Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

16 Cara Ikat Tali Leher Paling Senang Untuk Pakai Di Tempat Kerja Dan Sekolah

16 Cara Ikat Tali Leher Paling Senang Untuk Pakai Di Tempat Kerja Dan Sekolah | Pemakaian tali leher boleh membuatkan seseorang lelaki itu tampak lebih kemas dan segak. Nampak lebih yakin dan profesional juga. Dan tali leher ini amat penting juga semasa menghadiri temu duga dan sebagainya.

Bahkan sekarang ini, murid sekolah rendah dan sekolah menengah juga perlu memakai tali leher. Setiap sekolah akan mempunyai tali leher dengan logo sekolah masing-masing sebagai sebahagian daripada uniform murid lelaki. 




Asal Usul Tali Leher 

Tali leher in english dikenali sebagai necktie. Asal usul tali leher ini dikatakan berasal dari Perancis pada tahun 1630. Di ketika itu, King Loius ke 13 memerlukan askar-askar tambahan bagi menampung jumlah askarnya dan antara askar yang diupah oleh King Loius ke 13 datangnya dari Croatia.

Askar Croatia ini memakai sejenis kain yang dililit di leher hasil dari jahitan tangan isteri masing-masing. Kain di leher ini berfungsi sebagai pengikat kolar baju jaket mereka yang terbuka dan ia juga sebagai tanda untuk isteri-isteri mengecam suami mereka yang sedang berperang dengan lebih mudah. 

Di Eropah pada dekad pertama abad ke-20, tali leher merupakan antara aksesori pakaian yang harus dimiliki oleh lelaki dan selalunya tali leher diperbuat daripada sutera ataupun poliester. 


Tips Pilih Tali Leher Untuk Dipakai Bersama Kemeja 


Tali leher merupakan aksesori penting bagi mana-mana lelaki yang sering mengenakan kemeja untuk urusan rasmi dan kerja. Lagi-lagi untuk golongan korporatTali leher dianggap sebagai pelengkap gaya.

Untuk tali leher sekolah memang mudah kerana sudah tidak perlu membuat pilihan apa-apa. Beli tali leher sekolah dari koperasi kemudian balik pakai saja. Tali leher sekolah ini selalunya ada yang berzip dan ada yang biasa. Namun untuk tali leher bagi temuduga kerja contohnya, hendaklah membuat pilihan tali leher yang betul supaya sesuai dengan situasi temuduga itu sendiri.  

Pernah keliru tak tahu nak pakai tali leher apa untuk ke temuduga bagi mendapat kerja? Masih tidak tahu mana satu tali leher yang bagus untuk di pakai dalam majlis-majlis? Antara tips utama bagaimana untuk memilih tali leher dengan mudah untuk dipakai adalah : 


#1 - Jika baju kemeja yang dipakai itu bercorak jalur atau kotak, maka pilihlah tali leher kosong tanpa corak dari tona kumpulan warna yang sama.
#2 - Jika baju kemeja yang dipakai itu sama sekali tidak bercorak, maka pakailah tali leher yang bercorak jalur atau kotak untuk menaikkan seri si pemakai.
#3 - Apabila baju kemeja yang dipakai itu berwarna cerah maka pilihlah tali leher yang berwarna lebih gelap dari warna baju kemeja tersebut. 




Ukuran Panjang Yang Betul Untuk Pemakaian Tali Leher

Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada baju kemeja dan kot. Ukuran panjang yang betul untuk pemakaian tali pinggang ini pula bergantung pada ketinggian si pemakai itu sendiri. Panjang ukuran tali leher ini seeloknya di antara 1.75 hingga 2 inci. Ada tali leher yang khusus untuk formal dan ada juga tali leher yang lebih santai. Tali leher juga boleh bergantung kepada cara ikatan tali leher itu sendiri. 

Terdapat banyak cara untuk mengikat tali leher ini. Ada cara ikat tali leher yang mudah dan ada juga yang agak susah. Tapi pastikan panjang tali leher tersebut mesti pada paras yang betul seperti dalam gambar ini.




Berapa cara ikat tali leher yang kalian tahu? Untuk pengetahuan, jumlah cara ikat tali leher ini ada banyak. Mungkin semua ikatan ini nampak seakan sama tetapi jika diamati betul-betul ia merupakan cara cara ikatan untuk mengikat tali leher yang berbeza. 

Antaranya jenis cara ikatan tali leher tersebut adalah :
  • Four-in-Hand Knot
  • Half Windsor Knot
  • Full Windsor Knot
  • Nicky Knot
  • Kelvin Knot
  • Oriental Knot
  • Pratt Knot
  • St. Andrew Knot
  • Balthus Knot
  • Hanover Knot
  • Plattsburgh Knot
  • Grantchester Knot
  • Victoria Knot
  • Cafe Knot

Cara Pakai Tali Leher Dengan Mudah Mengikut Jenis Ikatan Yang Betul 

Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali leher dengan mudah untuk dipelajari. Di sini akan dikongsikan panduan cara mudah bagaimana untuk mengikat tali leher dengan gambaran panjang tali leher yang betul. Ambil tali leher anda, berdiri di hadapan cermin dan bolehlah praktikkan pelbagai kaedah ikatan tie melalui video-video di bawah ini. 


