Abam Bocey Meninggal Dunia? Betul Ke Ni? - Itulah yang dirasakan oleh Fad dan Achey apabila mendapat tahu yang teman baik mereka (Abam) telah meninggal dunia. Jangan katakan Fad dan Achey, para peminat Abam dan Bocey juga merasakan hal yang sama. 

Abam, yang juga anggota kumpulan pelawak popular Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak. Kematian Abam disahkan oleh isteri dan adiknya. Abam dikatakan disedari oleh isterinya telah meninggal dunia saat sedang mengejutkannya untuk solat Subuh. 

PELAWAK popular Abam ini telah demam panas sejak 2 hari lepas dan dia juga ada mengadu sakit kepala pada isterinya. Namun siapalah yang menyangka ianya tanda yang Abam akan pergi untuk selamanya. 


Sedikit Perkongsian Kenangan Mengenai Abam

Nama sebenar Abam adalah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Abam dilahirkan pada 19 Januari 1988. Abam berusia 32 tahun dan merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey

Walaupun berbadan besar namun Abam tak pernah berasa malu. Malah Abam dengan bangganya telah membawa tagline 'Gemuk Is Awesome' yang sangat disenangi oleh ramai orang. 


Abam aktif berlawak sejak tahun 2012. Bersama Abam adalah adik kesayangannya Ali yang bernaung dengan kumpulan Puteh. Abam dan Ali sentiasa saling memberi sokongan di antara satu sama lain walaupun berlainan kumpulan. 

Pada tahun 2017, Abam telah bertemu jodoh dengan pilihan hatinya yang bernama Nor Hidayah. Hasil perkahwinan ini, Abam dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang comel yang di beri nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Abam turut menasihatkan isterinya untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Sebagai ganti, Abam sendiri membayar gaji yang setimpal selain dari nafkah wajib untuk isterinya bagi menghargai pengorbanan isterinya itu. Itulah Abam, bukan saja seorang pelawak tetapi juga seorang suami dan ayah yang baik. 


Abam juga telah berjaya meraih beberapa kejayaan seperti ;
  • Naib Juara - Bintang Mencari Bintang Musim Pertama (2013)
  • Tempat Ke-3 - Maharaja Lawak Mega 2013
  • Tempat Ke-5 - Maharaja Lawak Mega 2014
  • Juara Karok lah kau
  • Tempat Ke-5 - Juara Parodi 2015
  • Juara - Maharaja Lawak Mega 2016
  • Naib Juara - Super Spontan Superstar (2016)
  • Juara - Maharaja Lawak Mega 2017
  • Naib Juara - Maharaja Lawak Mega 2018
  • Tempat Ke-3 - Maharaja Lawak Mega 2019
  • Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014,2015)


Pemergian Abam Ditangisi Ramai Terutama Fad Dan Achey 

Tanpa menunjukkan tanda-tanda sakit teruk, pelawak Abam Bocik dilaporkan meninggal dunia dan berita ini telah disahkan oleh ahli keluarga termasuk adiknya, Ali. 

“Ya, abang saya meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya. Sekarang saya tengah menguruskan jenazah Abam,” kata Ali, adik kepada Abam yang sering berada disampingnya saat susah dan senang.



Antara mereka yang paling bersedih saat ini adalah Fad dan Achey. Banyak susah senang mereka berdua bersama Abam dan itu membuatkan Fad dan Achey bagai tak percaya yang Abam telah pergi buat selamanya.


Fad Dan Achey Luahkan Perasaan Sedih di Instagram 





Abam Bocey memang benar telah disahkan meninggal dunia dan semoga pemergiaannya ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Walaupun Abam telah meninggal dunia namun hasil lawaknya akan sentiasa diingati. 

Al-Fatihah! 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.