Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah & Sedap - Jom Buat!

Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah & Sedap - Jom Buat! Resepi bubur cha cha memang menjadi kegemaran selain bubur kacang hijau. Paling best makan semasa bulan puasa (Ramadhan) sebab waktu tu je ramai orang jual. Hari biasa agak susah sikit nak jumpa. Sebab itu jika rasa teringin nak makan, kena masak sendiri. 

Bubur cha cha enak dihidangkan panas atau sejuk. Daku suka makan yang panas dan suami pula suka makan yang sejuk (letak ais). Tambah pula sagu, pergh... sedap oi! 

Memang sesuai untuk di makan sebagai menu minum petang. Menu petang buat bubur cha cha memang best dan nak resepi nak buat bubur chacha ni mudah ajer sebenarnya. 



Resepi Bubur Cha Cha ni mudah je nak buat. Lagi-lagi kalau dah dapat cari cha cha (tepung yang digentel dan dikeringkan) tu kat pasaraya. 

Balik rumah hanya perlu masak je la. Kalau nak sedap memang seeloknya gentel sendiri 'cha cha' ni. Tak kisahlah nak guna tepung pulut atau tepung gandum. Itu terpulang mengikut citarasa sendiri. 

Kalau nak tahu ada banyak resepi bubur cha cha yang boleh di buat seperti :

  • resepi bubur cha cha pisang
  • resepi bubur cha cha keledek
  • resepi bubur cha cha jagung
  • resepi bubur cha cha nangka
  • resepi bubur cha cha nyonya dan sebagainya. 


Ini gambar untuk Resepi bubur cha cha nyonya, best gak sebab campur macam-macam bahan! Tak tahu gak kenapa panggil bubur cha cha nyonya, maybe sebab asal dari Melaka kot. hehe.. 


[ bubur cha cha nyonya - sumber Youtube (terliur weh) ]

Resepi Bubur Cha Cha Simple : Bahan & Cara Nak Masak

Resepi Bubur Caca ni, daku buat ikut cara yang simple senang je. Inipun kes dah lama sangat tak makan! Kalau kat kampung bolehlah bodek emak untuk buat tapi ni dah kahwin dan stay jauh kenalah masak sendiri. Hmmm tetiba teringat pula bo bo cha cha keledek yang emak buat. Aduh!


Bahan-bahan :
2 cawan cha cha
1 kotak santan
1 cawan sagu
2 helai daun pandan
5 sudu gula pasir
2 keping gula nise size kecil (gula melaka keping)
secubit garam
air secukupnya

Cara Buat :

1. Rebus cha cha bersama sagu dan simpuks sehingga masak.

2. Toskan (buang air rebusan) dan gantikan dengan 1/2 kotak santan dan 2 cawan air.

3. Masak di atas api sederhana sekejap sambil dikacau agar cha cha dan sagu tidak melekat.

4. Sekarang masukkan gula nise, gula pasir dan secubit garam.

5. Akhir sekali masukkan baki santan kotak tadi, kacau perlahan sekejap dan tutuplah api.



Itulah dia resepi bubur cha cha simple yang boleh di cuba. Kalau nak bubur cha cha yang lebih sedap, kalian boleh buat resepi bubur cha cha jagung, resepi bubur cha cha pisang atau resepi bubur cha cha keledek. Mudah je! 

Masih dengan cara yang sama cuma tambahkan jagung, pisang atau keledek tu. Ada juga yang tambahkan nangka untuk resepi bubur cha cha nangka. Ikut kreativiti dan citarasa masing-masing. 

Rasa lepas ni nak buat bubur cha cha nyonya pulak lah, hehe.. letak siap-siap video cara nak buat kat sini nanti mudah nak cari. Cuma untuk resepi video kat bawah rasanya daku nak tambah sagu dan lebih pekatkan kuahnya. 



Pada kengkawan lain yang nak cuba, bolehlah buat sama-sama nanti. Selamat menjamu selera, jumpa lagi di next entry.



5 comments for "Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah & Sedap - Jom Buat!"

  1. Assalamualaikum,.hai sis Hawa,..wah,.Sedapnya bubur cha-cha,.Lama x mkn,..Salam kenal dari Cikdue,.^_^

    ReplyDelete
  2. Owhh baru tau bubur chacha ad banyak jenis... Igtkan tepung warna warni tu je.heheh boleh la try nnt

    ReplyDelete
  3. Sedapnya bubur cha-cha. NAmpak mudah dan senang nak buat. Dia punya presentation buat tekak nak je merasa. Nanti try buat lah.

    ReplyDelete
  4. sekarang musim kenduri kawin, pasti ada bubur cha cha ni. hehe

    ReplyDelete