Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pynocare : Rahsia Kulit Sekata Dan Berseri Dari Dalam

Pynocare : Rahsia Kulit Sekata Dan Berseri Dari Dalam | Pynocare adalah sejenis suplemen untuk kulit yang semakin diperkatakan sekarang ni. Pynocare adalah supplement dari Biolife dan fungsinya adalah untuk membaiki masalah kulit yang tidak sekata yakni pigmentasi. 

Suplemen Pynocare dikatakan berfungsi untuk membantu golongan wanita khususnya untuk mendapatkan tona kulit yang baik. Lagi-lagi untuk wanita yang mempunyai masalah kulit yang kusam dan tidak sekata. Masalah kulit tidak sekata ini boleh dikatakan satu masalah biasa bagi ramai wanita tapi tak naklah terus dibiarkan begitu saja. Kerana itu tidak hairanlah mengapa suplemen untuk masalah kulit tak sekata dengan nama Pynocare ini menjadi pilihan. 




Mengapa Masalah Kulit Tidak Sekata Ini Berlaku?

Masalah kulit tidak sekata berlaku disebabkan oleh melanin. Apakah maksud melanin? Maksud perkataan melanin adalah pigmen gelap yang terdapat di rambut dan kulit. Bahan pewarna (pigmen), yang dikenali sebagai melanin yang didapati di dalam kulit tubuh manusia akan bertindak dalam menentukan warna kulit manusia.

Kulit yang tidak sekata merupakan satu masalah yang tidak disukai terutama untuk golongan wanita. Ini kerana tona warna yang tidak sekata terutama pada wajah ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa kurang keyakinan diri. 

Bintik hitam pada wajah juga boleh berlaku disebabkan oleh melanin ini. Pigmentasi juga tidak kurang hebatnya dan ia berlaku disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan terutama pada kawasan yang mudah terdedah pada sinaran matahari. Antara bahagian yang sering berlaku masalah kulit tidak sekata ini adalah dahi, pipi, hidung, dagu dan sebagainya.

Selain daripada matahari, ada masalah lain yang boleh mengakibatkan pigmentasi ini seperti : 
  • Perubahan Hormon : Kehamilan, Pil Kontraseptif
  • Masalah Endokrin : Tiroid dan Ovari
  • Kosmetik yang bertoksik pada cahaya : Merkuri, Asid Salisilik
  • Ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya : Antibiotik, Ubat Anti Keradangan


Kelebihan & Bahan Dari Pynocare Terhadap Kulit

Untuk pengetahuan, Pynocare mengandungi MSCC (Melisma Skin Clear Complexion) yang dapat meningkatkan bioavailability dengan tahap antioksidan yang superb. Sekaligus ia dapat melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kepada masalah tona kulit tidak sekata ini. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai pelindung UV untuk sebarang kerosakan kulit yang berpunca daripada sinar UV.





Antara bahan yang terkandung di dalam Pynocare ini pula adalah ramuan tumbuhan semulajadi yang dihasilkan secara semulajadi 100% tanpa sebarang bahan pengawet tambahan dan bahan berbahaya lain. 

Antara kandungan yang terdapat di dalam Pynocare ini adalah seperti : 

1.  Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis

Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan. Bahan ini dapat membantu menghapuskan radikal bebas. Ia juga mampu untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.

2. Ekstrak D. Salina

Dapat membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid dan beta-karotena.. Ia juga merupakan antioksidan semulajadi yang tinggi untuk melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

3. Vitamin C

Vitamin C dapat melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat serta untuk menghalang penghasilan dan pembentukan melanin dengan menghasilkan vitamin E.

4. Vitamin E

Vitamin E memang special. Ini kerana Vitamin E ini dapat bertindak sebagai antioksidan larut lemak utama dan ia juga dapat menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. 



Jumlah Kandungan Mengikut Jisim 


  • MSC Complex Actisome 570 mg
  • Vitamin C (Ascorbic Acid) 60 mg
  • Mengandungi French Maritime Pine Bark Extract 40 mg
  • Natural Vitamin E 15 IU
  • Natural Betacarotene & Carotenoids 6 mg
  • Dr Salina Extract 20 mg


Cara Pengambilan 

Amalkan ambil 2 kapsul Pynocare selepas makan. Tak kisahlahnak makan ke dua-duanya serentak atau hanya makan sebiji saja setiap kali. Yang penting sehari yang boleh makan sebanyak 2 kapsul saja.


Nak Tona Kulit Kembali Sekata? Boleh Cuba Guna Pynocare (Mana Tahu Serasi)

Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, Pynocare adalah produk supplement dari Bio-Life Malaysia yang boleh digunakan untuk mengembalikan keadaan kulit yang cantik seperti dulu. Dengan mengamalkan produk yang bernama Pynocare ini , ia dapat menjadikan tona kulit lebih sekata berbanding dulu bagaikan kirstal. 

Pynocare dapat kembalikan tona kulit yang sekata semula dari dalam dan kalian juga boleh cuba amalkan Pynocare supplements ini sendiri. Pynocare dapat bantu kembalikan tona kulit yang jelas dari dalam ke luar namun atas invididu itu sendiri sama ada ingin makan dengan teratur dengan penuh disiplin ataupun tidak. 



2 comments for "Pynocare : Rahsia Kulit Sekata Dan Berseri Dari Dalam "

  1. menarik produknya, biasa kita dengaar ubat yang kene gunakan di kulit, ini kene di makan... rasanya lebih berkesan, sebab dari dalam

    ReplyDelete
  2. Hi! This is kind of off topic but I need some
    help from an established blog. Is it very difficult to set up
    your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out
    pretty fast. I'm thinking about making my own but I'm not sure
    where to start. Do you have any tips or suggestions?
    Appreciate it

    ReplyDelete