Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SABELLA : Pakaian Muslimah Exclusive Mampu Milik Yang Best

SABELLA : Pakaian Muslimah Exclusive Mampu Milik Yang Best | Hari ni daku nak share tentang satu jenama untuk fesyen kasual wanita bertudung yang bagi daku memang best! Kenapa sebab daku cakap best itu semua akan daku kongsikan di dalam artikel ini dan jenama yang ku maksudkan adalah Sabella®.

Sabella® ni sangat digemari oleh wanita bertudung yang pentingkan pakaian tutup aurat dengan gaya yang up to date dalam satu masa. Tak kisahlah gaya kasual ataupun dress up yang penting kena dengan citarasa masing-masing. Kerana itu jugalah daku teruja sangat jumpa pakaian muslimah dengan nama Sabella® ni. 




Sebagai seorang wanita yang bertudung, tak salah untuk ikut trend pakaian wanita yang terkini sebenarnya. Apa yang penting kenakan fesyen muslimah yang bergaya dan tutup aurat.  Sabella memang sudah terkenal sebagai pengeluar baju tanpa gosok untuk para wanita muslimah cuma kali ini baru daku berpeluang untuk menjadi pengguna. 

Terlalu Banyak Design Sampai Rambang Mata Dibuatnya

Apa yang bestnya, Sabelle ni menawarkan banyak pilihan. Semuanya cantik-cantik pula tu. Daku sendiri naik rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Serius, memang lawa-lawa belaka dan semuanya mementingkan soal gaya dengan ciri menutup aurat yang sempurna. Bila ada banyak design begini barulah betul jenama exclusive mampu milik yang ohsem! 



Kalau tak percaya, kalian boleh lihat sebahagian dari design pakaian muslimah exclusive mampu milik untuk jenama Sabella ni. Tengok sendiri dan daku percaya kalian sendiri pun akan terfikir perkara yang sama. Cantik kot! 

Tak sangka, dalam mencari pakaian muslimah mampu milik yang tutup aurat sepenuhnya dengan baik boleh pula bertemu dengan jenama Sabella ni. Dan dalam banyak-banyak design yang ada daku membuat keputusan untuk memiliki pakaian jenama Sabella dengan design RAUDHAH



7 Sebab Mengapa Sabella® 'RAUDHAH' Menjadi Pilihan


#1 - Rekaan Yang Sangat Bergaya Dan Moden 

Jangan ingat wanita yang bertudung labuh lebih dari paras dada ini tidak boleh berfesyen. Sebagai contoh untuk Raudhah ini sendiri, daku amat tertarik dari segi potongannya yang nampak elegan dan exclusive dalam satu masa. 

Ala-ala macam princess pun ada. Bagiku, Raudhah dapat memberi penampilan yang kemas dengan impak ekslusif dan kasual kepada si pemakai dalam satu masa sesuai dengan lokasi atau acara yang dihadiri. Jika kurang berkenan dengan design ini, boleh pilih design yang lain...jangan risau, memang banyak design Sabella ni.



#2 -  Warna Pilihan Yang Sangat Banyak

Soal warna juga boleh bikin daku pening kepala. Mana taknya, banyak kot! Tak terpilih oi.... ada merah, biru, pink, hijau, hitam dan sebagainya. Pendek kata, ciri-ciri warna kegemaran ada pada Raudhah dan lain-lain pakaian dari jenama Sabella ni.

Dalam banyak-banyak warna, daku membuat keputusan untuk memilih warna MINT GREEN. Ini kerana warna ni masih belum ada banyak di dalam koleksi pakaianku.



#3 - Menutup Aurat Dengan Baik Sepenuhnya 

Terus terang untuk mencari rekaan yang bergaya bagi baju muslimah untuk wanita bertudung bukanlah satu tugas yang mudah. Lagi-lagi untuk yang bertudung labuh. Jadi bila dapat jumpa pakaian moden muslimah untuk golongan wanita yang menitik beratkan soal tutup aurat daku sangat teruja.

Ia bukan saja labuh pada paras yang sesuai malah pada bahagian hujung lengannya juga turut diberi sentuhan untuk menutup paras permukaan tangan dengan baik. Kiranya dari soal tutup aurat patuh syariah, pakaian jenama Sabella benar-benar tidak mengecewakan.

#4 - Fabrik Yang Sangat Selesa Dan Best

Untuk Sabella ini, material yang digunakan adalah dari jenis Moss Crepe yang bersifat strechable dan tidak panas. Cumanya disebabkan kain ini jenis memeri maka dinasihatkan untuk mengambil 1 size lebih besar berbanding saiz tubuh sendiri. Ini bagi mengelakkan penampakan bentuk tubuh. Apapun fabrik jenis ini memang seronok dan selesa untuk di pakai. Nak drive pun senang.




#5 - Jahitan Yang Kemas

Dari segi mutu jahitan setakat yang sis nampak ni alhamdulillah semuanya okay. Nampak kemas dan tidak ada sebarang masalah seperti koyak, benang tertanggal dan sebagainya. Harap-harap pihak Sabella dapatlah kekalkan mutu jahitan yang kemas begini sampai bila-bila untuk semua para pelanggan. Aamiin.

Sabella® Tak Gosok Pun Tak Apa, Yes! 

