Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Bercuti Dengan Sewa Kereta Pandu Sendiri Di Kelantan

Tips Bercuti Dengan Sewa Kereta Pandu Sendiri Di Kelantan | Sedang berkira-kira untuk bercuti di Kelantan? Kalau ya, Kelantan sememangnya adalah salah satu lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Kenapa daku cakap menarik? Tak lain dan tak bukan kerana Kelantan ini ada pelbagai keistimewaan seperti adat, makanan, gaya hidup, lokasi percutian dan sebagainya. Kedudukan Kelantan yang sangat hampir dengan laut akan membuatkannya tampak lebih unik dan best!

Nak bercuti di Kelantan ni ada banyak cara sebenarnya. Kalian boleh terus ke Kelantan dengan memandu kereta sendiri ataupun dengan pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang. Kalau dulu ada juga perkhidmatan keretapi secara terus tapi selepas mengalami banjir besar pada tahun 2014 (kalau tak silap), daku tak pasti lagi sama ada pengangkutan keretapi selancar dulu secara terus dari Kuala Lumpur ataupun tidak.


Untuk percutian yang jauh lebih mudah dan best, daku sarankan kalian bercuti ke Kelantan dengan sewa kereta pandu sendiri. Iyalah, setidak-tidaknya kalian tidak perlu susah payah drive dari lokasi kediaman.

Tambahan pula memang ada penerbangan secara terus ke Kota Bharu dengan kadar yang sangat berpatutan. Bila sampai di lapangan terbang nanti, bolehlah gunakan perkhidmatan sewa kereta yang ada untuk pusing-pusing di sekitar Kelantan. Haa tak payah penat badan sangat dan dalam masa yang sama tetap juga senang untuk bergerak ke sana sini.

Antara Kelebihan Bercuti Dengan Kereta Sewa Di Kelantan

1. Mudah Untuk Bergerak Dari Satu Lokasi ke Lokasi Yang Lain

2. Tidak Perlu Terikat Dengan Mana-Mana Jadual

3. Tidak Perlu Terlibat Dengan Sesiapa

4. Mudah Untuk Membeli Apa-Apa Barangan

5. Bebas Untuk Menikmati Segalanya Dengan Aman


Senarai 15 Tempat Yang Menarik Di Sekitar Kelantan

Bila dah dapat sewa kereta, tentulah nak kena tahu lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Kelantan pula kan? Untuk pengetahuan, Kelantan ni ada banyak daerah seperti Kota Bharu, Kubang Kerian, Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Jeli dan sebagainya. 

Untuk merancang percutian ke pantai timur memang patut tahu dulu di mana lokadi menarik sekitar Kelantan untuk dikunjungi. Tak adalah nanti bila dah sewa kereta masih pula terkial-kial nak bercuti di mana. 

Ohya Kelantan ni boleh di anggap sebagai salah satu lokasi percutian bajet kerana kos makanan, minuman dan tempat tinggal di Kelantan ni tak adalah mahal mana. Jadi, jika belum pernah menjejakkan kaki ke negeri di pantai timur, elok sangat jika Kelantan di pilih sebagai destinasi terawal. 

Tak nak cakap banyak, inilah dia senarai 15 lokasi tempat percutian menarik di sekitar Kelantan untuk dikunjungi :

#1 - Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

Masjid ini turut dikenali sebagai Masjid Beijing disebabkan senibinanya yang menyerupai Masjid Niujie yang terletak di Beijing, China. Masjid ini terletak di Rantau Panjang dan tidak jauh dari kawasan shopping membeli belah Rantau Panjang. 