#1 - Ikatan Tie Cara Four-in-Hand Knot



#2 -  Ikatan Tie Cara Half Windsor Knot



#3 -  Ikatan Tie Cara Double And Triple Windsor Knot




#4 -  Ikatan Tie Cara Nicky Knot




#5 -  Ikatan Tie Cara Kelvin Knot




#6 -  Ikatan Tie Cara Oriental Knot




#7 - Ikatan Tie Cara Pratt Knot




#8 - Ikatan Tie Cara St. Andrew Knot




#9 - Ikatan Tie Cara Balthus Knot




#10 - Ikatan Tie Cara Hanover Knot



#11 - Ikatan Tie Cara Plattsburgh Knot




#12 - Ikatan Tie Cara Grantchester Knot




#13 - Ikatan Tie Cara Victoria Knot



#14 - Ikatan Tie Cara Cafe Knot




#15 - Cara Ikat Tali Leher Paling Senang Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah

Setiap kali tiba musim sekolah yang baru, pasti ada mak ayah dan pelajar yang ingin tahu cara-cara memakai tali leher yang betul kan? Jangan kata orang lain, daku sendiri pun sama. Bagi yang berkerja di pejabat tak ada masalah tapi yang berkerja tanpa perlu pakai tali leher, agak mencabar juga untuk ikat tali leher untuk sekolah rendah dan menengah ini.  


Sebenarnya memakai tali leher / necktie untuk sekolah ini tidaklah susah mana. Untuk sekolah boleh saja guna cara ikat tali leher paling senang guna simpulan yang ringkas. Mungkin juga guru-guru lelaki boleh praktik sekali cara ikat tali leher paling senang untuk di ajar pada anak murid nanti. Secara tak langsung, dengan cara ini budak sekolah pun boleh biasa hingga tahap pandai untuk ikat tali leher sendiri. InshaAllah. 

Di bawah ini turut dikongsikan salah satu cara mudah mengikat tali leher dengan senang untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang baru hendak belajar mengikat tali leher. Semoga panduan cara memakai tali leher ini berguna untuk di ikut oleh adik-adik.



#16 - Cara Pakai Tali Leher Berzip


Nak lagi senang, jika adik-adik pelajar sekolah rendah dan menengah ni malas nak ikat tali leher dengan kaedah di atas, adik-adik pelajar sekolah rendah dan menengah ini boleh saja beli tali leher berzip yang jauh lebih senang untuk di pakai. Dengan pemakaian tali leher berzip, para pelajar tak perlu bimbang kalau cara ikatan tali lehernya salah. 

Ini adalah cara bagaimana untuk memakai tali leher berzip tanpa perlu susah payah mengikat tali leher itu lagi. Tali leher yang dijual di sekolah dengan sudah siap terikat begini memang sangat membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang tidak biasa dengan penggunaan tali leher tersebut. 


Kenapa Banyak Sekolah Menggunakan Tali Leher Sekali Dalam Uniform? 


Pada pendapat peribadiku sendiri, tali leher sebagai pelengkap uniform ini memang bagus sebenarnya. Antara sebab utama ianya dapat membuat murid lelaki tampak lebih kemas dan segak. Ia juga dapat membiasakan pelajar sejak sekolah rendah hingga menengah untuk mula biasa dengan cara mengikat dan penggunaan tali leher dengan betul.

Secara tidak langsung, apabila sudah tamat belajar nanti semua pelajar ini dapat memakai tali leher dengan senang untuk urusan temuduga dan sebagainya. Tidak kisahlah apa jenis simpulan sama ada ringkas atau tidak, yang penting simpulan tali leher ini tampak kemas dan di ikat dengan panjang yang betul mengikut ketinggian masing-masing. 

Itulah serba sedikit perkongsian tentang cara ikat tali leher untuk semua. Banyak cara untuk mengikat tali leher ini dan gunalah mana saja cara yang dirasakan sesuai. Jika terasa seakan dipaksa untuk memakai tali leher ke sekolah, pejabat tempat kerja atau untuk temuduga sekalipun, jangan risau kerana memakai tali leher / necktie ini sebenarnya mudah saja cuma perlu membiasakan diri. 


2 comments for "16 Cara Ikat Tali Leher Paling Senang Untuk Pakai Di Tempat Kerja Dan Sekolah "

  1. nasib lah baik suami keja tak kena pakai tali leher. hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tau ukuran yang pas sampai ke ikat pinggang yah. Nice info Cik

    ReplyDelete