Berita Baik, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji! Sama-Sama Kita Berdoa  | Masyarakat dunia digemparkan kemunculan virus korona dari China. Koronavirus atau coronavirus yang lebih popular dengan nama virus koronavirus corona, atau virus Corona merupakan virus dari famili Coronaviridae. Virus corona ini boleh menular dengan cepat hingga menyebabkan kematian. 

Virus ini bermula di negara China dan sangat berisiko untuk menjangkiti sesiapa saja yang pergi ke China. Lokasi bermulanya virus corona ini dikatakan di pasar besar Wuhan. Ini menyebabkan virus korona ini mula digeruni. Malah di Filipina juga sudah ada kematian akibat positif Virus Corona.




Sejumlah pakar berpendapat bahawa wabak ini disebabkan oleh virus korona jenis baru. Bahkan negara China saat ini sedang berjuang untuk membendung dan mengatasi virus korona tersebut. 

Sejak virus korona baharu menakluki dunia, pelbagai spekulasi tersebar berkenaan dengan cara penyebaran dan puncanya. Tidak banyak perbincangan mengenai potensi rawatan atau vaksin virus korona bagi membasmi jangkitan ini. 

Pada waktu ini Virus corona semakin menular hingga berjaya memasuki beberapa negara. Dek kerana itu banyak negara telah mula menyekat kemasukan warga China demi untuk menyekat mana-mana orang yang terkena virus ini dari menyebarkan lagi wabak tersebut. Scanner di pintu-pintu masuk negara juga turut diletakkan baik melalui pintu masuk cara darat, laut mahupun udara.

Saat ini juga, wabak berbahaya Virus Corona ini juga sudah masuk ke Malaysia. Sebab itu semua warga Malaysia diminta untuk peka dan meningkatkan tahap penjagaan kebersihan tangan dan diri. 

Pada waktu ini, banyak pihak sedang berusaha untuk menghasilkan virus khusus untuk mengatasi virus korona. Pihak Malaysia juga sama dan dikhabarkan pada April 2020 ini, vaksin untuk Virus Korona bakal diuji, Minta-minta vaksin untuk virus korona ini benar-benar dapat melawan virus korona tersebut. 




Terbaru, Johnson & Johnson dan beberapa syarikat lain mula menghasilkan vaksin yang berpotensi melindungi individu daripada jangkitan virus tersebut! 

Menurut Dr Paul Stoffels, ini bukanlah satu perkara yang mudah dan pembuatannya boleh mengambil masa 1 tahun atau lebih bergantung kepada tahap kesukaran virus korona tersebut. 

Semakin banyak korban meninggal akibat virus corona maka kemunculan vaksin yang boleh mencegahnya adalah sangat-sangat diperlukan. Semoga Vaksin virus yang akan diuji ini boleh berjaya. Sementara itu, buat masa ini untuk terhindar dari gejala virus coronavaksin influenza dapat diberikan.


Saingan sengit hasilkan vaksin virus korona baharu

Setakat 29 Januari 2020, jumlah mereka yang disahkan positif dengan jangkitan virus korona baharu mencecah hampir 5,327 kes. Peningkatan mendadak pada jumlah tersebut diiringi dengan jumlah kematian sebanyak 132 orang. 

Kebanyakan daripada kes kematian melibatkan golongan yang berisiko tinggi. Adakah ini bermakna orang tua, ibu hamil atau mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imuniti badan tidak selamat untuk keluar rumah? Jawapannya, TIDAK sama sekali! 

Jika anda amalkan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, kerap basuh tangan dan tutup mulut ketika bersin atau batuk, ini akan mengurangkan potensi penularan. 

Selain alternatif yang dinyatakan di atas, vaksin virus korona juga boleh menjadi langkah terbaik bagi menghindari jangkitan virus ini. 

Namun penghasilannya mungkin memakan masa memandangkan protokolnya melibatkan beberapa peringkat ujian. Antara beberapa buah syarikat besar seperti Johnson & Johnson, Inovio, Novavax dan Moderna telah mula menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak virus korona baharu. 

Mereka disokong oleh beberapa pertubuhan swasta seperti The Coalition for Epidemic Preparedness and Innovations (CEPI) melalui sumbangan wang dan sumber lain. Saingan sengit ini boleh memberikan kebaikan kepada pengguna, memandangkan setakat ini jangkitan virus korona tidak mempunyai protokol rawatan yang spesifik.


