Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Antara Himpunan Gambar Kereta Terbang Yang Ada Di Dunia Ini

Antara Himpunan Gambar Kereta Terbang Terbaik Di Dunia | Waktu kecil dulu sis masih ingat lagi di mana sis lukis gambar kereta terbang untuk tahun 2020. Tak tahulah sebab apa tapi mengikut gambaran yang ada di kepala sis andaikan yang ini adalah tahun serba moden dengan teknologi yang canggih. Sebab itu kereta terbang yang sis lukis berlegar di udara dengan bentuk rumah yang sangat artistik! Pergh hebat benar daya imaginasi sis pada masa tu.




Sekarang tahun 2020 sudahpun tiba dan saat ini kereta terbang yang sis lukis ada di mana-mana tetap tidak kelihatan. Nampaknya sis sendiri yang tersalah jangkaan. Walaubagaimanapun sekurang-kurangnya memang ada dron yang seakan 'kereta terbang' digunakan untuk ambil gambar. Takapalah, at least ada. 

Tapi, kalau nak tahu saat ini memang sudah adapun kereta terbang di seluruh dunia. Cuma tak adalah dicipta dengan jumlah yang tersangat besar untuk kegunaan orang biasa di sana sini macam yang sis bayangkan tu. Kenderaan super dron atau kereta terbang ini sudah di bina dengan pelbagai bentuk dan kegunaan. 

Antara negara yang sudah berjaya membina kereta terbang hingga berjaya menarik perhatian ramai dari seluruh dunia adalah kereta terbang Jepun. 

Kereta Terbang Jepun


Inilah bentuk kereta terbang yang di bina oleh negara Jepun. Kereta terbang ini telah dihasilkan oleh FIRMA Jepun iaitu NEC Corp. NEC ini merupakan sebuah syarikat IT yang aktif mengeluarkan produk elektronik dari Jepun. Syarikat IT dan rangkaian Jepun dengan nama NEC ini telah mendedahkan sebuah prototaip "kereta terbang" untuk tatapan umum. 

Saat melakukan ujian ke atas kereta terbang ini, bermula dengan bunyi yang menderu, prototaip seperti helikopter seberat 148 kilogram dengan panjang 3.9 meter, ketinggian 1.3 meter dan lebar 3.7 meter ini melayang dengan sendirinya hingga 3 meter di atas tanah dan berlegar selama beberapa minit di tempat ujian di NEC's Kilang Abiko di Prefektur Chiba.

Hasil daripada kejayaan tersebut, dikhabarkan yang kereta terbang ini akan dihasilkan pengeluarannya secara besar-besaran dalam masa beberapa tahun lagi. Kereta terbang ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat Cartivator dan menyasarkan penggunaannya sebagai sebuah teksi terbang di Jepun tidak lama lagi. 

Di sini sis senaraikan sekali antara himpunan gambar kereta terbang yang berjaya sis dapatkan dari carian Google. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dapat melihat rupa bentuk kereta terbang yang ada. Kebanyakan darinya adalah kereta terbang Amerika dengan kos yang agak tinggi untuk membuatnya.

Moller Skycar 400

Kelajuan Max: 331mph di udara / 30mph di jalan raya
Ketinggian Max: 36,000 kaki


Nirvana Autogyro GyroDrive

Kelajuan Max: 112mph di udara / 25mph di jalan raya



Cartivator Skydrive

Max Speed: 62mph di udara / 93mph di jalan raya
Ketinggian Max: 10 meter



DeLorean 


PAL-V Liberty

Neva Aviation AirQuadOne



Lilium


Terrafugia TF-X

AeroMobil 4.0


Nak lihat rupa kereta terbang ini dengan lebih dekat lagi? Jemput tonton video di bawah ini.



Bagaimana Pula Rupa Kereta Terbang Malaysia?

Untuk rupa kereta terbang Malaysia, modelnya telahpun ditayangkan sewaktu LIMA. Bila ia akan siap sepenuhnya itu sis tak pasti.


Cuma, jika di tanya pada pendapat sis sendiri, sis tak punya angan-angan yang tinggi untuk naik kereta terbang walaupun dulu semasa kecil sis teruja membayangkan negara Malaysia yang penuh dengan kereta terbang ini.

Manakan tidak, sis ni gayat oi! Jadi daripada sis pening kepala naik kereta terbang baiklah sis pandu je kereta biasa di atas jalanraya. Orang gayat macam sis ni jangankan nak naik kereta terbang, nak jambatan gantung tu pun sis dah cuak.  =D



5 comments for "Antara Himpunan Gambar Kereta Terbang Yang Ada Di Dunia Ini"

  1. dulu dok bayangkan macam mana lah aku time zaman kereta terbang. hahaha. nasib baik lah takda pintu doraemon. kalau tidak, dari dulu lagi dah kecewa T_T hahahaha

    ReplyDelete
  2. It's 2020 guys. cepat betul masa berlalu

    ReplyDelete
  3. ini betul kena dengan tema tahun 2020 ni hehe..

    ReplyDelete
  4. Sama sis, akk pun jenis spesis gayat hehe

    ReplyDelete