Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit

10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit | Pernah tak alami keadaan mata merah tanpa sebab? Maksudnya dengan sendiri tiba-tiba mata merah dan berair. Sebagai contoh mata merah sebelah kanan tapi tidak sakit. 

Urat mata juga merah dan bawa mata merah sekali tapi memang tak ada sebarang rasa sakit seperti sakit mata biasa. Berlakupun hanya sebelah saja.

Sebenarnya terdapat banyak sebab mata menjadi merah tetapi tidak menyakitkan. Pasti hairan kan? Iyalah, kenapa mata menjadi merah begini? 

Mata merah (Red eye) merupakan salah satu simptom yang kerap dialami oleh seseorang selain daripada gejala-gejala lain seperti kegatalan dan sebagainya. 


10 Penyebab Utama Kenapa Mata Menjadi Merah

Bagi yang pernah alami masalah mata merah tanpa sebab, di sini akan dikongsikan antara penyebab mata merah seperti berdarah untuk pembacaan. 

#1 - Konjunktivitis / Sakit Mata

Bahasa perubatan dikenali sebagai Konjunktivitis tapi untuk bahasa biasa kita mengenalinya sebagai sakit mata. Walaupun tidak sakit tetapi sakit mata begini selalunya akan mengalam,i mata merah, berair dan ada juga rasa gatal.

Nama perubatan iaitu Konjunktivitis ada kaitan dengan selaput konjunktiva. Selaput konjuktiva ini adalah selaput lut sinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Fungsi utamanya adalah menghasilkan lapisan kelembapan semula jadi dan menjadi pelindung kepada mata.

Kenapa Sakit Mata Mudah Berjangkit?

Sakit mata boleh berjangkit kerana jika ia disebabkan oleh bakteria atau virus. Ia boleh berjangkit dengan mudah jika berlaku sentuhan dengan si pesakit dan juga melaui perkongsian barang peribadi. 

#2 - Mata Kering

Sindrom mata kering terjadi ketika kelenjar air mata tidak menghasilkan air mata yang cukup.

#3 - Mata Alergik / Alahan

Sakit mata juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti ;
  • jangkitan kuman (bakteria atau virus) 
  • debu hama dan debunga
  • bulu dan kulit mati haiwan 
  • alahan terhadap bahan kimia seperti produk kosmetik dan minyak wangi 


#4 - Penggunnaan Kanta Lekap

Penggunaan kanta lekap pada mata turut menjadi salah satu punca kepada masalah mata merah. Antara tanda yang biasa dialami pesakit akibat penggunaan mata lekap ini adalah mata merah, berair, pedih dan gatal pada mata. 

Ia boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan kanta lekap yang terlalu lama, pemilihan kanta lekap yang tidak sesuai dengan mata atau mungkin juga mutu kualiti kanta lekap yang dibeli itu yang kurang elok untuk mata. 



#5 - Computer Vision Syndrome

Penyakit Computer Vision Syndrome ini sering terjadi pada mereka mereka yang sering menggunakan komputer atau laptop dalam masa yang sangat lama. 

Paling ketara dikalangan remaja yang sering melayari internet menggunakan laptop atau komputer untuk bermain games secara online dan sebagainya. 

#6 - Mata Luka

Kecederaan pada mata boleh berlaku pada beberapa skala seperti kecederaan pada mata akibat bendasing, tertusuk benda yang tajam akibat kemalangan, jangkitan kuman dan sebagainya. 

Bagi masalah mata merah tanpa rasa sakit ini, adalah penting untuk mendapatkan rawatan doktor jika keadaan mata merah itu berlarutan sehingga berhari-hari tanpa sebarang tanda untuk pulih.

#7 - Demam dan Selsema

Gejala demam juga boleh menyebabkan mata menjadi merah dengan sendirinya. Lagi-lagi jika demam itu turut mengakibatkan selesema. Mata merah ketika demam selesema sudah menjadi perkara normal dan boleh diubati dengan cara memakan ubat demam yang dibekalkan oleh doktor.

#8 - Perubahan Hormom Semasa Hamil

Mengandung juga boleh menyebabkan berlakunya mata merah tanpa ada rasa sakit ini. Keadaan mata menjadi merah semsa hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang sedang berlaku dalam diri.

#9 - Asap Rokok

Mata boleh menjadi merah disebabkan oleh asap- rokok juga. Kandungan tembakau yang ada dalam rokok boleh menyebabkan asap yang terhasil mengenai mata hingga menyebabkan mata menjadi merah. 

Ia bukan saja boleh berlaku kepada di perokok itu sahaja malah terhadap orang sekeliling yang turut terhidu asap rokok tersebut.

#10 - Kurang Tidur

Sebab yang terakhir adalah disebabkan oleh kurangnya waktu tidur. Kekurangan waktu tidur untuk tubuh berehat memang boleh menyebabkan mata menjadi bengkak dan merah dalam satu masa.

Cara Mencegah Dan Mengubati Masalah Mata Merah


Sering mengalami mata merah namun tidak tahu cara mengobatinya? Jika tadi dijelaskan tentang penyebab mata merah, ini pula cara mengobati mata merah.

Untuk mencegah masalah mata merah ini, bagi yang mendapat masalah mata merah disebabkan oleh sakit mata maka ada baiknya jika dapat :

- Elakkan daripada melalukan sentuhan fizikal dengan orang lain
- Cuci tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata
- Elak berkongsi tuala dan barang peribadi dengan orang lain

Bagi mata merah yang disebabkan oleh kurang tidur, bolehlah luangkan masa untuk berehat dan bagi masalah mata merah disebabkan oleh perkara lain bolehlah beli ubatr titis mata dari farmasi. 

Jika keadaan mata merah itu kelihatan agak serius tak usah ke farmasi sebaliknya terus saja ke hospital atau klinik mata bagi mendapatkan rawatan daripada mereka yang lebih pakar. 


Cara guna ubat titis mata yang boleh dijadikan sebagai panduan :
1. Cuci tangan dengan air dan sabun hingga bersih.
2. Lap kawasan mata dengan kain bersih atau tisu bagi membuang kotoran yang melekat 
3. Baca label pada ubat titis mata untuk arahan penggunaan atau tarikh luput.
4. Buka penutup botol ubat titis mata.
5. Dongakkan sedikit kepala.
6. Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan ubat.
7. Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.
8. Picit botol ubat titis mata dan titiskan dos seperti yang disaran.
9. Tutup mata selama lebih kurang seminit supaya ubat dapat diserap ke dalam mata.
10. Lap lebihan ubat titis mata menggunakan kain bersih atau kertas tisu.
11. Ulangi langkah tadi selepas lima minit jika perlu menggunakan lebih daripada satu jenis ubat titis mata. Bagi pesakit yang perlu menggunakan ubat titis dan juga ubat salap, gunakan ubat titis mata terlebih dahulu.

Ingat! Tidak semua ubat di farmasi itu boleh membantu.Lagi-lagi jika mata merah itu turut didatangi dengan tanda lain seperti sakit kepala, mual, gatal dan lain-lain lagi. Walau mata merah tanpa rasa sakit tidak bermakna boleh dibiarkan saja tanpa sebarang rawatan. 

Berjumpa dengan doktor adalah langkah yang paling baik sekali. Jika takut terover bajet boleh saja terus ke hospital dengan bayaran yang sangat minima. 
Apapun, mata merah merupakan kondisi yang dapat dicegah dengan menjaga kebersihan. Kerana itu harus tahu penyebabnya dan setelah tahu penyebab mata merah yang ada maka bolehlah lakukan langkah yang sepatutnya. 

Sumber : HMetro

1 comment for "10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit"