Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Info Dan Syarat Untuk Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Senarai Info Dan Syarat Pinjaman Peribadi Untuk Bank Rakyat | Bila disebut tentang loan atau pinjaman peribadi, ada banyak pihak (terutama bank) yang menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi ini untuk kita mohon. Walaubagaimanapun, usaha untuk mencari pinjaman peribadi dengan kadar faedah terendah setahun bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk apa jua jenis pinjaman peribadi kita kena sentiasa bersikap bersedia dan tidak gopoh.

Antara jenis pinjaman peribadi yang ada adalah ;
  • loan pinjaman peribadi Bank Rakyat
  • loan pinjaman peribadi Bank Islam
  • loan pinjaman peribadi CIMB
  • loan pinjaman peribadi BSN
  • loan pinjaman peribadi Maybank 
  • loan pinjaman peribadi RHB
  • loan pinjaman peribadi Aeon
  • loan pinjaman peribadi Hong Leong Islamic Bank
  • loan pinjaman peribadi Koperasi
  • loan pinjaman Tekun Nasional 
  • loan pinjaman perumahan kerajaan dan sebagainya

Jenis Pinjaman Peribadi-i Di Bank Rakyat

Bagi pinjaman peribadi Bank Rakyat ia di buka untuk swasta dan juga kerajaan. Kiranya pinjaman peribadi Bank Rakyat ini memang ada untuk mereka yang berkerja dalam sektor swatsa dan juga kerajaan. Maka tidak hairanlah mengapa ramai membuat personal loan Bank Rakyat termasuk kakitangan kerajaan.

Terdapat sebanyak 4 jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat iaitu ;

  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam 
  • Pembiayaan Peribadi-i Pesara 
  • Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang 
  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta


#1 - Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

- berkonsep tawarruq
- Had Maksimum Pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM100,000
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam. Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Rakyat.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun (semasa tamat tempoh pembayaran).
  • Berkhidmat di Sektor Awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.
  • Berkhidmat dalam tempoh minimum 3 bulan.
  • Berpendapatan bulanan tetap RM1,000 atau tahunan tetap RM12,000.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.


#2 - Pembiayaan Peribadi-i Pesara 

- berkonsep tawarruq
- Had Maksimum Pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM100,000
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
- Layak untuk Pesara kerajaan berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
- Minimum pencen RM800 sebulan
- Cara pembayaran guna kaedah pemindahan pencek ke Bank Rakyat


#3 - Antara Ciri Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang 

- Penumpuan pada satu ansuran sahaja
- Kadar keuntungan serendah 3.05% setahun
- Peralihan daripada pembiayaan konvensional kepada syariah



#4 - Antara Ciri Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

- berkonsep tawarruq
- Had Maksimum Pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM150,000
Tempoh pembiayaan antara 5 hingga 10 tahun
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
- Hanya layak di pohon oleh warganegara Malaysia sahaja
- Pemohon hendaklah berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap untuk jawatan tetap hendaklah berjumlah R
M2,000 dan keatas manakal untuk berjawatan kontrak hendaklah berjumlah RM8,000 dan ke atas. 


10 Kelebihan Umum Mengenai Loan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Berdasarkan Pembacaan 

Dari senarai di atas, di sini akan dikongsikan beberapa info termasuk syarat yang berkaitan dengan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk kita sama-sama tahu setakat yang boleh.

Untuk pinjaman Peribadi Bank Rakyat yang dikenali sebagai Bank Rakyat Personal Financing-i Public, ia menawarkan beberapa kelebihan. Antara ciri-ciri yang ada pada skim pembiayaan peribadi daripada Bank Rakyat ini adalah ;

#1 - Pinjaman 100% patuh Syariah
Dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah, pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah.

#2 - Jumlah pembiayaan yang fleksibel 
Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang fleksibel dengan jumlah permohonan dari RM5,000 hingga RM200,000.

#3 - Tempoh pembiayaan yang sangat fleksibel 
Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun untuk Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam.

#4 - Kelayakan umur yang fleksibel
Pinjaman ini dibuka kepada kakitangan awam, GLC dan anggota ATM yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun. Sangat sesuai bagi mereka yang baru mula berkhidmat dan ingin memohon pinjaman peribadi tak bercagar.

#5 - Kadar keuntungan terendah
Pinjaman Bank Rakyat Personal Financing-i Public adalah antara pinjaman peribadi Islamik tak bercagar untuk sektor awam dengan kadar keuntungan terendah, iaitu antara 3.57% p.a hingga 4.09% p.a.

#6 - Tiada caj proses
Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam lulus.

