Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel  Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & EnakAyam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.

Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun.



Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.

Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda



Manfaat Omega-3
Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan

Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda.



Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.


Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.