Berus Gigi Miswak : Basahkan, Berus, Bilas. Tanpa Perlu Ubat Gigi | Hari ni sis nak kongsikan rasa teruja yang teramat sangat pada semua. Kenapa? Sebabnya sis dah berjaya jumpa berus gigi Miswak yang sememangnya dah lama sis cari. Makin happy bila diberitahu yang ini adalah berus gigi Miswak pertama di dunia. Kalau dulu mencari kayu sugi di Mydin dan farmasi, kali ini dah tak perlu susah payah lagi. Yes!


Bersungguh sis mencari berus gigi miswak, tidak lain dan tidak bukan kerana sis perlukan berus gigi miswak yang tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat gigi. Betul! Sis memang suka berus gigi ni kerana mudah untuk sis bawa ke mana-mana. Nak guna kat mana saja pun boleh, yelah tak payah nak bawa ubat gigi bagai kan! Petik jari je kata orang. Best sangat!

Kelebihan Kayu Sugi Yang Perlu Diketahui 

Sebelum ambil tahu tentang berus gigi miswak, suka untuk sis kongsikan sedikit info yang berkaitan dengan kau sugi. Secara tidak langsung ia dapat menjelaskan mengapa sis amat bersungguh nak bersihkan gigi dengan kayu sugi ni. 

1 - Kayu sugi bersifat semulajadi 

2 - Kayu sugi mempunyai biotik untuk menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria.

3 - Kayu sugi megandungi elektron yang boleh membantu tanggalkan plak gigi

4 - Kayu sugi mempunyai khasiat perubatan untuk kesihatan gigi. Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)




5 - Sebab sampingan sudah tentulah sebab sis nak ikut sunnah Nabi dengan menggunakan kayu miswak untuk membersihkan mulut dan gigi. Penggunaan miswak ini merupakan sunah Nabi Muhammad SAW dan ianya satu amalan yang sangat disyorkan

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Membersihkan gigi dengan miswak ni seeloknya setiap kali sebelum waktu solat. Makin seronok bila dapat guna semasa di bulan puasa, dengan berus gigi miswak ini tak ada lagi rasa risau akibat penggunaan ubat gigi. Hati rasa lebih tenang dan fikiran juga rasa lebih lapang.


Berus Gigi Miswak Mempunyai Khasiat Kayu Sugi Hingga Tak Perlukan Ubat Gigi

Berus gigi miswak tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat gigi kerana ia dihasilkan daripada miswak (kayu sugi) dan juga seramik kuarza semulajadi yang ada pada bahagian bulu berus. Kandungan miswak yang bergabung dengan seramik semulajadi inilah yang akan bertindak sebagai pembasmi bau busuk dan juga penanggal kotoran yang ada pada bahagian gigi dan mulut. 

Bukan itu sahaja, ia juga menjana cas ion negatif yang banyak semasa tindakan pemberusan gigi. Ion-ion ini berupaya melicinkan permukaan gigi dan mengurangkan plak gigi. Oleh kerana seramik tersebut telah dihancurkan sehingga halus dan dicampur dengan bulu berus gigi maka tiadalah timbul masalah risiko kerosakan pada gigi dan gusi. Mungkin ada yang tertanya-tanya, eh macamana miswak dan seramik semulajadi kuarza ini boleh ada pada berus gigi kan? Ini semua tidak mustahil.

7 Kelebihan Utama Yang Ada Pada Berus Gigi Miswak

#1 - Bersifat Semulajadi

Miswak, merupakan akar pembersihan gigi dari sejenis pokok yang berasal dari Pakistan. Miswak turut dikenali sebagai siwak atau kayu sugi dan ia merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun yang dulu. Kayu sugi ni di ambil dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Dan pokok ni dipercayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan menghilangkan bau mulut. 

