Drama Cindai (TV3) Episode 1 - Episode Akhir (Tonton Online) | Cindai, bila sebut perkataan ni terus teringat lagu Dato' Siti tapi ini bukannya Cindai untuk lagu tu. Cindai yang dimaksudkan ini adalah drama terbaru untuk Slot Samarinda TV3 terbitan JS Pictures. 


Drama Cindai rasanya bakal menggegarkan kerana jalan cerita untuk drama Cindai ini memang lain daripada yang lain. Ditambah lagi dengan lakonan Ayda Jebat yang mantap akan membuatkan drama ini mendapat perhatian ramai. Selain dari Ayda Jebat, ada banyak lagi pelakon hebat lain sebagai gandingan. 



Jumlah Episod : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAK : Sari Hermawati
PENULIS SKRIP : Markoto Kobota & Chinta Nadeesha
PENGARAH : JS Pictures Sdn Bhd
PRODUKSI : Azman Yahya




Antara senarai pelakon untuk drama Cindai di TV3 ini adalah :



  • Ayda Jebat sebagai Cindai / Reihana
  • Syazuwan Hassan sebagai Iskandar
  • Nazim Othman sebagai Amir
  • Raysha Rizrose sebagai Yasmin
  • Catriona Brian Ross sebagai Dato Seri Kalsom
  • Niezam Zaidi sebagai Haniff
  • Haeriyanto Hassan sebagai Rudy
  • Ainina Ahmad sebagai Najua
  • Annie Mosha sebagai Salmah
  • Ameerul Asyraf sebagai Muhammmad
  • Zalfa Zin sebagai Azizah
Sinopis Penuh Drama Cindai 

Drama Cindai ini mengisahkan tentang seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder dan gadis itulah yang bernama CINDAI. Penyakit ini merupakan satu situasi yang berkaitan dengan mental di mana moodnya boleh berubah dalam sekelip mata. 

Bersama penyakit ini, Cindai membesar seorang diri sebatang kara tanpa sesiapa. Malah hidup Cindai juga penuh dengan tragedi di mana beliau hampir mati lemas dan hampir juga di bunuh. Semua ini angkara dendam! Paling tidak boleh lupa, ke dua ibubapa Cindai telah mati dibunuh betul-betul di hadapan matanya. 

Boleh dikatakan hidup Cindai penuh dengan tragedi dan orang jahat sana sini. Mujurlah Cindai berjaya lari hinggalah terselamat dan membesar di sebuah rumah anak-anak yatim. Namun, hidup Cindai tidak juga berubah apabila dia sering di buli dan di keji. Akhirnya Cindai nekad untuk biarkan saja takdir menentukan segala dan Cindai mula menjadi seorang gelandangan. 

Walaubagaimanapun, Cindai tetap di kira beruntung kerana mempunyai seorang lelaki yang bernama Amir di sisinya. Amir sentiasa mengambil berat akan diri Cindai. Susah senang Cindai, boleh dikatakan Amirlah yang selalu ada bersamanya. 

Hinggalah suatu ketika Cindai terserempak dengan seorang jejaka bernama Iskandar. Perwatakan Iskandar yang baik telah berjaya membuka pintu hati Cindai. Ya, Cindai telah jatuh cinta pandang pertama dan dengan tidak semena-mena kini Cindai nekad untuk berubah. Cindai kini mula pasang angan-angan untuk sebuah kehidupan yang lebih indah. 

Cindai sangkakan boleh menikmati sebuah kehidupan yang baik tetapi sekali lagi Cindai merasa kecewa. Kali ini hati Cindai menjadi marah apabila mendapat tahu yang Iskandar ini rupanya sudahpun berkahwin dengan seorang wanita bernama Yasmin. Tidak mahu berputus asa, Cindai mula memasang strategi untuk memisahkan Iskandar dan Yasmin demi untuk mencapai cita-citanya sendiri. 

Apakah yang akan terjadi? Ini semua kena tonton sendiri melalui video di bawah :


CINDAI EPISOD 1





CINDAI EPISOD 2



CINDAI EPISOD 3




CINDAI EPISODE 4



CINDAI EPISODE5 


CINDAI EPISODE 6 


CINDAI EPISODE 7 


CINDAI EPISODE 8



CINDAI EPISODE 9 





CINDAI EPISODE 10




CINDAI EPISODE 11




CINDAI EPISODE 12



CINDAI EPISODE 13



CINDAI EPISODE 14




CINDAI EPISODE 15 (AKHIR)





Lagu Tema (OST)

Lagu Better Than You nyanyian Ayda Jebat hasil ciptaan dan tulisan lirik oleh beliau sendiri termasuk Irwan Simanjuntak.

Itulah serba sedikit info mengenai sinopsis drama Cindai yang telah ditayangkan di TV3. Cindai boleh dikatakan sebuah drama lakonan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan yang agak best. Secara tidak langsung juga melalui drama Cindai ini boleh mengetahui mengenai kehidupan dalam masyarakat yang kadangkala tidak kita sangkakan. 











Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.