Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Master Pasto Spaghetti : Just Heat And Eat! Hanya 3 Minit Untuk Makan

Master Pasto : Just Heat And Eat! | Betul, Master Pasto hanya perlu dipanaskan dan terus makan. Tak payah dah nak susah payah beli bahan itu ini dan perang lama kat dapur bila teringin nak makan spaghetti. Sebenarnya spaghetti segera keluaran Master Pasto ni dah lama pun ada kat pasaran. Ramai jugalah yang cuba untuk tahu sedap ataupun tidak. Dan untuk daku sendiri, rasanya ini kali ke dua cuba. 

Instant Spaghetti by Master Pasto ni bagi pendapatku sendiri alhamdulillah agak sedap juga dan anak-anaklah yang paling suka sekali. Kiranya Master Pasto ready-to-eat ni memang memang kena dengan selera anak-anakku. Cara nak sediakannya pun mudah sangat! Hanya perlu dipanaskan dah boleh terus dinikmati. 



Spaghetti Segera Berstatus Halal Buatan Malaysia Tanpa MSG 

Apa yang makin best, spaghetti segera buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd ni dihasilkan dengan bahan terpilih tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. Rasa sedap masih diberi keutamaan tetapi kaedah penyediaan resepinya lebih kepada cara pemakanan sihat. 

Untuk ini perlu diberi pujian. Yelah bukan senang tau nak jumpa produk tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG yang macam ni. Untuk aspek penyimpanan pula, tak perlu nak susah payah masukkan ke dalam peti sejuk (no refrigeration required). 


Didatangkan Dalam 3 Perisa Dengan 2 Bentuk Packaging

Sudahlah mudah, banyak pilihan pulak tu. Tiga perasa tersebut adalah Master Pasto Spaghetti Mushroom with Cream Sauce, Master Pasto Spaghetti Bolognese with Chicken dan Master Pasto Spaghetti Aglio Olio with Chicken.

Kalau dulu ia di jual dalam bentuk economy pack (packaging dalam kotak) tetapi sekarang dah ada saiz convenience pack dalam bekas juga. Economy pack ni lebih sesuai untuk kalian yang nak panaskan guna air dalam periuk manakala untuk convenience pack pula lebih mudah untuk kalian yang gemar panaskan guna microwave. 

Economy Pack

Convenience Pack

Mudah : Hanya Perlu Dipanaskan Selama 3 Minit Saja!

Inilah rupa untuk ketiga-tiga spaghetti yang ditawarkan oleh pihak Master Pasto. Satu bekas ni makan sorang memang kenyang! Dari segi kuantiti sosnya pula memang cukup sesuai dengan sepinggan spaghetti. 


Untuk kali ini daku sediakan spaghetti Master Pasto dari economy pack. Mudah sangat nak sediakan. Hanya perlu keluarkan ke dua-dua pek dari kotak (satu spaghetti dan satu lagi sos), kemudian didihkan air di dalam periuk dan masukkan ke dua-dua pek ke dalam periuk air rebusan selama 3 minit. 

Untuk convinience pack lagi senang. Hanya perlu terus masukkan ke dalam microwave. Biarkan selama 3 minit kemudian boleh terus ngap! Tak payah lagi nak didihkan air bagai. Jangan risau setiap arahan ada tertera di belakang setiap packaging. 





#1 - Master Pasto Spaghetti Mushroom with Cream Sauce

Untuk spaghetti segera Master Pasto bagi rasa Mushroom with Cream Sauce ini, ia agak kurang kena pada seleraku. Mungkin sebab ia bersifat creamy dan berlemak agak kurang sesuai dengan seleraku yang lebih ke arah pedas. Tapi untuk anak-anakku so far mereka suka sebab sama sekali tak pedas kan!





#2 - Master Pasto Spaghetti Aglio Olio with Chicken

 Bagi spagetti segera Master Paster untuk rasa Aglio Alio alhamdulillah ada rasa yang cukup masin dan pedasnya. Tidaklah pedas sangat tapi balance eloklah untuk citarasa rakyat Malaysia.




 #3 - Master Pasto Spaghetti Bolognese with Chicken 

Untuk spaghetti segera Master Pasto bagi rasa Bolognese with Chicken, yang ini kena dengan seleraku. Sedapnya tu memang boleh rasa. Rasa masin, masam, manis dan pedasnya bagiku seimbang dengan baik. Isi ayamnya agak banyaklah juga. Paling petnting jumlah sosnya tu memang sesuai dengan kuantiti spaghetti.



Kesimpulan 

Daku suka dengan produk jenama Master Pasto ni. Sebabnya ia amat mudahkan ibu-ibu macam daku ni. Seperkara lagi ianya juga mudah untuk di bawa semasa travel sewaktu bercuti dan sebagainya. Kalau nak ke luar negara sekalipun rasa boleh saja sebabnya memang tak perlu pun dimasukkan ke dalam peti ais. 

Dari segi rasanya pula, macam yang daku cakap tadi untuk anak-anak bagi mereka memang best dan bagi seleraku sendiri ada yang daku suka dan ada yang daku kurang suka. Biasalah tu selera orang mana nak sama. Kalau nak tahu sedapnya tahap mana kena beli dan try sendiri la kan! =D 


Nak dapatkan spaghetti segera Master Pasto ni mudah saja. Kat sini adalah lokasi di mana ada jual produk ni dan bolehlah pergi cari bila terasa nak makan spaghetti. 

- KK Mart
- Hero Market
- Jaya Grocer (Penang)
- Billion Group
- KSUtama
- Urban Retail
- Jazco Speedmart

Untuk list penuh, klik DI SINI



Untuk sebarang info lanjut berkaitan harga dan sebagainya, boleh layari :
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco


 #MasterPastoConveniencePack #3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese 

4 comments for "Master Pasto Spaghetti : Just Heat And Eat! Hanya 3 Minit Untuk Makan "

  1. Alhamdulillah. Mudah la nak makan pasni. Nyummm

    ReplyDelete
  2. senanglah nak makan pasta lepas ni, tak payah susah nak cari resepi..hehe

    ReplyDelete
  3. ooo KK mart ada jual ye, ok nanti nak try la :)

    ReplyDelete
  4. Mak mak pak pak mesti suka ni. Lagi lagi yang berkerjaya, balik lambat kann.. Nak jimat masa panaskan je then terus makan wahh cayalah!

    ReplyDelete