Seramik semulajadi dari sejenis batu kuarza, memastikan perlindungan permukaan terbaik dan meningkatkan keberkesanan pemberusan. Seramik kuarza semulajadi ini didapati hanya di Aichi Prefecture, Jepun. Ianya kuat, berdaya kikisan yang baik, dan juga mampu tahan impak, haba dan bahan kimia




#2 - Terasa Lebih Dekat Dengan Baginda Nabi

Berkat kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW, dengan penggunaan produk yang dihasilkan daripada miswak / kayu sugi ini, secara tidak langsung terasa lebih dekat dengan Baginda. Mungkin ada yang akan berkata, eh Baginda Rasullullah SAW tak guna berus gigi begini. Iya memang benar kerana di zaman dulu tidak ada produk dalam bentuk berus gigi sebegini malah pokok yang digunakan Baginda juga sudah tentu sukar untuk diperoleh di Malaysia dengan mudah. 

Dan disebabkan itulah apabila berus gigi miswak ini wujud, sis berasa sangat teruja dan berterima kasih. Setidaknya dapat menjadi salahseorang daripada ramai orang lain yang dapat menjaga kebersihan gigi dan mulut dengan mengikut amalan Rasullullah SAW. Walau tidak dapat 100% sebegitu tetapi hala tuju ke arah itu ada sesuai dengan penggunaan dalam kaedah yang lebih moden dan terbaru.


#3 - Hasil Penyelidikan Dan Pembangunan Dari Jepun 

Bila sebut barangan buatan Jepun kita sudah sedia maklum akan hasil kerja mereka yang amat mementingkan mutu kualiti. Barangan yang dihasilkan dengan teknologi Jepun sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia dan merupakan antara barangan terbaik di kalangan pengguna serata duniaSama jugalah kisahnya dengan berus gigi miswak ini. Berus gigi Miswak merupakan produk hasil penyelidikan dan pembangunan dari Jepun dan 100% selamat digunakan serta dikilangkan di Jepun. 




#4 - Berusnya Yang Lembut Dan Selesa Pada Gigi dan Gusi

Untuk bahagian berusnya pula, tersangatlah lembut dan amat sesuai untuk pengguna mempunyai masalah gusi dan gigi sensitif. Bila guna rasa lembut dan tidak sakit sama sekali. Anak pun ikut suka. Ianya juga sangat ringan dengan tempat pegang yang sangat stabil. 




#5 - Turut Ada Berus Gigi Miswak Yang Khas Untuk Travel

Berus gigi miswak (toothbrush) sama sekali tanpa perlu ubat gigi. YA! Tak payah lagi susah payah beli ubat gigi. Nak ke mana-mana juga mudah. Malah berus gigi miswak turut ada dalam saiz yang lebih pendek untuk mudah di bawa ke mana-mana. Dalam size begini, nak masukkan ke dalam poket pun boleh. At least, lepas makan kat mana-mana dah boleh terus bersihkan gigi walaupun hakikatnya tak ada ubat gigi bersama. Haaa kan senang tu!





#6 - Sesuai Untuk Kegunaan Pelbagai Golongan Usia 

Berus gigi miswak ini juga sangat sesuai untuk pelbagai golongan usia termasuklah kanak-kanak. Jadi bagi kanak-kanak yang amat rimas dengan penggunaan ubat gigi, bolehlah mula gunakan berus gigi miswak selepas ni. Tak payah lagi susah payah tahan rasa dan bau ubat gigi dalam mulut dan tak perlu lagi susah payah berkumur dengan lama macm dulu, Dengan adanya berus gigi miswak ni semuanya akan mula mejadi senang dan cepat. 



#7 - Didatangkan Dalam Pelbagai Pilihan Warna Yang Menarik

Berus gigi kayu sugi dengan teknologi negara Jepun ini didatangkan dalam 2 jenis iaitu regular (biasa) dan travel. Untuk warnanya pula ada 3 pilihan. Putih, biru dan juga hijau. Sis sendiri rambang mata tak tau nak pilih yang mana, semua nampak cantik. Nak mudah grab belaka. Nanti dah rosak boleh tukar. 


