Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Hilangkan Gusi Bengkak Yang Sakit Dan Bernanah

Cara Hilangkan Gusi Bengkak Yang Sakit Dan Bernanah | Gusi bengkak boleh berlaku pada siapa saja baik dewasa mahupun kanak-kanak. Bengkak gusi memang sakit lagi-lagi yang dah berdarah dan bernanah. Nak sentuh pun dah tak berani sebab sakit yang amat sangat! 

Mengikut kaedah perubatan, gusi bengkak atau bengkak gusi ini adalah sejenis penyakit periodontal dan gusi yang bengkak ini boleh berlaku pada sesiapa saja pada bila-bila masa.

Selalunya gusi bengkak ini akan muncul apabila ada masalah gigi berlubang. Gusi belakang yang rajin bengkak berbanding dengan gusi bawah. Sakit gusi bengkak yang disebabkan oleh sakit gigi ini boleh membuatkan gusi bernanah dan berdarah. 

Paling sakit apabila gigi geraham yang berlubang. Tempoh gusi bengkak ini pula tidak tentu dan bergantung pada kondisi sakit gigi itu sendiri.



Aku sendiri pernah beberapa kali sakit gigi hingga berlakunya masalah bengkak gusi ni. Dalam dok sakit gigi tetiba perasan gusi belakang bengkak dan bernanah. Gusi bengkak ini, sakitnya hanya Allah SWT saja yang tahu.

Apa Punca Sebenar Gusi Bengkak, Berdarah dan Bernanah?

Menurut pembacaan, punca gusi bengkak, berdarah dan bernanah ini bukan setakat sakit gigi saja.  Ada banyak penyebab gusi bengkak boleh berlaku dan gejala gusi bengkak atau sakit gusi ini tidak boleh dipandang remeh. 

Antara punca mengapa masalah gusi bengkak ini boleh sakit hingga tahap berdarah dan bernanah adalah :

[-] Perubahan Hormon 

Selepas bersalin, sakit gigi dan bengkak gusi adalah kesakitan lain yang perlu dihadapi. Ini kerana gusi bengkak ini boleh terjadi disebabkan perubah hormon. 

Perubahan hormon pada tubuh wanita yang sedang hamil, menyusukan anak, mengambil pil perancang dan sebagainya boleh menyebabkan hormon dalam badan tidak stabil. 

Apabila hormon dalam badan tidak stabil maka tubuh akan mula bercelaru. Apabila keadaan ini berlaku maka gusi boleh menjadi bengkak. Tempoh gusi bengkak untuk keadaan ini tidak menentu dan akan kembali okay apabila hormon sudah stabil.

[-] Merokok

Jangan terkejut! Merokok ini bukan saja boleh menjadi punca kepada masalah dalaman malah bahan kimia dalam rokok dan asap ini  turut mengganggu fungsi normal sel tisu gusi hingga menyebabkan nafas berbau dan gusi bengkak. Mulut serta gusi perokok juga boleh berubah menjadi hitam.

[-] Gigi Rosak / Berlubang

Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, gigi rosak dan berlubang antara punca masalah gusi bengkak yang utama. Ini kerana gigi yang rosak dan berlubang akan menjadi tempat bakteria berkumpul hingga menyebabkan gusi bengkak dan bernanah. 


[-] Plak

Plak adalah sejenis lapisan tebal bakteria yang terbentuk di atas gusi dan gigi. Plak boleh berlaku walau sudah memberus gigi setiap hari. Munculnya plak pada gigi dan gusi boleh menyebabkan mengalami bengkak gusi berulang dari masa ke semasa.


[-] Karang Gigi

Karang gigi boleh menghakis gigi jika dibiarkan begitu saja tanpa rawatan. Karang gigi boleh menyebabkan masalah gigi berlubang dan secara tidak langsung boleh membuatkan gusi bengkak dan bernanah. 

[-] Ubat-Ubatan

Sesetengah ubat-ubat boleh menyebabkan masalah hormon dalam badan dan apabila ini berlaku maka masalah bengkak gusi juga akan turut muncul. 

[-] Kurang Vitamin C

Gusi bengkak dan berdarah tiap kali berus gigi? Kalau ya, bengkak gusi dan gusi berdarah ini adalah tanda bahawa tubuh kekurangan vitamin C. 


[-] Kurang Minum Air

Air kena minum setiap hari mengikut jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan mulut menjadi kering dan secara tidak langsung bakteria akan membiak hingga menyebabkan masalah bengkak gusi berlaku secara tiba-tiba. 

[-] Pengambilan Gula Dalam Pemakanan Harian 

Jika ambil kandungan gula yang agak tinggi dalam diet harian, masalah bengkak gusi boleh berlaku. Sebab itu kena jaga pemakanan dengan kurangkan gula dalam makanan dan minuman. 

Selepas ini jangan lagi makan makanan yang tidak sihat dan banyak gula bagi mengurangkan punca gusi bengkak ini. 