#2 - Jambatan Keretapi Guillemard
Jambatan Keretapi Guillemard adalah sebuah jambatan keretapi yang diperbuat daripada besi dengan ukuran yng terpanjang di Malaysia. Ia dibina pada tahun 1920 dan siap pada bulan Julai tahun 1924. Jamabatan ini merentasi Sungai Kelantan dari Paloh Rawa, Machang sehinggalah ke Kursial di Tanah Merah.
Jambatan yang berkepanjangan 609.6 meter ini pernah hancur diletupkan oleh tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun. Namun, sebaik tamat Perang Dunia Kedua, jambatan ini diperbaiki dan dibuka semula pada tahun 1948. Lokasi ini sering dijadikan tempat untuk berfoto dan ada juga yang mengunjunginya untuk merasai senibina klasik dari zaman dahulu. 



#3 - Pasar Terapung Pulau Suri
Nak rasa suasana pasar terapung di Thailand? Tak yah gi jauh-jauh sebabnya di Kelantan juga ada. Dengan adanya Pasar Terapung Pulau Suri yang dibuka pada 17 September 2016 dulu, sesiapa saja boleh merasai pengalaman ini sendiri. Ada pelbagai juadah tradisionaal di jual dan cara untuk ke sana pula adalah dengan menaiki bot dengan kadar bayaran yang sangat murah. 

#4 - Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra terletak betul-betul di dalam kawasan bandar Kota Bharu. Ia meruupakan sebuah Pintu Gerbang atau Menara Rehal yang menjadi kebanggaan dan lambang untuk seluruh rakyat Kelate. 

#5 - Muzium Di Raja Istana Batu
Bila sebut perkataan raja sudah semestinya rasa ingin tahu muncul. Teringin nak tahu bagaimana agaknya kehidupan seorang raja dan bagaimana pula keadaan di dalam istana. Bagi yang berminat untuk tahu bolehlah melihat sendiri kehidupan Diraja Negeri Kelantan dengan suasana dalam istana yang sebenar di Muzium Di Raja Istana Batu ini. 



#6 - Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat

Ini adalah istana lama yang telah dijadikan sebagai muzium. Di sini dapat melihat pameran adat di Raja seperti adat pertunangan, perkahwinan, pijak tanah dan lain-lain lagi. 




#7 - Muzium Negeri Kelantan
Jika ingin tahu sejarah Negeri Kelantan, bolehlah luangkan masa untuk ke muzium negeri Kelantan. Di sana ada pameran seni budaya Kelantan. Dapatlah kenal apa itu rebana ubi, wayang kulit, makyong dan sebagainya. 

#8 - Pasar Wakaf Che Yeh
Di sini dapat membeli pakaian dan barangan lain dengan harga yang sangat berpatutan. Paling ramai di kala waktu malam cuma kawasan ini agak terhad untuk parking. 




#9 - Pasar Siti Khadijah 
Di sini dapat membeli pelbagai barangan tradisional daripada pakaian, makanan dan sebagainya. Dapat juga melihat para wanita berniaga dengan pelbagai barangan dalam harga yang sangat murah.

#10 - Rantau Panjang
Ini adalah syurga membeli belah yang seakan Padang Besar Perlis. Kedudukannya sebagai salah satu pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand boleh dikunjungi untuk shopping dangan harga yang murah kerana ia adalah kawasan bebas cukai. 




#11 - Pengkalan Kubor
Ia sama seperti Rantau Panjang juga cuma berada di kawasan yang berlainan.




#12 - Pantai Tok Bali
Tok Bali adalah sebuah kawasan pantai yang sangat cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Pantai ini mendapat namanya sempena kehadiran seorang nelayan dari Bali yang pernah terdampar di pasir pantai ini suatu ketika dulu. Hingga sekarang Tok Bali tetap terkenal sebagai salah satu tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan dari laut. 




#13 - Pantai Geting
Pantai Geting terletak di dalam daerah Tumpat yang tidaklah terlalu jauh dari kawasan bandar Kota Bharu, Kelantan.  Di sini boleh melihat pemandangan matahari tenggelam, bermain wau dan bersiar-siar sambil menikmati pemandangan dengan sepoi tiupan angin pantai pada waktu petang atau malam. 




