Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Suku Suku Separuh : Nutrisi Seimbang Bagi Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak

Suku Suku Separuh : Nutrisi Seimbang Bagi Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanakAyam Brand telah anjurkan kempen Suku-Suku Separuh. Apa itu Suku Suku Separuh? Jangan kata kalian daku sendiri pada mulanya timbul tanda tanya. Apa maksud suku-suku separuh ni sebenarnya? 

Dek kerana ingin tahu maka daku telah cuba hadirkan diri ke kempen Suku Suku Separuh anjuran Ayam Brand™ yang berlangsung di bandar Kota Bahru baru-baru ni. Kebetulan daku memang berhajat untuk bawa anak-anak ke muzium yang hampir dengan lokasi event, maka daku singgahlah sekejap untuk lihat apa yang sedang berlaku di situ. 


Kedatangan daku bersama famili alhamdulillah di sambut baik oleh pihak penganjur. Makin terkesima apabila melihat adik-adik cilik wakil dari 6 buah sekolah sekitar Kota Bharu turut ada di sana. Seramai 24 orang kanak-kanak dipilih dari : 

  • Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  • Pusat Asuhan Harian Kanak-kanak Sepastik (PUSAKAS)
  • Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa Kelantan
  • Rumah Kebajikan Darul Aitam
  • Sekolah Kebangsaan Zainab 2 dan 
  • Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2


 
Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas.


Ayam Brand™ berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.


Event CSR Ayam Brand™: Suku Suku Separuh

Bila sebut Ayam Brand™, dengan yakin semua orang kenal jenama Ayam Brand™ ni. Almaklumlah, Ayam Brand™ merupakan jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. 

Malah dah berusia seratus tahun lebih pun! Dah lama sangat-sangat. Hasil produk keluaran Ayam Brand™ ini pun terlalu banyak sampaikan dah tidak terkira. Sebut apa saja hampir semuanya ada. Kerana itu apabila dapat hadirkan diri ke majlis Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now ni, rasa excitedlah juga. At least dapatlah beri pendedah sikit pada anak-anak walaupun sekejap saja berada di situ. 

Untuk pengetahuan, SukuSukuSeparuh merupakan tema untuk Kempen Komuniti Penyayang 2019 dan ia melibatkan pemakanan seimbang. 

  1. SUKU yang pertama mewakili - protein
  2. SUKU yang kedua mewakili - sayuran dan buah
  3. SEPARUH itu pula mewakili - karbohidrat 



Inilah maksud untuk sukusukuseparuh tersebut dan semua orang sedang mencuba menjaga pemakanan dengan nutrisi yang seimbang bagi masalah obesiti dengan kempen ini. Dek kerana itu pihak Ayam Brand™ turut rasa terpanggil dan golongan yang mereka sasarkan untuk sampaikan info ini adalah dari kalangan kanak-kanak. Eh jangan tak tahu yang kanak-kanak juga boleh menerima masalah obesiti jika tidak di kawal pemakanan mereka tu. 


Suasana Meriah Sekitar Majlis 

Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada enam pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.



Mereka kelihatan sangat teruja dengan peluang untuk membuat 'menu sedap' mengikut panduan resepi yang telah disediakan. Antara menu tersebut adalah seperti yang di bawah ini. Semuanya boleh dihasilkan menggunakan produk daripada Ayam Brand™. 



Nampaknya kempen Komuniti Ayam Brand 2019 yang berlangsung di FZ Cafe, Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan ini sangat bagus. Apa yang menariknya pelbagai info telah disediakan dan setiap murid ini diterangkan akan corak pemakanan yang betul mengikut jumlah pengambilan jenis makanan itu sendiri. Tengoklah sendiri hasil menu yang telah siap di bawah ini, semuanya nampak sangat menyelerakan. 





Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.



Menurut Pegawai Hal Ehwal Peraturan dan Pemasaran Ayam Brand™, Siti Khatijah, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Siti Khatijah.

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.

“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta.


Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung.

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 40,860 hidangan sihat untuk 227 orang penghuni.




Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Kelantan. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada makaroni kicap manis, cupcake tuna dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil Rumah Kebajikan Darul Aitam

Wajah Gembira Sang Juara




Info Tambahan : 

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang. 



3 comments for "Suku Suku Separuh : Nutrisi Seimbang Bagi Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak"

  1. seronok dapat belajar cara makanan sihat dengan portion yang betul.

    ReplyDelete
  2. event CSR yang baik daripada ayam brand. nutrisi seimbang

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  3. Menarik ni hehe... Igtkan utk dewasa je ade...kanak2 pon ade..bagus jugak kan sbb budak2 skrang ramai yg obese hehe

    ReplyDelete