Almari Baju DIY Bikin Sendiri Yang Besar Dan Berbaloi (Idea Almari Pakaian DIY) | Seperti yang ramai pembaca dah tahu, daku ada anak seramai 6 orang. Ramai! Jadi kain baju kat rumah ni agak banyaklah juga. Campur dengan baju pakaian sendiri dan suami, haaa makin banyak. Ini nasib baik tugas basuh kain baju suami yang lakukan. Tugas daku pula adalah untuk kemas. Baru-baru ni, sambil dok kemas tu sebut kat suami yang almari dah tak muat. Jadi lepas berfikir-fikir suami cakap tak apalah nanti dia buat almari baju DIY untuk digunakan. 

Baru dok berhajat nak beli almari baju besar dan murah dari IKEA tapi dah suami cakap nak buat sendiri, so tak ada hal lah. Cuma untuk design atau reka bentuk untuk almari pakaian diy ni sama sekali daku tak tahu. 

Semuanya daku serahkan pada suami bulat-bulat. Apa yang dia buat, daku ikut saja. Janji dapat sebuah almari baju besar dan murah yang boleh digunakan kat rumah ni. 

Akhirnya, bila dah siap... begini rupanya almari baju besar tersebut. Syukur alhamdulillah, memang besar seperti yang dibayangkan. Almari baju ni bukan saja besar tapi suami buat sekali dengan rak. Mudahlah nak gantung baju sekolah dan lain-lain. Kiranya sangat sesuai untuk kegunaan sehari-hari. 


Operasi untuk siapkan almari baju DIY yang besar ni suami lakukan sendiri saja. Cuma sesekali ada dia minta anak sulung tolong jika ada mana-mana bahagian yang perlukan pembantu. Daku cuma bantu temankan suami pergi beli kayu, lepas tu hanya jadi jadi tukang tengok sejak dari hari pertama buat hinggalah siap. 

Tempoh masa suami siapkan ni kalau tak salah dekat sebulanlah juga. Sebabnya dia hanya boleh buat bila hari cuti di hujung minggu dan sesekali bila pulang dari kerja. 

Kalau dibuat waktu siang, suami akan buat kerja kat luar rumah dan kalau dibuat waktu malam (hari berkerja) dibawanya kerja ni sampai ke dalam rumah. Suami oh suami.... 





Nampak jugalah kegigihan dia untuk siapkan almari baju DIY yang besar ni dengan segera. Bukannya apa, dah naik rimas dengan kain baju yang banyak kat dalam bilik tu. Dah pening kepala tak tahu macamana lagi nak simpan. 



Akhirnya, selepas buat sikit-sikit dengan barang yang dibeli, siap juga projek DIY bina almari baju sendiri ni. Bajet adalah dalam lebih kurang RM300 gitu. Kira berbaloilah dengan modal jika hendak dibandingkan dengan saiz almari baju yang agak besar ni. Sudahlah lebar, tinggi pula tu! 

Selesai angkat almari baju DIY besar ni ke dalam bilik, suami turut letakkan rak buku lama secara melintang di atasnya. Jadi bertambah tinggilah almari baju ni. Nak ambil barang kat atas nak tak nak daku kena guna kerusi. 

Rak atas ni suami letak untuk daku tempatkan barangan kegunaan peribadi termasuk barang-barang review. Mudah tinggi-tinggi so anak tak senang nak capai katanya. Untuk kali pertama ni suami ikut bantu susun sekali. Alhamdulillah cepat sikit siap semuanya. 


Untuk buat almari baju nampak makin kemas, suami pasang tempat gantung baju DIY juga. Suami dah siap beli pengangkut baju banyak-banyak untuk jemur baju. Jadinya, baju yang di basuh dan dijemur pakai hanger tu boleh terus digantung ke dalam almari. Jimatlah sikit masa dari terpaksa sakit pinggang melipat baju hingga berjam-jam. 

Almari baju DIY yang suami buatkan ni, sama sekali takde sebarang pintu. Semuanya secara terbuka. Jadi kalau bersepah memang akan nampak direct. 


Untuk bahagian bawahnya pula ada 2 tingkat rak. Nanti ada masa lapang bahagian rak ni daku nak buat projek diy rak baju guna bakul. Ini pun belum kemas betul-betul lagi. 

Sekarang almari baju DIY yang besar ni dah jadi almari baju anak dan daku sendiri. Satu bilik ni daku khaskan hanya untuk baju. Kat sinilah tempat nak menggosok pakaian, kat sini jugalah nak melipat dan kat sini juga tempat untuk solat.

Daku kadangkala buat kerja kat dalam bilik ni juga kalau dah terasa sakit pinggang duduk kat almari keja tu lama-lama. Syok juga buat kerja sambil berbaring gini. Kadang-kadang tu sampai terlelap! Aduhai... 

Inilah dia rupa almari pakaian baju DIY hasil dari idea suami. Untuk buat sendiri perabot almari pakaian DIY ni suami gunakan kayu sepenuhnya. Rak kayu ni lebih kurang sama dengan kayu yang suami gunakan untuk membuat sendiri lemari lauk sebelum ni. 


Membuat almari pakaian dengan tangan sendiri ni memang rasa sangat berbaloi dari segi kos dan dalam masa yang sama rasa jugalah sejauh mana encik suami sayangkan kita hingga sudi susah payah begini. Cheewah!

Jadi, jika ada minat dan bakat, kalau rasa nak membuat atau membina almari dengan tangan sendiri begini, buatlah! Dapatkan idea dan boleh beli barang sikit-sikit. Bina bila hanya ada masa lapang sekadar hobi. Tak perlulah nak paksa diri. Buat slow-slow dengan penuh perhatian, biar hasil kurang sempurna tak apa kerana itu juga adalah salah satu pembelajaran. 

Selamat ber'diy' =D









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.