Yang pernah merasakan gusi bengkak pasti tahu betapa sakitnya bila keadaan ini terjadi. 

Gusi bengkak boleh menyebabkan keadaan yang amat tidak selesa dan antara tanda-tanda penyakit gusi adalah:

1. Mulut berbau
2. Gusi mudah berdarah, merah, bengkak dan sakit
3. Gigi longgar
4. Gusi menurun sehingga gigi nampak panjang dan lain-lain lagi

Cara Hilangkan Bengkak Gusi Dengan Cepat Dan Berkesan

Punca gusi bengkak, berdarah dan bernanah sudah tahu, sekarang ini cara hilangkan bengkak gusi pula. Ada pelbagai cara untuk menyembuhkan gusi bengkak ini sebenarnya dan paling terbaik adalah dengan merujuk kepada doktor gigi. 

Tapi tak dinafikan bukan semua orang ada keberanian untuk jumpa doktor gigi ni kan? 

Cara nak ubat gusi bengkak ni tak kisahlah pada diri sendiri ataupun gusi bengkak pada anak boleh dilakukan dengan cara ambil ubat dan tanpa ubat. 

Maksudnya ada kaedah dengan cara makan ubat dan ada kaedah atau petua secara semulajadi. So bagaimana caranya untuk ubati gusi bengkak ini? 

1- Guna Madu Asli 

Cara untuk ubat gusi bengkak yang pertama adalah dengan menyapu madu asli pada bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari. 

2. Air Garam Suam

Cara buat air garam untuk kumur adalah dengan memasukkan sesudu kecil garam ke dalam secawan air hangat. Bancuh hingga garam larut sepenuhnya dan apabila larutan air suam sudah menjadi suam, larutan air garam suam ini di kumur-kumur ke serata mulut. 

Dikatakan amalan kumur air garam untuk gusi bengkak ini turut bagus untuk bantu kurangkan masalah bakteria dalam mulut. 

Berapa kali berkumur air garam ini bergantung pada individu itu sendiri. Aku pernah cuba buat sebanyak 3 kali sehari akibat terlalu sakit akibat sakit gigi. Alhamdulillah memang sakit agak berkurang. 

Berkumur dengan air garam ini juga boleh digunakan untuk atasi masalah ulcer / lepuh mulut biasa, anak yang ulcer mulut sebab HFMD, sakit gigi dan sebagainya. 

3. Urut Gusi

Gusi juga boleh di urut atau di picit. Cara urut gusi bengkak ini adalah dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk yang bersih. 


4. Lemon

Buah lemon berfungsi sebagai alkali agar kadar pH dalam mulut seimbang. Kerana itu lemon dikatakan turut bagus untuk atasi masalah gusi bengkak dan sakit gigi. 

Caranya adalah dengan 1 biji lemon dan campurkan ke dalam segelas air hangat. Kemudian kumur sebanyak 3 kali sehari untuk hilangkan bakteria-bakteria yang ada dalam mulut.

Itulah antara cara merawat bengkak gusi guna bahan semulajadi di rumah. Cara hilangkan gusi bengkak kanak-kanak tanpa mahu libatkan ubat-ubatan turut boleh dicuba dengan menggunakan kaedah atau petua seperti di atas tadi. 

Ubat Gigi Glister Amway Boleh Bantu Hilangkan Sakit Gigi, Gusi Dan Ulser

Ramai 'kecut perut' kalau kena jumpa doktor gigi malah ada yang sanggup tahan sakit daripada mendapatkan rawatan! Untuk bantuan sampingan, boleh cuba ubat gigi Amway sudah tahap viral dan makin hari makin mendapat perhatian ramai.

Ubat gigi ini tahap menjadi racun di Tiktok hinggakan ada yang menjadikan ubat gigi Glister Amway ini sebagai salah satu cara menghilangkan karang gigi dalam masa beberapa hari. 

Ubat-Gigi-Glister-Amway-Hilangkan-Karang
Ubat Gigi Amway Hilangkan Karang


Kelebihan Ubat Gigi Glister Amway

Antara kelebihan yang ada pada ubat gigi Glister Amway, ianya bukan saja dapat membantu hilangkan caries gigi tetapi juga dapat bantu hilangkan sakit gigi. Kalau kebetulan ada gigi yang berlubang dan sakit atau terjadi ulser pada mulut, boleh gunakan ubat gigi Glister Amway ini sebagai bantuan awal.

Cara guna ubat gigi glister untuk gigi sakit dan ulser.

