Deko & Ideas Untuk Makeover Pejabat Soho Sendiri Di Rumah
Deko & Ideas Untuk Makeover Pejabat Soho Sendiri Di Rumah | Memiliki small office home office (SOHO) memang dah lama menjadi idaman tapi sebelum ni daku masih samar-samar bagaimana mulakan untuk miliki pejabat di rumah sendiri. Lagipun daku hanya miliki sebuah meja office saja bukannya sebuah bilik pejabat di rumah. Walaubagaimanapun, daku tetap nekad untuk cuba deko sebuah ruang pejabat kecil di rumah dalam susun atur dan hiasan yang ku suka.
Dekorasi 'Home Office' Gaya Sederhana Dan Ringkas Menjadi Pilihan
Inilah rupa ruang meja pejabat di rumah yang dah berjaya ku siapkan. Daku lebih suka dekorasi home office dengan gaya sederhana ringkas. Warna hitam, putih dan pink menjadi pilihan sesuai dengan citarasa daku sendiri.
Bilik difikirkan balik, dekorasi pejabat di rumah tak susah mana asalkan sebelum mula deko tu, pastikan dulu tahu saiz ruang dan jangan terlalu meletakkan banyak barangan hingga nampak bersepah. Lagipun, pejabat soho di dalam rumah ni untuk kita buat kerja kan? So kalau dah banyak sangat barang hingga nampak bersepah alamatnya mood nak kerja akan ke laut dan keseronokkan deko pejabat di rumah akan menjadi semakin mencabar.
Ini rupa ruangan sebelum daku lakukan deko ruangan pejabat di rumah. Memang nampak sangat bersepah masa tu. Lagi-lagi dengan sebuah rak buku berwarna hitam. Bila ada rak begini berhampiran meja kerja mulalah nak letakkan apa saja kat situ. Dari nak nampak kemas terus nampak makin bersepah.
Menyedari perkara tersebut, perkara pertama yang ku buat adalah dengan membuang rak tersebut! Haa puashati! Lepas ni dah tak ada perangai suka letak macam-macam kat rak tu lagi. Untuk storan daku cuma masukkan semua barangan di dalam laci meja.
Bila rak tersebut ku alihkan ke tempat lain maka ruangan kat tepi meja pejabat ini rasa agak kosonglah pula. So lepas di fikir-fikir sambil melihat pada design ruangan pejabat lain sebagai sumber inspirasi, akhirnya daku buat keputusan untuk beli sebuah cermin dari Mr.DIY. Cermin bulat yang agak besar ni murah je, tak sampai pun RM30.
Pada bahagian lantainya pula daku letakkan karpet kecil corak abstract yang menjadi signature untuk gaya scandinavian bersama dengan sedikit daun palm. Haa dari ada sebuah rak yang agak menyemakkan, sekarang dah berubah menjadi sebuah 'santai' untuk mudah nak siapkan diri bila nak keluar ke mana-mana. Anak-anak nak siapkan diri waktu pagi untuk ke sekolah pun akan jadi lebih mudah nanti.
Dengan adanya cermin di dinding seperti ini secara tidak langsung ia dapat membuatkan ruang itu nampak sedikit besar dan cantik.
Kalau nak tahu kos yang daku keluarkan untuk operasi deko makeover ruang pejabat ni tak semahal mana. Ini kerana kebanyakan barangan yang daku beli untuk deko ruangan pejabat kecil ini daku cuma beli dari Kedai ECO RM2.10, Mr.DIY dan juga Shopee. Jika di hitung semuanya sekali rasa dalam RM150 saja.
Inilah rupa pejabat mini di rumah sekarang. Simple saja. Yang penting sesuai untuk buat kerja menulis dan menaip laptop di rumah saban hari. Untuk memo dan bil pula daku sediakan sebuah meja whiteboard dan magnet untuk lekatkan apa yang penting.
Lega rasa dah tak ada lagi sesepah dulu dan sekarang dah dapat digunakan dengan lebih praktikal. Anak pun suka duduk di ruangan ini time buat kerja sekolah diaorang.
Pada bahagian bawah kerusi, daku letakkan karpet kecil corak abstrak berserta dengan alas kaki yang agak lembut. At least ada rasa selesa sikit kat kaki time kena menulis lama-lama tu.
5 Langkah Mudah Untuk Cipta Ruang Kerja Di Rumah
#1 - Fikirkan ruangan mana yang sesuai
#2 - Sediakan sebuah meja kerja
#3 - Tempat storan barang yang praktikal
#4 - Kelengkapan kerja seperti laptop, alat tulis, Wifi dan sebagainya
#5 - Hiasan yang cantik mengikut citarasa sendiri
Bagi yang berminat untuk miliki ruangan pejabat kecil sendiri di rumah, jika tak suka dengan idea dekorasi ruang small office yang ku tunjukkan tadi, kalian boleh cipta ruang kerja sendiri mengikut citarasa masing-masing. Di sini daku sertakan sekali beberapa idea dekorasi untuk ruangan pejabat kecil di rumah sebagai inspirasi.
Pejabat soho di dalam rumah ini boleh diletakkan di mana saja seperti berhampiran ruang makan, berhampiran ruang tamu dan dalam bilik tidur juga boleh. Soal konsep terpulang bagaimana yang suka. Nak hiasan pejabat kecil gaya scandanivian boleh, nak gaya pejabat soho di rumah dengan gaya elegen juga boleh.
Dekorasi pejabat moden selalunya akan berkaitan dengan susun atur pejabat juga. Maka fikirlah ruang mana yang sesuai untuk diwujudkan ruang kerja pejabat ini dan decolah pejabat impian masing-masing dengan hiasan pejabat yang digemari.
Selamat berdeko-deko!! =D
cantikknyaaa
ReplyDeletesinggah selasa
ReplyDeleteNice tips 😊👍🏻
ReplyDeletesoho aida lom lagi siap.
ReplyDeletemeja pun lom beli.
desktop masih lagi atas lantai, hawa.
maybe lepas settle persekolahan anak-anak, baru nak mencari meja / perabot yg sesuai utk soho kat rumah.
wau tak sabar nak siappkan fully ofis rin ngehehee
ReplyDelete