Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Nak Buat Kalau Dapat Duit Palsu?

Apa Nak Buat Kalau Dapat Duit Palsu? | Zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Itu kena bayar dengan duit, ini kena bayar dengan duit. Malah nak masuk toilet pun kena bayar. Tahap ekonomi kehidupan masyarakat di dunia akhir zaman ini memang agak mencabar. 

Jalan singkat yang difikirkan oleh sesetengah pihak tak lain dan tak bukan adalah dengan mencetak duit palsu. Akibatnya, kita semua boleh jadi mangsa kepada wang palsu ni. 

Isu berkaitan duit palsu ini bukan satu isu baru. Ia juga tak hanya muncul di bandar-bandar besar malah di mana saja termasuk luar bandar. Kalau nak tahu, sindiket wang palsu makin merebak terutamanya di pasar-pasar malam.

Almaklumlah, para peniaga pasar malam tu selalunya sibuk berniaga dan waktu malam pula tu. 

Taktik yang digunakan adalah dengan melipat wang berkenaan ketika membuat bayaran bagi mengelak dikesan. Licik betul para sindikit ni kan.



Cara Check Duit Ringgit Palsu 

Kalau nak tahu bagaimanakah untuk check duit ringgit palsu ni, di sini akan dikongsikan beberapa cara untuk check duit ringgit palsu untuk kita ambil tahu. 

Cara cek duit palsu ni boleh di buat secara manual bagi pembeli biasa seperti kita. 

Untuk para peniaga dan pengusaha kedai eloklah di beli mesin untuk check duit palsu ni dengan cara yang lebih pantas dan tepat. 

Ini antara cara bagaimana untuk mengesan duit palsu Malaysia yang perlu kita ambil tahu. Kalau kebetulan ada duit RM50 atau RM100 dalam poket, haa ambil dan periksa sekarang! 

#1 - Potret Tanda Bayang 

imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas


#2 - Benang Keselamatan

Benang keselamatan ini ditenun  di permukaan sebelah belakang wang kertas.  Apabila dilihat pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu  garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, “BNM RM50” dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50.


#3 - Ciri Ciri Lead 

Di sebelah kanan wang kertas  denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara, iaitu:

(a) Imej yang sama dengan yang terdapat  di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
(b) Imej yang menunjukkan angka denominasi (contoh RM50)
(c) Imej huruf-huruf “BNM”


#4 -  Ciri Ciri Peak 

Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari  sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50. 


#5 - Tandang Palang Telus 

Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.


#6 - Cetakan Intaglio 

Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi corak dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.


#7 - Cetakan Watermark 

Apabila terkena cahaya terang akan nampak dengan jelas potret YDP-Agong berserta nombor nilai wang tersebut di bawahnya (untuk wang ringgit RM100 akan nampak nombor 100)





Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anda mengetahui duit itu adalah palsu dan berada dalam simpanan kita. Kalau kita menggunakannya untuk transaksi yang lain juga menjadi satu kesalahan. 

Sebagai contoh ada kes di Kemaman yang melibatkan dua beradik yang dipercayai terlibat dalam penggunaan wang palsu dalam bentuk RM100. 

Haa jangan di buat main tentang wang palsu ni. Kalau ada dapat janganlah digunakan semula pada sesiapa kan tak pasal dari jadi mangsa dah bertukar menjadi pesalah. 

Tak kisahlah wang palsu RM1, RM5, RM20, RM50 atau RM100 sekalipun! Palsu tetap palsu! 

Duit palsu in English dikenali sebagai 'counterfeit money' dan disebabkan wang palsu ini boleh muncul di mana saja pada bila-bila masa maka sudah ada mesin check duit palsu yang digunakan oleh ramai peniaga. 



Kes penggunaan wang palsu untuk bentuk RM20, RM50 dan RM100 paling banyak muncul di kalangan kita. Lagipun memang perangai kita sendiri yang selalu lupa untuk check wang baki lepas membuat pembelian. 

Tak tengok dah wang ringgit yang diterima tu palsu atau tidak sebaliknya terus masukkan ke dalam beg duit atau poket. Tak pasal boleh merana bila balik ke rumah kalau ditakdirkan ada di antara duit baki tersebut si wang palsu durjana. 

Persoalannya di sini, jika ditakdirkan kita dapat duit palsu tu, boleh ke kalau kita simpan? 

Salah atau tidak untuk simpan duit palsu ni? 

Jika kita masukkan ke dalam mesin deposit, ish takkan bank tak periksa pula. Almaklumlah setiap bank tu tentu ada cara tertentu untuk mereka check setiap wang yang datang kan? Namapun bank.... 


Seksyen 489B Kanun Keseksaan - Mengetahui wang tersebut adalah palsu dan menggunakannya. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 489C - Mengetahui dan berada dalam pemilikan terhadap wang palsu. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.


Menurut pada pembacaan, kalau dapat duit palsu, wang tersebut perlu dimasukkan ke dalam sampul plastik dan dihantar segera ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan. Ini kerana macamana sekalipun wang palsu ini memang salah untuk digunakan ke atas mana-mana pihak atau individu. 

Tapi kalau daku sendiri, rasanya daku terus bakar je! Sakit hati kot.... memanglah salah sendiri sebab tak kenal pasti wang kertas palsu dan tulen, tak periksa betul-betul saat terima tapi tetap tak puashati. 

Hmmm... kalau kalian sendiri, apa kalian akan buat kalau dapat duit palsu ni? Nak bawa ke balai polis atau terus bakar jer dek kerana rasa sakit hati yang teramat sangat.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


3 comments for "Apa Nak Buat Kalau Dapat Duit Palsu?"

  1. tak pernah ada pengalaman dapat duit palsu nih, tq kak kongsikan ciri-ciri khas yang perlu di belek untuk pastikan duit itu palsu atau tak... teringat dulu masa dana kerja kt skudai, ada kawan opis gunakan mesin potostat color yang canggih untuk buat duit palsu, nasibla ada yang perasan tak pasal-pasal kene tindakan tatatertib

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. bagus info nak tau kalau dapat duit palsu ni. thanks for sharing sis awa

    ReplyDelete