1. Jika gigi sakit berlubang, letakkan pada gigi yang berlubang dan biarkan.

2. Jika ada ulser pada mulut, picit sedikit ubat gigi Glister Amway ini pada bahagian ulser dan biarkan.

Jika disenaraikan terdapat beberapa kelebihan utama pada ubat gigi Glister Amway ini iaitu : 

  • Tidak menghakis gigi
  • Menghentikan pendarahan gusi
  • Menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan
  • Kanak-kanak juga sesuai
  • Sangat jimat kerana boleh tahan lama
  • Tiada bahan kimia kerana diperbuat daripada bahan herba yang bersifat organic
  • Sesuai untuk ibu yang mengandung

cara-guna-ubat-gigi-glister-amway
testimoni ubat gigi glister Amway


Kebaikan Ubat Gigi Glister Amway Yang Lain

Gigi yang berulat, berlubang , yang sakit dan sebagainya tak perlu ragu-ragu atau bimbang. Sebab ubat gigi ni baru betul ubat gigi. Selama ni dipasaran macam pencuci gigi je, semata-mata nak gigi bersih..

Ubat gigi glister ini, selain bersihkan gigi, ianya mengembalikan mineral pada gigi dan menjadikan gigi kuat semula serta bertambah sihat. Bukan setakat bersihkan gigi tapi merawat dan melindungi juga.

Dengan kerap memberus, ubat gigi Glister Amway ini dapat membantu menghapuskan plak dan memutihkan gigi tanpa meluntur untuk menjadikan gigi berasa bersih dan licin seluruhnya. Bagi meningkatkan kesihatan keseluruhan gigi untuk seisi keluarga anda, gunakan Sistem Penjagaan Gigi GLISTER yang lengkap.

Kebaikan-Ubat-Gigi-Glister-Amway
Kebaikan Ubat Gigi Glister Amway


Selain mendapatkan rawatan plak gigi ini di klinik pergigian, boleh gunakan ubat gigi Glister Amway sebagai salah satu cara lain yang boleh menghilangkan plak gigi. Plak pada gigi jika dibiarkan dapat berubah menjadi tartar dan boleh meningkatkan risiko mendapat kaviti atau penyakit gusi.

Petua rawatannya boleh bertukar daripada ubat gigi yang biasa digunakan kepada ubat gigi Glister dari Amway. Jom hilangkan gigi kuning karang gigi dan gusi berdarah dengan Ubat gigi glister Amway.

kebaikan-ubat-gigi-glister-amway
kebaikan ubat gigi glister amway

Kandungan Yang Terdapat Dalam Ubat Gigi Glister Amway

Ubat gigi mengandungi bahan aktif yang terbukti secara saintifik untuk melawan plak dan kerosakan awal gigi. .

Produk ini mengandungi SYLODENT, agen pengilat yang selamat untuk enamel yang membersih gigi dan membantu menghapuskan tanda kotoran pada gigi termasuk akibat kopi, teh dan tembakau.

Tak sangka rupanya ada ubat gigi yang khusus dicipta untuk masalah serius pada gigi. Tak tahulah untuk orang lain, tapi pada diri aku ni, karang gigi merupakan masalah yang agak serius pada gigi. 

Dari dulu aku ingatkan ubat gigi ni lebih kepada perlindungan je, rupa-rupanya ada juga yang boleh bantu atasi masalah-masalah yang dah mula berlaku pada gigi. 


Harga : RM 28.60

Tahan untuk 2-3 bulan penggunaan 

Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/pq9iwl


Boleh Juga Beli Ubat Bengkak Gusi Jika Tak Tahan Sangat!


Bagi kalian yang malas nak guna petua dan sebagainya ni, boleh cuba cari ubat bengkak gusi. Untuk farmasi aku kurang pasti ubat apa. 

Kalau di Google untuk ubat bengkak gusi kat farmasi, antara nama ubat yang keluar adalah Bonjela tapi aku memang tak pasti mana sebabnya aku beli ubat gusi bengkak ni secara terus dari klinik pergigian swasta je. 

Tak kisahlah janji kalau rasa sakit akibat bengkak gusi yang teramat sangat, cuba je mana-mana kaedah yang sesuai. 

Apapun jangan terlalu takut bila alami masalah gusi bengkak ni. Fahami penyebab dan cara, InshaAllah masalah gusi bengkak ni boleh di atasi. 

Yang penting kebersihan mulut kena jaga supaya sakit gusi atau gigi ni dapat dihilangkan dengan lebih cepat. Iyalah ini semua disebabkan oleh bakteria sebenarnya. Gigi perlu diberus dengan betul juga supaya dapat bantu hilangkan sakit gigi dan gusi ni. 

Pada kalian yang sedang alami masalah gusi bengkak dan bernanah tu. moga cepat baik ye. Susah juga sebabnya tempoh gusi bengkak ni kadangkala cepat dan kadangkala lambat.

 Apapun cuba je apa jua cara dan jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor gigi untuk rawatan jika keadaan masih berlanjutan. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

1 comment for "Cara Hilangkan Gusi Bengkak Yang Sakit Dan Bernanah"

  1. Gusi sakit pun sakit. Gigi sakit pun sakit. Haha. Macam sama tapi tak sama 😅

    ReplyDelete