Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kampung People : Tonton Online Episode Penuh 1 - 13 (Akhir)

Kampung People : Tonton Online Episode Penuh 1 - 13 (Akhir) | Drama Kampung People memang boleh buat para penonton ketawa tak kering gusi. Mungkin ada yang akan berpendapat cerita ini agak 'gediks' tapi dalam masa yang sama ia mempunyai beberapa pengajaran juga. 

Pada mulanya sis sendiri tak tengok drama Kampung People kat TV3 ni tapi bila dengar suami ketawa tatkala menonton drama tersebut, sis ikut tengok sekali. Ternyata memang drama ni boleh bikin penonton ketawa dengan watak para pelakon yang lucu-lucu belaka. 



Drama melayu dengan tajuk KAMPUNG PEOPLE ini boleh di beri pujian kerana ia berbeza daripada lain-lain drama yang lain. Tak hairanlah mengapa semakin hari semakin ramai orang bercakap tentang drama Kampung People ini. 

Bahkan, percaya ataupun tidak, drama bersiri Kampung People telah menjadi fenomena hinggakan ramai pengemar drama melayu mula menghadap TV masing-masing setiap hari Rabu hingga Jumaat melalui Slot Lestary TV3 pada jam 9.00 malam. Drama Kampung People bersiaran 13 episod penuh DAN untuk tonton episode 1 hingga akhir bolehlah lihat pada video di dalam artikel ini nanti. 

Mahu info lanjut berkaitan Kampung People? Ini Jawapannya: 

1. Sinopsis
2. Pelakon
3. Idea dan Rujukan
4. Tonton Online Episode 1-13


#1 - SINOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE

Drama Kampung People ini mengisahkan tentang Razif yang terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya yang juga merupakan seorang penjenayah bernama Tuan Suhaimi. Dalam misi untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah itu, Razif telah menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan disebabkan itu, pihak polis telah meletakkan Rafiz dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi.

Demi untuk menyembunyikan diri demi faktor keselamatan, Razif telah di beri idea untuk membawa seluruh ahli keluarganya berpindah ke kampung. Di sana Razif sekeluarga terpaksa menyamar diri dan menukar identiti masing-masing untuk menjadi orang kampung.

Di tempat tinggal yang baru dengan identiti sebagai orang kampung begini, kehidupan Razif dan keluarganya mula membuatkan keadaan menjadi huru hara dengan pelbagai kejadian lucu. Suasana kehidupan di kampung telah membuatkan kehidupan Razif sekeluarga semakin berubah dalam menyesuaikan diri untuk menjadi seperti orang kampung yang sebenar. 



#2 - BARISAN PELAKON

Jika tadi telah dikongsikan sinopsis, ini pula adalah barisan pelakon yang membintangi drama Kampung People di TV3 ini. Antara pelakon utama yang berlakon dalam drama ini adalah:

ELLY MAZLIN
Nama penuh : Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi
Lahir : 1981
Umur : 39 tahun (2020)
Asal : Slim River, Perak

RASHIDI ISHAK 
Nama penuh : Rashidi Ishak
Lahir : 1973
Umur : 47 tahun (2020)
Asal : Kuala Lumpur

RIENA DIANA 
Nama penuh : ‎Nur Qamarina Diana binti Zulreal
Tahun lahir : 1997
Umur : 23 tahun (2020)
Asal : Petaling Jaya, Selangor

HUN HAQEEM 
Nama penuh : ‎Hun Haqeem
Tahun lahir : 1998
Umur : 21 tahun (2020)
Asal : Sungai Petani, Kedah

Selain daripada empat pelakon di atas, drama Kampung People ini turut dibintangi oleh Kamarul Eqifshah, Namron, Razak Ahmad, Shah Kimin dan lain-lain lagi

#3 . IDEA DAN RUJUKAN

Jalan cerita drama Kampung People yang ditayangkan sebanyak 13 episode kesemuanya ini adalah hasil idea dan konsep asal dari Wan Hasliza Wan Zainuddin, di bawah produksi KL Motion Picture. Apabila di tanya tentang lakonan, rata-rata merasakan agak mencabar untuk membawakan watak masing-masing. Biasalah, drama untuk bikin orang ketawa begini memang menguji kesabaran. 

Gara-gara drama Kampung People ini jugalah, si Rashidi Ishak mendapat gelaran 'hot daddy' dan beliau sendiri berkata, sejujurnya dia segan dan sedikit geli dengan gelaran tersebut namun itulah penangan akibat drama Kampung People ini. 

Manakala untuk pelakon Riena Diana pula, beliau yang terpaksa membawa watak gadis 'bimbo' berkata yang pelakon Sharifah Sakinah adalah sumber rujukannya untuk menjayakan watak yang di beri. 
#4 - Tonton Online Episode 1-13

Drama Kampung People yang mula ditayangkan buat kali pertama di TV3 kini telahpun selesai. Dengan tontonan sebanyak 13 episode semuanya, rata-rata merasa terhibur. Bagi yang belum berkesempatan menonton drama Kampung People ini, di sini akan dikongsikan semua video bermula dari episode 1 hingga 13 (episode akhir). 

EPISODE 1 

EPISODE 2 

EPISODE 3

EPISODE 4 

EPISODE 5 
/div>

EPISODE 6 

EPISODE 7 

EPISODE 8 

EPISODE 9 

EPISODE 10

EPISODE 11

EPISODE 12 

EPISODE 13




Selamat menonton.... 



2 comments for "Kampung People : Tonton Online Episode Penuh 1 - 13 (Akhir)"