#7 - Tiada caj penamatan awal 
Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal jika anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh kontrak. 

#8 - Mendapat Rebat untuk penamatan bayaran lebih awal 
Malah anda akan mendapat rebat (ibra’) dari Bank Rakyat.

#9 - Saluran bayaran balik yang fleksibel
Anda boleh membayar pinjaman anda melalui beberapa saluran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), pindahan gaji ke Bank Rakyat, dan pembayaran elektronik.

#10 - Menawarkan plan perlindungan Takaful Kepada Peminjam
Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Rakyat menawarkan pelan perlindungan Takaful daripada syarikat Takaful yang dilantik oleh Bank. Ini adalah pilihan dan tidak wajib. Anda juga bebas mengambil perlindungan Takaful daripada mana-mana syarikat Takaful di Malaysia.




Senarai Dokumen Yang Sering Diminta Oleh Bank Untuk Urusan Pinjaman Peribadi 

Sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan pinjaman peribadi, si pemohon hendaklah menyediakan semua dokumen-dokumen di bawah ini untuk proses awal permohonan.

Antara dokumen yang sering di minta oleh pihak bank ini adalah seperti ;
  • Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyTentera.
  • Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  • Salah satu daripada dokumen ini = Surat pengesahan jawatan daripada majikan ATAU Borang EA yang terkini

Cara Memohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam


Untuk mendapatkan tunai melalui Pembiayaan Pinjaman Peribadi dari Bank Rakyat ini, kita boleh mohon untuk urusan pinjaman Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat.
Permohonan untuk pinjaman Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam ini juga boleh di buat secara atas-talian (online) melalui laman web Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Walaubagaimanapun, bagi pinjaman peribadi bank rakyat untuk blacklist, tidak pasti apakah boleh ataupun tidak. Untuk soalan ini bolehlah diajukan pada mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat.

Cara Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan
  • Potongan Akaun Simpanan
  • Pindahan Gaji ke Bank Rakyat


Senarai Caj Yang Dikenakan Setelah Lulus Oleh Bank Rakyat

Berikut adalah caj-caj yang akan dikenakan sekiranya permohonan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam setelah lulus.
  1. Tiada caj proses.
  2. Caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Caj Wakalah atau agensi RM30.00 (termasuk Yuran Broker).
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (ganti rugi Ta`widh).

Sedang Mencari Pinjaman Peribadi Terbaik di Malaysia? Boleh Masukkan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Dalam List Pertimbangan 

Jangan terburu-buru. Luangkan masa untuk cari dan bandingkan pinjaman peribadi dengan kadar rendah yang terbaik di Malaysia. 

Bandingkan semua pilihan pinjaman yang ada termasuklah dengan pinjaman peribadi Bank Rakyat, pinjaman peribadi CIMB, pinjaman peribadi BSN, pinjaman peribadi Bank Islam, pinjaman peribadi Maybank dan lain-lain lagi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Selamat berjaya.

11 comments for "Senarai Info Dan Syarat Untuk Pinjaman Peribadi Bank Rakyat "

  1. Good information sharing. Thank you for sharing this valuable information. Have a good day.

    ReplyDelete
  2. Takut AM nak bg komitmen utk pinjaman bank.. Takut banyak hutang n tak mampu bayar karang Black list pulak nama.. Kalu nak beli rumah pun AM plan nak pakai duit ASB atau keluarkan kwsp..

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing...banyak info yang dapat. Boleh buat rujukan bila nak buat pinjaman bank

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak hawa . Boleh tanya tak ?. Loan bank ni Yana tak paham sangat .. Adakah dia macam pinjaman wang berlesen ?

    ReplyDelete
  5. banyak juga kelebihan buat pinjaman dengan bank rakyat. siap dengan takaful pula tu. memang selamat,

    ReplyDelete
  6. Tapi macam susah nak lepas je Bank Rakyat punya loan.Tapi ada yang penyatuan hutang tu bolehlah try kot. Tq bagi info.

    ReplyDelete
  7. Thank you sharing sis awa..senang nk buat rujukan if nk buat loan ngn bank rakyat nie.

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang bagus ni. memudahkan untuk sesiapa yang nak buat pinjaman peribad dengan bank rakyat

    ReplyDelete
  9. Info yang bagus untuk mereka yang nak buat pinjaman. Tapi tu la if tak ada keperluan elok la elakkan

    ReplyDelete
  10. so far bank rakyat yang paling senang nak approve untuk buat personal loan ni. Nice lah boleh meminjam sampai umur 60 tahun. Certain bank limit sampai umur 40

    ReplyDelete