramai yang menganggap begitu kerana ketika tidur itu terasa bagaikan 'ada sesuatu' sedang menindih tubuh. Sudahlah tubuh tidak boleh bergerak, minda pula tidak dapat memproses apakah itu mimpi ataupun realiti. Ada juga yang mengalami peristiwa mimpi kena tindih begini di bulan puasa. 


Gambaran Keadaan (Situasi) Saat Sedang 'Kena Tindih' 

  • sering berlaku saat mula tidur atau ketika bangun mengejut dari tidur 
  • tak mampu untuk gerakkan tubuh saat tertidur atau bangun
  • keadaan tidak boleh bergerak berlangsung selama beberapa saat / minit
  • walau berlaku sekejap tetapi terasa sangat lama
  • berada dalam keadaan separa sedar
  • tidak dapat bercakap sama sekali
  • mengalami halusinasi hingga boleh menimbulkan rasa ketakutan
  • merasa tekanan yang agak berat pada bahagian dada
  • sukar untuk bernafas
  • terasa seperti kematian sudah semakin dekat
  • cemas dan berpeluh dengan banyak

Petua Bila Ditindih Makhluk Halus Dari Ustaz Azhar Idrus


Kena Tindih - Tidur Tak Boleh Bergerak (Ini Kata Saintifik)

Menurut fakta ataupun penjelasan santifik, 'kena tindih' ini adalah kejadian sebagai sleep paralysis  atau dalam bahasa melayunya, lumpuh tidur. Dek kerana berlakunya sleep paralysis atau 'lumpuh tidur' inilah maka si empunya diri tidak boleh bergerak sama sekali dalam satu jangka masa yang tertentu. Ia bukan saja melibatkan pergerakan malah turut susah untuk bernafas. 

Dari segi saintifik ini juga, 'kena tindih atau lumpuh tidur' sama sekali tidak ada kaitan dengan jin dalam apa jua keadaan sekalipun. Kiranya walau sering ditindih ketika tidur dan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan, ia tetap tidak dikaitkan dengan sebarang istilah mistik. 


5 Punca Kena Tindih Masa Tidur Mengikut Fakta Saintifik

#1 - Penat / Kurang Rehat atau Tidur Tidak Cukup

#2 - Halusinasi

#3 - Otak Bangun Dengan Mengejut

#4 - Faktor Usia

#5 - Gangguan Pada Mental


Kesimpulan 

Jika di tanya pada pendapat diriku sendiri. Kejadian kena tindih masa tidur ini daku ambil dari ke dua-dua sudut. Ini bersesuaian dengan keadaan kena tindih itu sendiri di mana ia sering berlaku sewaktu tubuh kita terlampau letih. Lagi-lagi jika kita tidur dalam keadaan tidak baca ayat AlQuran dan doa. Masa itu mulalah datang mimpi yang bukan-bukan. Jika mimpi yang baik tidak mengapa ini muncul mimpi yang buruk hingga boleh membuatkan diri rasa cemas yang amat sangat. 

Ditindih ketika tidur dalam aspek perubatan Islam kita jadikan sebagai sempadan dan ditindih ketika tidur dari segi santifik pula kita jadikan sebagai rujukan. Kiranya jika hanya mengalami beberapa kali saja kejadian kena tindih masa tidur ini maka anggaplah saja ianya sekadar sleep paralysis yang tidak perlu kita khuatirkan. Akan tetapi jika sering mengalami kejadian tidur kena tindih ini hinggakan mula rasa takut dan trauma maka bolehlah mula mencari kaedah perubatan dari segi Islamik juga. 

Begitulah hakikatnya, ada benda dalam dunia ini boleh ikut medikal dan ada ketika kejadian seperti kena tindih masa tidur ini perlu merujuk juga kepada situasi mistik sesuai dengan keadaan tuan empunya diri itu sendiri. 

Apapun, jangan lupa untuk bersihkan diri, cuci kaki dan baca doa-doa yang sesuai sebelum tidur. Seeloknya, saat nk tidur tu jangan lupa untuk baca Qursi. 



10 comments for "Kena Tindih Masa Tidur Ada Kaitan Dengan Jin, Betulkah? "

  1. pernah kene sekali masa kt U dulu, tapi sekarang alhamdulillah tak pernah kene lagi...

    ReplyDelete
  2. Kerap kena dari sekolah rendah sampai la tahun last belajar dekat kolej. Alhamdulillah dah tak kena sekarang uhuuk :(

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah setakat ni belum pernah rasa lagi, harapnya tak pernah rasa la. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Pernah 3 kali kena sleep paralysis ni. Puncanya akibat daripada terlalu letih dengan kerja. Fizikal dan mental.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. abe kie pernah terasa kena cekik di tekak. nak bernafas susah. nak baca ayat Kursi x keluar. Mujurlah keadaan ngeri ini x lama.

    ReplyDelete
  7. Ternyata fenomena seperti ini tidak hanya di Indonesia yah. Kami menyebutnya ketindihan

    ReplyDelete
  8. Artikle yang bagus, terima kasih atas perkongsian artikle

    ReplyDelete
  9. saya kena tindih berkali kali dulu tp skrg lps bertanya pada ustz2 sudah tiada lagi ditindih

    ReplyDelete
  10. Sudah berkali kali sya kenna tidis yg seram nya tu 2 makhluk dtg

    ReplyDelete