'Bam Ooo Bam.. Aku Rinduuu...' Achey Masih Terus Seru Abam Di WhatsApp | Ketiadaan Abam nampaknya masih lagi seakan mimpi kepada mereka mereka yang rapat dengan arwah. Antara yang terkesan adalah ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad. Kumpulan Bocey yang dulunya bertiga kini hanya tinggal berdua dan ternyata ianya sangat memberi kesan yang mendalam.

Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi oleh mereka yang rapat dengannya malah juga oleh semua peminat di seluruh negara. Maka tidak hairanlah betapa rindunya Achey dan Fad selaku dua rakan karib arwah yang sering bersama di kala susah dan senang. 




Achey Masih Terus Seru Abam Di Group WhatsApp Kerana Rindu


Achey yang terlalu rindu telah menyeru nama Abam dengan bertanyakan tentang projek Youtube mereka,. Fad yang hanya menjadi satu-satunya pembaca saat ini terus menasihati Achey. Jika di baca semula perbualan mereka ternyata kedua-dua sedang rasa rindu dalam keadaan yang amat bersedih! 


Fad Bochey berkongsi paparan mesej WhatsApp antara dia dan Achey ini.




Dia Tipu Kita Fad, Dia Tido Betul


 "Dia Tipu Kita Fad, Dia Tido Betul" kata-kata Achey ini boleh membuatkan kita ikut bersedih. Lagi-lagi dengan jawapan Fad yang mengingatkan bahawa kini hanya tinggal mereka berdua saja untuk meneruskan perjuangan Bocey. Fad juga ikut meluahkan rasa hatinya yang sangat merindui Abam.


Achey turut berkongsi semasa di temuramah yang group whatsapp ini adalah tempat untuk mereka bersembang secara terbuka. Akrabnya mereka hinggakan tumbuh jerawat pun diberitahu melalui group ini. Pendekata, ini adalah salah satu group whatsapp yang sering mereka gunakan untuk berkomunikasi setiap masa, setiap hari. 


Kehilangan Insan Tersayang Secara Mengejut Memang Menyedihkan


Daku juga pernah kehilangan insan kesayangan secara mengejut. Insan kesayangan ini adalah arwah ayahku sendiri yang telah pergi buat selamanya akibat serangan jantung. Arwah ayah pergi begitu mengejut hanya dalam masa setengah jam selepas mendengar suaranya di telefon. 

Ya! Pemergian insan kesayangan secara mengejut memang sangat menyedihkan. Untuk nak terima hakikat yang dia telah tiada selamanya bukan satu kerja yang mudah. Begitu jugalah dengan pemergian arwah Abam ini. Lagi-lagi di usia Abam yang masih agak muda. 

Fad dan Achey Bocey juga masih sukar untuk menerima pemergian Abam selepas pelawak itu disahkan meninggal dunia selepas mengalami demam panas dikediamannya. Malah kehilangan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang berusia 32 tahun ini amat dirasai oleh semua orang termasuk para peminatnya. 

"Saya Pernah Jadi Anak Derhaka" - Di Balik Tawa Bersama Arwah Abam 





Achey Dan Fad Sedia Penuhi Tawaran Yang Telah Diterima Abam


Terbaru, dikhabarkan yang Achey dan Fad sedia mengambil alih kerja atau tawaran yang sudah diterima Allahyarham Abam Bocey secara percuma. 

'Fad, Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau...’ 

Ini pula antara bait kata Abam pada Fad dan Achey tahun lalu saat meraikan hari lahir Abam. 




Jangankan yang menanggung, yang sedang membaca juga ikut terkesan. Walaubagaimanapun, semangat juang kumpulan Bocey memang patut diteruskan. Lawak mereka benar-benar menghiburkan. Walau dulu bertiga tapi kini berdua namun didoakan semoga Bocey terus tabah! 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.