Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Simple Tapi Viral Meletop Macam Makan Kat Kedai  | Hari ni daku buka peti tinggal dada ayam je. Dalam hati, aduh apa benda nak masak dengan dada ayam ni? Ayam oh ayam! Dada ayam pula tu! Anak-anak bukannya suka sangat bahagian dada ayam ni melainkan kalau ayam tu goreng rangup.

Disebabkan pening kepala tak ada idea maka Google mencari idealah jawabnya. Terus terang bagi surirumah macam daku ni, mencari ilham nak masak apa bukan satu kerja yang mudah tau!

Akhirnya.... Yes! Dapat idea.. nak buat ayam goreng kunyit lah! Lagipun dah lama tak makan ayam goreng kunyit yang macam kat kedai dengan sayur tu. Selalunya di letak sayur kacang panjang, carrot, bawang besar dan di makan dengan nasi putih, sup kosong dan telur mata. 


ayam goreng kunyit by siti awadah
ayam goreng kunyit by siti awadah


Inilah rupa ayam goreng kunyit yang telah berjaya ku hasilkan. Bila dah ada di dalam pinggan macam gambar kat bawah ni.. Terus rasa nak ngap. Resepi ayam goreng kunyit memang sangat membuka selera. 

Idea untuk masak ayam goreng kunyit di atas bermula dengan episode pencarian resepi ayam goreng kunyit yang viral. Biasalah,  bila kita buat sendiri ayam goreng kunyit kat rumah begini, selalunya kan tak sama dan tak sesesap yang dijual kat kedai makan tu. Jadi naklah juga cari resepi ayam goreng kunyit viral yang seakan sama macam menu kat kedai makan. 

Selalunya resepi yang nampak macam mudah seperti ayam goreng kunyit ni yang agak mencabar. Susah betul nak sama macam kat kedai tu. Nak kata baka ayam lain-lain, lebih kurang sama je hahaha. 

Dalam banyak-banyak resepi resepi ayam goreng kunyit viral seperti di kedai makan yang ku jumpa, ada 3 resepi yang ku rasa sangat simple, mudah dan senang nak buat. Soal penampilan pula nampak menarik, meletop dan seakan sama macam kat kedai. 


3 Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Simple Tapi Viral Meletop 


#1 - Resepi Ayam Goreng Kunyit Azie Kitchen





Ayam Goreng Kunyit 

Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
2 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang karot - potong panjang
1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
1 batang cili merah - hiris
2-3 batang cili padi - jika suka
2 ulas bawang putih - ketuk
Gula
Sedikit minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Masukkan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut.

Masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.

Yang pertama, resepi ayam goreng garam kunyit bersama kacang panjang, karot dan bawang dari Azie Kitchen. Resepi ayam goreng kunyit kak Azie ni memang sangat sedap dan simple.


#2 - Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Tempat kedua, Ayam goreng kunyit dari perkongsian resipi mudah dari abang Mat Rock. Mudah cakapo, Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Haa ini sharing direct dari kedai makan punya terus. So boleh tengok cara penyediaan kat kedai tahap macam mana. 

Kalau ikut info dari Google ni, menu makanan nasi ayam kunyit mat rock ni dulu ada di jual kat food truck. Sekarang tak tahulah bab food truck tu. so untuk resepi ayam goreng kunyit ala Mat Rock. 



- Mat Rock Video -

Ayam Goreng Kunyit 
Oleh: Abang Mat Rock

Bahan-Bahan :
Isi Ayam dipotong kecil (saiz ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit kacang panjang
bawang besar holland 

Cara-cara:

Panaskan minyak.. minyak biar lebih sikit dan panaskan dulu.. sambil tu gaulkan ayam tadi dengan kunyit dan sedikit garam. 

Pastu masak dalam kuali hingga warna ayam bertukar keemasan. Then terus masukkan bawang, kacang dan carrot. Goreng lagi hingga sebati dan masak sekata. Kemudian toskan dan boleh terus hidang untuk di makan. Resepi sempoi simple habis ni. 


#3 - Resepi Ayam Goreng Kunyit Crispy, Sambal Cili Dan Telur Mata versi Khairul Aming


- Khairul Aming Video -


Pernah dengar nama Khairul Aming? Rasanya mungkin pernah sebab Khairul Aming ni memang rajin juga share resepi yang simple, mudah dan sedap kat Instagram dan Youtube. Khairul Aming resepi memang banyak yang tahap mudah giler sempoi habis tapi sedap yakmat! 

Khairul Aming ni juga selalu pot pet sambil memasak di video dan ada juga video dengan resepi yang tak menjadi. Dah macam experiment pun ya jugak. Anak-anak bujang dan anak-anak dara yang baru nak belajar masuk dapur tu eloklah follow channel Khairul Aming kat Khairulaming (@khairulaming) on Instagram dan Youtube tu. 

Berbalik pada resepi ayam goreng kunyit, Khairul Aming membawakan Resepi Ayam Goreng Kunyit Crispy. Ayam goreng kunyit by khairulaming ni kiranya rangup sikit kat luar. Resepi ayam goreng kunyit ni mungkin ada juga kat Instagram @khairulaming tapi yang daku jumpa dari Youtube. 



Resepi Ayam Goreng Kunyit Cripsy
Oleh : Khairul Aming

Bahan-Bahan :
300 gram dada ayam dipotong kiub
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
sayur kacang panjang, carrot dan bawang

Cara-Cara :
Panaskan minyak dengan jumlah yang agak banyak di dalam kuali. Lumur sekata ayam bersama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng semuanya hingga keemasan.

Masukkan sayur kacang panjang, carrot dan bawang besar. Kemudian goreng hingga semuanya masak sekata, tos dan hidangkan.

ayam goreng kunyit by siti awadah
Ayam Goreng Kunyit by Siti Awadah


Untuk resepi yang daku masak ni, daku ikut resepi Khairul Aming dengan menggunakan kunyit, garam, ayam, sayur dan sedikit tepung gandum. Cuma kebetulan ada kacang buncis dan bukannya kacang panjang. Argh hentam jelah labu.. janji jadi ayam goreng kunyit! 

So pada sesiapa yang berhajat nak masak ayam goreng kunyit tu. Bolehlah follow mana-mana resepi yang ada kat sini. Tak kisahlah resepi ayam goreng kunyit azir kitchen, Mat Rock atau Khairul Aming. Yang penting kita masak dan makan kenyang dengan famili tersayang. 

Jom Makan!!!! =D











Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.