Keindahan Dan Keistimewaan Bumi Syam Yang Tak Ramai Orang Tahu | Mesti pernah dengar nama negeri Syam kan? Lagi-lagi bila baca AlQuran. Selain itu negeri Syam turut muncul dalam kisah Nabi Ibrahim yang di mana, pada waktu itu Nabi Ibraham AS berada di Syam lantas diperintahkan untuk membawa puteranya iaitu Ismail dan isterinya Hajar ke Mekah.

Lalu Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan Allah SWT untuk meninggalkan ke duanya berhampiran dengan Kaabah. Akibat rasa haus yang teramat sangat, berkat izin Allah SWT maka muncullah mata air dari bawah tapak kaki Nabi Ismail dan ianya kini dikenali dengan nama air zam zam.

Gambar pemandangan 'negeri Syam'

Tidak hanya itu, bumi Syam juga merupakan sebuah negeri yang disebut Rasulullah sebagai negeri yang baik, sampai sahabat bertanya, "Kebaikan pada negeri Syam. 'Kami bertanya, Mengapa wahai Rasulullah?' Beliau bersabda: 'Karena Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap di atasnya." (HR. Tirmidzi).


Antara Keistimewaan Negeri Syam Yang Berkaitan Dengan Islam 

#1 - Rasulullah SAW pernah bersabda “Para Malaikat melebarkan sayap-sayapnya di atas bumi Asy Syam”[HR Tirmidzi]. Asy Syam ialah tanah yang diberkati; ia dimuliakan oleh Allah SWT dalam Al Quran dengan banyak khabar gembira dan banyak hadis menceritakan keagungan bumi asy Syam ini. 

#2 - Negeri Syam merupakan pusat perniagaan. Di zaman bermulanya tersebar Islam, ramai kafilah perniagaan daripada Makkah dan Madinah berulang alik untuk berniaga di Syam. Antaranya termasuklah tokoh perniagaan Khadijah binti Khuwailid yang kemudian berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW

#3 - Dari Wathilah bin al-Asqā’ berkata : Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Huzaifah bin al-Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat baginda tentang tempat tinggal.

Maka, baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. (Dan) baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda ;

عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ.

“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya”(Rujukan : Kitab Himāyah As-Syam al-Musamma Fadhāilu As-Syam karya Imam Baghdadiy)

#4 - Negeri Syam merupakan pusat ibadah untuk umat Islam. Negeri Syam ini sangat kaya dengan sejarah Islam di mana terdapatnya tempat peristiwa- peristiwa besar dalam sejarah Islam berlaku. Bermula dengan tempat Rasulullah SAW dinaikkan ke langit di Masjid al Aqsa, hinggalah kepada beberapa peperangan besar yang dimenangi oleh umat Islam di bawah komandan Khalid al Walid, Salahuddin al Ayubi dan Sultan Saifuddin al Qutuz.

Masjid Al Aqsa - sumber Google

#5 - Ia merupakan tanah yang terletaknya kiblat umat Islam yang pertama dan tempat di mana Nabi Isa akan diturunkan kelak. Rasulullah SAW Bersabda dengan menyebut tentang Damaskus (ibu negara Syam) ;

“Isa putra Maryam turun di sebelah timur Damaskus di menara putih dengan mengenakan dua baju (yang dicelup wars dan za’faran) seraya meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat, bila ia menundukkan kepala, air pun menetas. Bila ia mengangkat kepala, air pun bercucuran seperti mutiara...”. (HR. Muslim no. 2937). 

#6 Perang Siffin (Mei-Julai 657) juga berlaku di sini iaitu di tebing Sungai Furat, Syam. Ia terjadi apabila Muawiyah bin Abu Sufyan G memberontak terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib yang lambat menghukum pembunuh bekas khalifah Uthman bin Affan.

#7 - Pada akhir zaman negeri Syam akan kembali menjadi titik peristiwa penting seperti yang Rasulullah SAW khabarkan. Manaratul baidha’ atau menara putih di salah satu masjid agung di Damaskus akan menjadi tempat turunnya kembali Nabi Isa alahis salam. Ia akan membunuh Dajjal di pintu Ludd. Itu semua akan terjadi di Negeri Syam. Oleh sebab itu, negeri Syam disebut sebagai Negeri Akhir Zaman.


Hebatnya Negeri Syam Ini, Tapi Dimanakah Kedudukan Syam Sebenarnya Mengikut Peta Sekarang?

Untuk pengetahuan lanjut, ukuran saiz untuk negeri Syam mengikut kekuasaan dulu adalah sangat besar. Kini ukuran negeri Syam ini meliputi empat buah negara, iaitu Suriah yang merupakan pusat negeri Syam, Palestina sebagai kiblat pertama kaum muslimin, Lebanon dan yang terakhir adalah Yordania.

Jika mengikut nama sebutan kita pada masa kini adalah :
  • Suriah itu adalah Syria
  • Palestina itu adalah Palestin
  • Lebanon itu adalah Lubnan
  • Yordania itu adalah Jordan 

Pada Masa Sekarang Syam Dikenal Dengan Nama? 

Jangan terkejut, Syam ini adalah lokasi untuk SYRIA. Ya, negeri Syam yang dahulunya di sebut sebagai sebuah negeri pada masa kini adalah lokasi untuk salah sebuah negara yang kita kenali dengan nama SYRIA. 

Syria secara rasminya merupakan sebuah negara di Asia Barat  yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dengan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Gambaran dalam bentuk peta untuk negara Syria adalah seperti yang berikut.

