Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Titian Takdir TV3 Episode Penuh : Episod 1 Hingga Akhir (Sinopsis & Video)

Drama Titian Takdir TV3 Episode Penuh : Episod 1 Hingga Akhir (Sinopsis & Video) | Drama TV3 pukul 10 terbaru pada bulan Januari 2020 untuk kali ini adalah TITIAN TAKDIR. Terus terang sis tengok sejak episod 1 dan teringin nak terus tonton hingga episode akhir. Sebab apa? Kerana drama Titian Takdir ini sangat touching. Bagi yang belum pernah tonton, di sini sis akan kongsikan info untuk drama Titian Takdir yang telah mula ditayangkan di TV3 ini.


Info Untuk Drama Titian Takdir TV3 

Titian Takdir adalah sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod. Ia ditayangkan di TV3 dalam Slot Lestary yang bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam. Drama Titian Takdir ini merupakan sebuah rancangan drama televisyen yang diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan skripnya pula di tulis oleh Sharifah Abu Salem. 

Ia merupakan sebuah drama terbitan Suhan Movies & Trading. Kalau tak silap Suhan ni ada kaitan dengan pelakon hebat Rosyam Noor kan? Maka tak hairanlah kenapa drama terbitan Suhan Movies & Trading ni best best belaka. Dengan penulis skripnya Sharifah Abu Salem yang memang dah terkenal dengan kejayaannya dalam drama yang hebat dan sedih. 


JUDUL : TITIAN TAKDIR
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Faizul Yatnor & Rosyam Nor
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading



Senarai Pelakon Drama Titian Takdir TV3

Antara pelakon utama yang telah dipilih untuk drama bersiri Titian Kasih TV3 ini pula adalah Sweet Qismina, Nadia Brian, Fimie Don dan Syazuwan Hassan.

WATAK PELAKON 
Sweet Qismina sebagai Aishah / Kirana
Nadia Brian sebagai Latifah (Along)
Syazuwan Hassan sebagai Nazmi (Angah)
Fimie Don sebagai Ayoi
Atiq Azman sebagai Eddie
Mahmud Ali Bashah sebagai Datuk Jufri
Emelda Rosmila sebagai Datin Rina
Zarynn Min sebagai Wati
Fazren Rafi sebagai Dr Kamil
Bella Dowanna sebagai Mimi
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Along
Syamim Razi sebagai Nazmi
Habiel Lutfillah sebagai Ayoi
Dhia Irdina sebagai Aisyah
Asyiqin Zaed sebagai Izan
 Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Yun
Normah Damanhuri sebagai Wan Jah


Sinopsis Penuh Drama Titian Takdir TV3

Drama TITIAN TAKDIR ini mengisahkan tentang kasih sayang di antara 4 orang adik beradik. Yang sulungnya perempuan, yang ke dua lelaki, yang ke tiga juga lelaki dan yang terakhir adalah perempuan. Nama mereka pula adalah Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan juga Aisyah (Adik). Kekuatan kasih sayang antara 4 orang adik beradik ini memang erat walaupun didatangi pelbagai ujian.




Antara ujian tersebut apabila kehilangan ayah tersayang dan tidak lama kemudian kehilangan pula ibu tercinta. Makin menyedihkan ke empat beradik ini ada ditinggalkan harta pusaka oleh arwah ayah mereka namun harta tersebut ingin ditakluk oleh nenek dan ibu saudara yang sama sekali tidak ada belas kasihan. 

Sikap nenek dan ibu saudara yang tamakkan harta di tambah pula dengan hasutan bapa saudara yang jahat telah menyebabkan ke empat-empat beradik ini sering di maki, di dera dan di hina tanpa sebarang belas kasihan. 



Kekurangan kasih sayang dari nenek yang bersikap pilih kasih telah menyebabkan adik beradik ini semakin di tindas akan tetapi kasih sayang di antara ke empat beradik ini tetap kuat dan utuh. 

Along yang amat menyayangi semua adik-adiknya berusaha sedaya upaya untuk terus bersabar. Angah pula ikut bersabar atas nasihat Along sambil menjadi pelindung kepada semua adik beradiknya. Namun Ayoi (anak ke tiga) agak lantang bersuara dan sama sekali tidak mahu terus mengalah begitu saja dengan apa yang berlaku. 

Dek kerana Along belum mencapai usia 18 tahun maka harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka tidak boleh ditukar milik kepada sesiapa sekalipun. Hal ini menyebabkan nenek mereka berasa marah dan sakit hati, akibatnya ke empat beradik ini dihantar ke rumah anak yatim. 

Di sangkakan segalanya akan mula berubah menjadi lebih baik dengan keadaan baru tanpa sebarang deraan, kini empat beradik ini kembali menghadapi masalah apabila datangnya sepasang suami isteri tanpa anak (Datin Jufri dan Datin Rina) yang ingin sangat untuk mengambil Aisyah sebagai anak angkat mereka. 





Along yang inginkan adik bongsu mereka itu hidup dengan lebih baik demi masa depannya telah merelakan Aisyah di bawa pergi tetapi sebaliknya pula dengan Ayoi. Ayoi yang ternyata kecewa dengan ketiadaan Aisyah telah melarikan diri dari rumah anak yatim untuk jauh dari Along dan Angah.

Apabila telah meningkat dewasa, kini Nazmi mula mencari adik beradiknya semula. Nazmi nekad untuk menyatukan kembali keluarga mereka seperti dulu. Along Latifah berjaya mendapat kerja di sebuah klinik.



Akan tetapi, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Ayoi telah menjadi seorang samseng. 



Manakala Aisyah yang dijaga oleh Datuk Jufri dan Datin Rina telah berubah sikap menjadi sombong dan bongkak. Aisyah dengan nama barunya Kirana sudah tidak ingin lagi mengingati siapakah dirinya yang lalu. Bagi Aisyah dirinya adalah Kirana yang juga merupakan artis ternama dan popular. 




Itulah dia sinopsis penuh untuk drama Titian Takdir. Berjayakah Nazmi dan Along menyatukan semula keluarga mereka? Bagaimana pula dengan harta pusaka yang ingin ditakluk oleh nenek mereka? Segalanya boleh ditonton menerusi video di bawah yang akan diupdate dari episode 1 hingga episode akhir. 

TONTON DRAMA TITIAN TAKDIR : EPISODE 1 





TONTON DRAMA TITIAN TAKDIR : EPISODE 2 





DRAMA TITIAN TAKDIR : EPISODE 3 HINGGA AKHIR 


>> COMING SOON.............


LAGU TEMA / OST 


  1. Selamanya - Usop
  2. Ruang Mimpi - Neeta
  3. Teguh Setia - Muna Shahira
  4. Ku Harap - Aqil





Untuk tonton cerita ni make sure kena tengok dari episod 1 dan sila sediakan tisu banyak-banyak sebab citer ni memang sedih sangat-sangat. Walaubagaimanapun ia dapat memberi gambaran bagaimana sesebuah kasih sayang antara adik beradik itu perlu dijaga walau apa jua rintangan yang mendatang.... 


Post a Comment for "Drama Titian Takdir TV3 Episode Penuh : Episod 1 Hingga Akhir (Sinopsis & Video)"