Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bolehkah Islam Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina?

Bolehkah Islam Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina? | Di dalam negara kita ini ada pelbagai jenis perayaan selain Hari Raya seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Dan setiap tahun, Malaysia tidak akan terlepas dalam meraikan perayaan sempena Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan yang ada dalam negara kita.

Tahun Baru Cina - Bolehkah Umat Islam Meraikannya?

Kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kita faham dan tidak campur tangan dalam urusan agama dan kepercayaan mereka. Persoalannya, bolehkah umat Islam sambut perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina ini? Apa hukum sambut tahun baru cina?

Kat sini kita kena faham pada perkataan 'MERAIKAN' itu. Adakah meraikan itu sekadar menziarah rakan dari kaum Cina tersebut ataupun, kita ikut sama melakukan sebarang ritual atau perbuatan yang ada kaitan dengan agama mereka.

Jika sekadar ziarah sempena Tahun Baru Cina tersebut, maka tidak ada salahnya. Melainkan jika kita ikut sama melakukan sebarang ratual yang ada kaitan dengan agama dan adat mereka maka di sini adalah tidak dibolehkan!




Bagaimana Pula Dari Segi Makanan?

Sejarah yang tepat mengenai sejarah sambutan Tahun Baru Cina tidak dapat dipastikan cuma yang tahu perayaan Tahun Baru Cina dengan buah limau memang sangat sinonim. Untuk makanan yang dihidangkan, kita lihat pada makanan yang di hidang. 

Sebagai contoh buah limau, terang dan jelas buah limau itu adalah sejenis buah-buah maka kita boleh makan. Tetapi!! Jika buah limau itu di ambil dari tempat 'persembahan' maka kita tak boleh makan. Jika buah limau itu memang tidak ada kena mengena dengan sebarang persembahan, ambil dari dalam kotak sebagai contohnya maka bolehlah di makan.


Begitu juga dengan makanan lain seperti daging atau sebagainya, kita beritahu yang ini tidak boleh kita makan jika dagingnya tidak halal atau ada kaitan dengan persembahan. 

Kita diharamkan makan daging dan apa jua barang makanan lain yang ada campuran dengan makanan haram. Jika dihidang menu makanan laut dan pasti yang itu tidak mengandungi sebarang tambahan makanan yang ada unsur haram maka dibolehkan. Namun, jika was-was hendaklah dielakkan. 


Perhatikan Pada Mualaf Dan Keluarga Asal Mereka

Contoh paling mudah, kita perhatikan pada keluarga saudara baru kita (mualaf). Adakah mereka tidak boleh pergi ke rumah famili, saudara mara dan rakan mereka yang masih dengan agama lain hanya kerana saudara baru ini telah memeluk Islam?

Perkara inilah yang perlu kita perhatikan. Kita bukannya di larang untuk berkawan dengan mereka yang sedang menganut agama lain ini. Bahkan kita di ajar untuk berbuat baik dengan mereka cuma kita perlu memberitahu mereka secara terang dan nyata apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Ianya sama kaedah dengan kita mendidik anak tentang apa yang boleh di makan dan apa yang tidak boleh. Maka tidak ada masalah jika saudara baru kita ini terus  meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka yang belum menganut Islam apabila tiba sambutan tahun baharu. 

Yang penting tujuannya adalah untuk menziarahi, bukannya mengamalkan atau melaksanakan sebarang ratual rasmi yang ada kaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh bakar colok, minum minuman beralkohol dan sebagainya.


Kita Ini Hidup Berbilang Kaum 


Daku masih ingat lagi sewaktu kecil dulu, arwah ayah dan juga mendiang sahabat baiknya dulu yang bernama Uncle Eng, mereka berdua ni kalau time perayaan... mesti akan saling kunjung berkunjung. 

.
Masa raya aidilfitri Uncle Eng akan sampai ke rumah dengan ahli keluarga dia nak makan ketupat palas, nak makan dodol, nak makan bahulu.. siap prepair sampul raya lagi untuk kami adik beradik...

Masa Tahun Baru Cina pula ayah akan ke sana dan daku pun turut di bawa sekali. Yang bagusnya, time tahun baru cina, Uncle Eng dah tahu apa yang boleh dan tak boleh untuk kami maka dia akan prepair yang berbeza untuk sahabat muslim dan non muslim.

Sebab itu bila ke rumah uncle Eng kami akan dihidang dengan air kotak kekwa, kuih bakul, kuih sepit, buah limau mandarin dan yang paling best dapat Angpaw.
.



Jadi jika di tanya, boleh tak umat Islam raikan Tahun Baru Cina? 

Jawapannya tanya semula pada diri sendiri, nak raikan tahap yang bagaimana? 

Jika sekadar dalam niat menziarah itu dibolehkan tetapi jika hendak meraikan sampai lupa batasan agama maka itu tidak dibolehkan.

Sambut Tahun Baru Cina bersama sahabat bukan Islam itu boleh tetapi biarlah dengan cara yang betul dan tidak melanggar batas agama Islam

Kita bersahabat sambil menjelaskan apa yang boleh dan apa yang tidak tentang Islam supaya mereka tidak buruk sangka. Cara sambutan Tahun Baharu Cina begini dapat eratkan perpaduan.

Untuk masyarakat Cina Muslim pula, perbezaan agama tidak menghalang mereka daripada sambut Tahun Baharu Cina dan perayaan Aidilfitri serta Aidiladha. Iyalah mereka Cina Muslim yang ada dua keluarga besar dan berlainan agama. Mereka masuk Islam tak bererti mereka perlu buang keluarga. Perlu sisihkan diri dari sanak saudara hanya kerana berlainan agama. 


Sambutan Tahun Baharu Cina adalah salah satu sambutan perayaan maka selagi kita sambut dengan niat sekadar untuk sebuah perpaduan tanpa ada isu racist, tanpa ada kena mengena dengan kepercayaan ataupun akidah maka itu di beri keringanan.  


TAPI INGAT !!!!

PERAYAAN CHAP GOH MEI SAMA SEKALI KITA TIDAK BOLEH PERGI !!!

Boleh tonton video di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas... :) 





5 comments for "Bolehkah Islam Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina?"

  1. cara terbaik.. jangan libatkan diri kalau rasa was was. tp kalau da ada hukumnya kita ekot. insyallah..

    ReplyDelete
  2. Sama jugak seperti menganut agama Islam tidak menjadikan diri bangsa Melayu 😁

    ReplyDelete
  3. paling suka tahun baru cina kedai2 banyak jual limau.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tq sis hawa untuk info ini.. sekarang saya dah faham. Saya merupakan seorang mualaf yang berhijrah dari kristian ke islam.
    ~penerangan padat sis ni sangat membantu persoalan saya. Thanks again

    ReplyDelete
  5. https://mykhilafah.com/hukum-sambutan-tahun-baru-cina/

    ReplyDelete