#14 - Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai Cahaya Bulan ini lokasinya tidaklah terlalu jauh dari bandar Kota Bharu. Di PCB ini boleh melihat pemandangan dan menikmati suasana petang atau matahari terbenam. Turut ada penjaja yang berniaga makanan ringan untuk dinikmati sambil melihat panorama alam.


#15 - Pantai Melawi
Pantai Melawi ini adalah salah satu lagi kawasan pantai yang cantik untuk dikunjungi. Ia juga salah satu tempat yang boleh dikunjungi untuk menikmati panorama pantai sambil beriadah. Walaubagaimanapun Pantai Melawi ini tidaklah dikunjungi ramai seperti Pantai Cahaya Bulan. 


Dah nampak kan? Kelantan pun banyak sebenarnya tempat menarik untuk dijadikan sebagai salah satu lokasi percutian. Sebab itu jika nak bercuti di Kelantan ni seeloknya sewa kereta Kota Bharu bagi memudahkan perjalanan. 

Perkhidmatan kereta sewa murah di Kelantan pun banyak. Tak kisahlah nak sewa kereta Kota Bharu. sewa kereta Kubang Kerian, sewa kereta Machang atau sebagainya, yang penting boleh rancang awal mengikut lokasi, bajet dan sebagainya. 

Seperkara lagi, jika ingin bercuti di Kelantan pada musim sekolah maka seeloknya kena rancang percutian tu lebih awal sebab takut nanti susah nak dapatkan kereta sewa murah akibat dah penuh di booking oleh orang lain. 

Cara Untuk Mendapatkan Servis Kereta Sewa Murah Di Kelantan 

Cara untuk mendapatkan servis kereta sewa murah di Kelantan ni tak susah sebenarnya. Google saja dengan kata kunci 'sewa kereta Kelantan', 'sewa kereta murah Kelantan', 'sewa kereta kubang kerian', 'sewa kereta machang', 'sewa kereta pasir mas' dan sepertinya, maka akan keluarlah senarai kereta sewa murah dan terbaik di sekitar Kelantan untuk ditempah.

Jika ingin bercuti dalam kuantiti yang lebih ramai, perkhidamatan van sewa yang besar dan murah juga ada. Pendekata servis kereta sewa di Kota Bharu Kelantan ni memang ada banyak dan tidak merungsingkan. Kalau tak silap kereta sewa murah Kelantan ni ada yang menawarkan harga terhebat serendah RM70/sehari saja. Murah sangat tu!


Boleh Aturkan Tempat Mengambil Kereta Mengikut Persetujuan

Servis sewa kereta ini juga ada yang menawarkan pernghantaran kereta sewa secara terus ke Airport Kelantan dan juga mana-mana hotel penginapan yang di pilih. Kiranya kalau nak jalan-jalan di Kelantan dengan servis kereta sewa Kota Bharu ni memang senang amat. Semuanya boleh ditempah secara online juga bagi memudahkan urusan perancangan perjalanan. 




Pelbagai jenis pilihan kereta disediakan dan pilihlah sendiri mengikut kadar sewa kereta yang telah ditetapkan. Tapi, semasa nak menempah tu jangan pula lupa untuk lihat dulu testimoni-testimoni pelanggan untuk tahu kualiti perkhidmatan untuk syarikat kereta sewa pandu sendiri tersebut. 

Berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi, percutian di Kelantan InshaAllah tidak akan mengecewakan jika semua perancangan dapat di buat dengan baik. Malah paling kurang percutian 3 hari 2 malam akan terisi dengan pelbagai aktiviti bagi mendapatkan pengalaman bercuti yang menarik dan menyeronokkan. 

Saya Dah Pernah Bercuti Di Kelantan!! Kalian Macamana? Sudah Tiba di Kelantan Ke Belum? =D

3 comments for "Tips Bercuti Dengan Sewa Kereta Pandu Sendiri Di Kelantan "