Peta negara Syam sekarang 

Bentuk Muka Bumi Negara Syria 

Syria terdiri dari dataran tinggi kering. Walaupun begitu Syria memiliki sungai iaitu Sungai Furat yang melintasi negara ini di timur. Syria ini juga di anggap sebagai salah satu daripada 15 buah negara yang termasuk sebgai "tempat bermulanya tamadun". 
Dalam negara Syria ini juga terdapat beberapa bandar besar seperti Aleppo dan Homs. Ibu negara untuk Syria ini bernama Damsyik yang terletak di barat daya. Damsyik ini dulu disebut sebagai Damascus.

Nama Syam itu sendirinya boleh merujuk kepada Damsyik, sebuah kota yang dilihat sebagai suatu pusat perdagangan yang penting di rantau Tanah Arab. Terdapat juga beberapa bandar penting lain di Syria yang terletak di sepanjang persisiran pantainya. Iklim di Syria panas dan kering. Namun ia juga turut memiliki musim dingin dan salji juga kadang-kala turun tatkala tibanya musim dingin tersebut. 

Sedikit Sejarah Mengenai Kota Damsyik (Ibu Negeri Syam)

Pengepungan Damsyik (634 M) berlaku dari 21 Ogos hingga 19 September 634 M, sebelum kota itu jatuh ke tangan Khulafa al-Rasyidin, Damsyik merupakan bandar utama Empayar Byzantine.
Perang Romawi-Parsi berakhir pada tahun 627 M, apabila Maharaja Heraclius menamatkan kempen yang berjaya terhadap orang Parsi di Mesopotamia. Pada waktu yang sama Nabi Muhammad SAW menyatukan orang Arab di bawah panji-panji Islam. 

Selepas kewafatan baginda Nabi, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengganti baginda sebagai khalifah pertama Khulafa al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar berjaya menamatkan beberapa pemberontakan dan mula mengembangkan Islam melewati Semenanjung Arab.
Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk. Kerana itu Syria mempunyai banyak sejarah sejak dulu hingga kini dan bangunannya juga kelihatan ciri-ciri peninggalan pemerintahan di zaman lalu. 

Syria mempunyai seramai lebih kurang 22 juta orang penduduk dan majoritinya adalah umat Islam dan bahasa komunikasi mereka adalah Arab. Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan. Ibu kotanya, Damsyik, terkenal dengan kemajuan dan kemodenan.



Inilah Keindahan Bumi Syria Sebelum Berlakunya Peperangan 

Wajah bandaraya yang aman dan cantik dengan penembungan kemodenan dan peninggalan senibina bangunan lama yang masih dijaga dan dikekalkan dengan baik. 





Lorong-lorong di dalam dan luar celahan bangunan telah berusia berabad lamanya dengan panorama yang sangat indah pada pandangan mata. 



Gaya kehidupan rakyatnya tampak jelas denan ciri-ciri keIslaman pada bangunan, gaya hidup dan sebagainya. 


Ekonomi negara Syria juga baik dengan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dari seluruh dunia. 


Ini pula adalah rupa halaman rumah bagi penduduk Syria. Cantik bukan?



Pemandangan Indah Lain Di Sekitar Negara Syria Di Suatu Ketika Yang Dulu

Sebagaimana yang dikatakan tadi, Islam merupakan agama mutlak di negara ini.






Ciri-ciri pentadbiran ke atas negara ini sejak dari zaman dahulu hingga juga jelas kelihatan di sana sini dalam negara tersebut.









Pemandangan dengan langitdan laut yang membiru berserta kehijauan pohon membuatkan negara Syria ini salah satu tempat percutian yang sangat indah dan menarik untuk dikunjungi. Bayangkan juga betapa bangga dan sayangnya warga Syria ini dengan keindahan bumi tanah tumpah darah mereka. 


Keindahan Syam / Syria Kini Hanya Tinggal Kenangan 





Apakah Kehendak Warga Syria Hingga Tidak Menyerah Kalah?

Negeri Syam adalah julukan untuk negara SYRIA yang sedang berdepan dengan peperangan. Walau sudah bertahun lamanya namun mereka masih cuba bertahan sedaya upaya yang termampu. Jika ditanya apakah kehendak warga Syria ini sebenarnya?

Jawapannya tak lain dan tak bukan, apa yang dimahukan oleh umat di Syria merupakan kemahuan keseluruhan kaum Muslimin iaitu untuk hidup dengan cara Islam, melihat hukum syariah Allah diterapkan dalam masyarakat dan bernaung di bawah keadilan yang terhasil daripada penerapannya.



Meskipun mereka mengharungi kekejaman yang tidak dapat dibayangkan yang menyebabkan mereka dibunuh, dibom, diserang dengan senjata kimia dan diseksa, namun mereka tetap teguh kepada Islam dan menyerahkan kebergantungan mereka hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Kesimpulan :

Bersyukurlah kerana saat ini kita berada dalam rumah bersama anak isteri dan suami dalam keadaan tenang tanpa ada rasa gentar. Bersyukur juga kerana kita mampu untuk tidur dengan nyenyak dan ke sana sini mencari rezeki dengan senang untuk makan hingga kenyang. Bersujudlah dan bermohonlah kepada Allah SWT untuk keselamatan saudara seagama kita di sana. 

Janganlah pula tahu di mana lokasi negara lain yang hebat-hebat hinggakan nama negara yang tercatat di dalam AlQuran tidak kita ketahui akan lokasinya di ketika ini. Sebagai contoh negeri Syam / negara Syria ini sendiri. 

Ambillah juga apa yang berlaku sebagai iktibar dan persediaan dalam menghadapi kehidupan di akhirat kerana sesungguhnya "Allah tidak pernah tidur, Allah tidak pernah alpa, Allah tidak pernah berpaling dan segala apa yang sedang berlaku sememangnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu." 


Sumber : 












Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.