10 Doa Dipermudahkan Segala Urusan Yang Boleh Kita Amalkan | Doa dipermudahkan urusan elok untuk diamalkan bagi menangani apa jua masalah dan keadaan. Biasalah, sudah namapun manusia maka mana boleh terlepas dari sebarang ujian dari Allah SWT. Ada banyak bacaan doa yang boleh diamalkan untuk memohon supaya dipermudahkan segala urusan ini. Ada doa yang panjang dan ada juga doa yang pendek.

Firman Allah swt,

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Maksudnya, Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah al-Ankabut, Ayat 2)


Sesungguhnya, doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana itu kita digalakkan untu berdoa di dalam keadaan susah mahupun senang. Jika dalam keadaan susah boleh berdoa semoaga Allah SWT permudahkan urusan dan di kala senang pula boleh berdoa sebagai tanda kesyukuran kerana Allah SWT telah permudahkan segala urusan yanga ada.

Walaupun ada banyak doa namun doa-doa ini selalunya boleh saja digunakan untuk apa jua keadaan. Terpulanglah nak amalkan doa yang mana. Yang penting, ketika berdoa untuk dipermudahkan urusan ini, doa tersebut hendaklah di baca dengan penuh rasa ikhlas dan bersungguh-sungguh di dalam hati. Bacalah dengan lidah dan yakinlah dengan hati. 


Di sini adakan dikongsikan 10 doa dipermudahkan urusan yang boleh kita amalkan.  Doa-doa yang akan dikongsikan di bawah ini boleh juga digunakan dalam pelbagai tujuan urusan sebagai :

  • doa dipermudahkan segala urusan dan rezeki
  • dao dipermudahkan segala urusan dan hajat
  • doa dipermudahkan urusan dan kesihatan
  • doa dipermudahkan urusan orang sakit
  • doa dipermudahkan urusan bersalin
  • doa dipermudahkan urusan pembedahan 
  • doa dipermudahkan urusan belajar
  • doa dipermudahkan urusan peperiksaan
  • doa dipermudahkan urusan sahabat dan sebagainya


10 Himpunan Doa Untuk Dipermudahkan Segala Urusan 

1) Surat Al-Kahfi, Ayat 10 (Doa Ashabul Khafi)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”

2) Surat Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa AS)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”

3) Surat Al-Baqarah, Ayat 286

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

4) Surat Al-Anbiya, Ayat 87 (Doa Nabi Yunus)

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya, “…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

5) Surat Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Kursi)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur.
KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

6) Surat Al-A’raf, Ayat 89

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Maksudnya, “…Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil). Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.”

7) Surat At-Tahrim, Ayat 8

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya, “…Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

8) Surat Al-Insyirah, Ayat 5-6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

9) Hadis Riwayat Ibnu Hibban

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya, “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”

10) Hadis Riwayat Muslim

اَللَّـهُـَّم أَصْلِحْ لِي دِينِي الّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Maksudnya, “Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku.
Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan.”

4 Doa Dipermudahkan Urusan Dalam Rumi 

#1 - "Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan"

#2 - “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”

#3 - “Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka bisa mengerti perkataanku”

#4 - “Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisimu, dan sempurnakanlah bagi kam petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”



Zikir Untuk Dipermudahkan Urusan 

Terdapat juga zikir dipermudahkan urusan yang boleh diamalkan. Antara zikir tersebut adalah : 

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil  ‘adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa  aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”
Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.
Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil  ‘adhimi  wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”
Hari Jumaat baca “Ya Allah “
Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”
Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.
Sebagai seorang muslim kita kena yakin akan pertolongan dari Allah SWT. Jika kita ingat padaNya, InshaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Seelok-eloknya doalah dengan penuh rasa rendah diri dengan disertakan rasa kesungguhan serta keikhlasan ketika mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan berdoalah pada bila-bila masa yang dikehendaki. 

Itulah serba sedikit perkongsikan mengenai doa dipermudahkan urusan apabila menghadapi masalah. Semoga ianya dapat membantu memudahkan urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, aamiin.


Credits : Bidadari.my








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.