Wanita dengan dunia fesyen memang tak dapat dipisahkan. Walaupun untuk kalangan wanita bertudung sekalipun, fesyen tetapi menjadi perhatian. Jangan ingat wanita bertudung tak boleh berfesyen sebabnya ada banyak juga pakaian untuk tampak eksklusif, kasual dan sebagainya. Wanita bertudung tetapi boleh kelihatan manis dengan busana seperti ini dan makin best bila dapat membeli dan memakai baju tanpa gosok yang sangat mudah dan praktikal. 

Baju-baju tanpa gosok begini seriously memang sangat senang! Bayangkan nak ke tempat kerja ke, nak keluar secara tiba-tiba ke, eh mudahlah! Terus capai dari hanger dan pakai. Tak payah nak buang masak iron baju bagai. Kain dari jenis lembut dan flow begini memang sangat seronok di pakai.




Mesra Solat, Mudah Dan Sesuai Dipakai Untuk Travel Serta Umrah

Seperkara lagi yang daku suka, koleksi dari Sabelle bukan hanya selesa dan labuh mengikut saiz diri sendiri tetapi juga ia bersifat patuh syariah di mana setiap baju Sabella ini sangat mementingkan soal mesra solat. Maka tak hairanlah bila mana baju koleksi Sabella sering dipilih untuk di pakai untuk apa jua acara termasuklah untuk bercuti dan mengerjakan umrah. 



Mana yang ada perancangan nak menunaikan umrah bolehlah dapatkan set RAUDHAH ini. Selain set Raudhah, set Mawaddah juga cantik. Pakaian dari jenama Sabella ini sangat sesuai untuk dipakai semasa mengerjakan umrah kerana : 

  • tangannya jenis cekak dan tak risau terselak
  • bajunya berpotongan longgar
  • set baju dan seluar begini memudahkan pergerakan semasa melakukan ibadah
  • TAK PERLU MENGGOSOK
  • KHIMAR (tudung) yang diberi percuma labuh dan sesuai digunakan untuk menunaikan solat
salah satu koleksi Sabella yang dikenakan di Tanah Suci

Sesuai Juga Dipakai Untuk Ke Tempat Kerja Dan Majlis Lain

Hari tu, sis pakai koleksi Sabella ini untuk hadiri sebuah majlis persidangan yang bertempat di Kota Bharu Kelantan. So far semasa pakai tu alhamdulillah selesa dan tidak berpeluh. Malah design pakaian dengan nama Raudhah dari Sabella ini juga tampak sangat sopan dan 'kena' dengan situasi majlis. Jadi bagi pendapat peribadi sis ni, jenama Sabella memang mudah untuk digayakan di mana saja dan dalam apa jua acara.


Koleksi Mampu Milik : 1 Harga Untuk 3 Item - Murah Giler! 

Ohya, dari soal harganya pula, untuk koleksi pakaian Sabella dengan nama Raudhah yang sis pakai ni, harganya hanyalah RM99 untuk 3 item! Yup! RM99 ini merangkumi sepersalinan pakaian yakni baju, seluar palazo dan juga tudung (khimar). Weii, best! Memang susah tau nak dapat baju satu set begini dengan harga yang mampu milik ni. Dahlah cantik dan selesa pulak tu. 



Pakaian lain dari jenama Sabella juga turut di jual dengan harga mampu milik. Pilih je nak design yang mana dan bolehlah di beli terus sama ada secara online mahupun secara terus dengan walk in ke butik Sabella yang terletak di Kuala Lumpur.


Tengah Cari Baju Tanpa Gosok Yang Cantik Selesa, Mesra Solat Dan Sesuai Untuk Ibu-Ibu Yang Kaki Travel? Jom Cuba Fesyen Wanita Bertudung Dari Koleksi Sabella Sekarang!


Kalau dulu sis suka kenakan jubah muslimah moden yang agak exclusive dan mampu milik, tapi ini sis makin happy bila ada lebih banyak design pakaian cantik untuk wanita bertudung ni. Koleksi pakaian muslimah yang sesuai di pakai untuk ke travel, tempat kerja atau majlis kenduri turut sis suka. Bila difikir-fikirkan balik, Sabella boleh diangkat sebagai salah satu butik pakaian muslimah yang mampu milik untuk dikunjungi. 

Cuma harap-harapnya Sabella dapatlah kekalkan mutu koleksi pakaian muslimah dengan kualiti yang bagus bersama harga mampu milik begini. Tidak dinafikan yang wanita lebih tertarik dengan pakaian kasual dan wanita bertudung ini juga agak sukar untuk dapatkan pakaian tanpa gosok dengan design yang sesuai untuk apa jua situasi tetapi dengan adanya jenama seperti Sabella segalanya sudah menjadi semakin mudah. 




Untuk urusan pembelian, semua pakaian koleksi Sabaella sama ada Sabella Raudhah, Sabella Mawaddah dan sebagainya boleh di beli secara offline di Sabella Boutique ataupun secara Online melalui Saballe Facebook, Sabella Instagram dan website. 

Katalog turut disediakan untuk memudahkan lagi urusan pemilihan pakaian dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjaga income lebih, Sabella turut membuka peluang menjana pendapatan dalam bentuk dropship bagi mana-mana individu yang berminat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak Sabella melalui detail di bawah ini. 


SABELLE BUTIK | BAJU TANPA GOSOK
2776, Jalan Changkat Permata, 
Taman Permata, 
53300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5 comments for "SABELLA : Pakaian Muslimah Exclusive Mampu Milik Yang Best"