Cara Penggunaan Semudah ABC 

BASAH, BERUS, BILAS! Benar, dengan tiga langkah mudah saja gigi akan dapat dibersihkan dengan sempurna. Bau makin hilang, kotoran semua makin tanggal dan secara tak langsung dapat berjimat juga sebab dah dapat keluarkan ubat gigi dari shopping list.

Berus gigi Miswak disyorkan penggunaannya untuk sebulan dan kemudian diganti dengan yang baru. Ini adalah untuk mengekalkan prestasi keberkesanannya dalam proses pembersihan gigi. Sekiranya secara purata, ia digunapakai 3 kali sehari, selama 3 minit setiap kali berus, berus gigi Miswak boleh digunakan selama sebulan. Dalam kiraan yang lebih tepat, berus gigi Miswak ini boleh digunakan dengan berkesan selama 270 minit.



Nak Bersihkan Gigi Dan Mulut Dengan Baik? Inginkan Produk Yang Mudah dan Selamat Yang Dihasilkan Di Jepun? Jom Dapatkan Berus Gigi Miswak 

Hampir smua umat Islam tahu yang Nabi Muhammad SAW membersihkan giginya dengan kaedah bersugi. Ramai juga yang tahu kayu sugi ini bagus untuk kebersihan mulut dari bakteria. Tetapi masalahnya sekarang, ada tak pokok kayu sugi di Malaysia? Kalau benar ada sekalipun, bolehkah dikeluarkan dalam bentuk yang praktikal sebagai contoh dalam bentuk berus gigi miswak ini? Rasanya susah dan agak mencabar. 

Berdasarkan apa yang telah disenaraikan, ternyata kelebihan berus gigi miswak berbanding dengan berus gigi yang biasa ini ada banyak seperti :

- membersihkan seluruh mulut dengan berkesan
- memutihkan gigi (kayu sugi boleh puutihkan gigi)
- mencegah kerosakan gigi yang serius
- mengikut sunah nabi yang gemar menggunakan kau sugi
- dapat membiasakan diri anak dengan berus gigi
- sesuai untuk kegunaan di rumah dan semasa travel
- sesuai untuk pelbagai golongan usia termasuk kanak-kanak 



Disebabkan itulah sis berasa sangat-sangat teruja dengan berus gigi miswak ini. Melihat pula pada perinciannya yang boleh boleh dikatakan sebuah kejayaan hasil gabungan antara tradisi Arab dengan teknologi Jepun yang terkini, sis rasa semakin teruja dan bersyukur. Pada berus gigi miswak ini kita boleh lihat dua gabungan benda yang hebat menjadi satu dengan sifat semulajadi yang sangat selamat untuk digunakan.  Untuk diri sis sendiri, ini bukan kali pertama dan terakhir. InshaAllah akan terus guna dari masa ke semasa. 

Peluang Baik! Agent Jualan Seluruh Negara Sedang Di Cari!

BERUS GIGI MISWAK - namanya saja sudah mampu membuatkan orang menjadi tertarik. Siapa sangka keinginan untuk bersihkan gigi dan mulut dengan kayu sugi boleh menjadi kenyataan. Malah turut melangkaui fikiran apabila produk berasaskan miswak ini boleh dihasilkan dalam bentuk berus gigi yang sempurna. 

Bagi kalian yang berminat untuk menjana pendapat tambahan, kalian boleh ikut bersama menjadi agent jualan atas talian untuk memperkenalkan berus gigi miswak ini pada orang ramai yang lain di luar sana. Sebagai contoh diriku sendiri, sesungguhnya sis tak pernah menyangka ada inovasi berus gigi seperti ini dan dalam masa yang sama ya, sis sangat teruja kerana berjaya menemui berus gigi yang sangat hebat, selamat dan berkesan seperti berus gigi miswak ini. 

Terus terang sis antara pengguna yang akan terus menggunakan berus gigi miswak dan sis percaya akan ada lebih ramai yang berminat untuk berus gigi begini. 

Macamana nak jadi agent? KLIK TERUS >> KAT SINI <<  UNTUK PENDAFTARAN

Dan untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan pembelian, boleh kunjungi : WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 









Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.