Teknologi canggih mempercepatkan penghasilan vaksin virus korona

Pada tahun 2002, apabila wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) menular, saintis mengambil masa 20 bulan bagi mendapatkan susunan genetik dan menghasilkan vaksin. 

Apabila vaksin tersebut sudah tersedia, wabak SARS berjaya dikawal.

 Begitu juga dengan virus korona ini. Tanpa vaksin, jumlah mereka yang bakal dijangkiti akan meningkat diikuti dengan jumlah kematian. 

Sasaran baru para pengkaji di seluruh dunia adalah bagi menguji sekurang-kurangnya satu potensi rawatan bagi virus korona baharu dalam masa terdekat ini. Ini termasuklah vaksin virus korona yang boleh menjadi alternatif pencegah terbaik bagi mengelak peningkatan angka jangkitan. 

Walaupun vaksin kebanyakannya menggunakan virus lemah atau mati bagi menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi, namun vaksin virus korona yang bakal dikeluarkan oleh salah satu agensi di Amerika Syarikat ini menggunakan pendekatan unik.

Ia mengeksploitasi penciptaan vaksin berteraskan “pengutus kimia” yang mempunyai maklumat penghasilan protein dipanggil sebagai asid ribonukleik (RNA). 

Ini bermakna, vaksin tersebut mempunyai protein berasaskan virus korona, tapi ia bukan virus itu sendiri. Konsep ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi bagi membasmi protein tersebut, namun disebabkan ia bukan virus korona, ia merupakan alternatif yang selamat. 



Kelak, apabila anda dijangkiti oleh virus korona baharu, badan anda boleh menghasilkan antibodi dengan kadar yang cepat. 

Terdapat juga teknologi lain yang menggunakan konsep yang berbeza namun efektif dalam melawan jangkitan virus korona. Ujian makmal mengesahkan prosedur tersebut berkesan dalam melindungi badan terhadap virus berbahaya seperti virus Ebola, SARS-CoV dan MERS-CoV.

Potensi basmi virus korona baharu


Walaupun virus korona baharu hanya menyebabkan simptom dan komplikasi ringan di kalangan orang awam, tapi wabak ini tidak boleh dipandang ringan. 

Ia berikutan jangkitan tersebut boleh mempengaruhi kualiti hidup individu dan boleh menyebabkan kematian jika ia berlaku pada golongan berisiko tinggi. 

Novavax, salah satu daripada syarikat yang berjaya menghasilkan vaksin MERS-CoV pada tahun 2012 kini giat berusaha untuk menghasilkan vaksin virus korona baharu. 

Persamaan di antara struktur virus korona baharu dengan MERS-CoV dan SARS-CoV memberi harapan pada para saintis untuk menghasilkan vaksin virus korona yang berkesan bagi merawat ketiga-tiga virus tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Saintifik di Vir Biotechnology, syarikat tersebut mempunyai rekod antibodi yang mampu membasmi virus SARS-CoV dan MERS-CoV dalam ujian makmal. 

Antibodi tersebut mempunyai potensi membunuh virus korona baharu, sekiranya ia memberi tindak balas yang sama seperti dua virus korona tersebut. 

Penghasilan vaksin yang berupaya untuk menghindari dan membasmi virus korona baharu mungkin mengambil masa yang lama. 

Namun, fahaman mendalam terhadap virus korona, saingan sengit dan kemajuan teknologi sains masa kini boleh membantu mempercepatkan proses penghasilan vaksin tersebut. Banyak pertubuhan atau syarikat swasta yang menawarkan sumbangan wang bagi memastikan proses penghasilan vaksin virus korona berjaya. 

Situasi kini

Jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus korona kini telah meningkat sebanyak 1,500 kes (lebih daripada 30%) dalam tempoh masa sehari. 

Setakat ini 6,062 kes positif telah disahkan dengan jumlah kematian sebanyak 132 kes. Angka tersebut melebihi jumlah kes semasa wabak pandemik SARS pada tahun 2002 (5,327 kes). 

Apa yang lebih membimbangkan adalah, ketiadaan protokol rawatan dan pemeriksaan kesihatan yang spesifik menyebabkan jumlah sebenar mereka yang terjangkit adalah jauh lebih tinggi.


Sama-Sama Kita Berdoa


Selain vaksin virus korona untuk mencegah virus ini, Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan berdoa dan melakukan solat hajat untuk memohon agar senantiasa dilindungi Allah SWT. 

Siapa sangka, penyebaran virus korona yang berasal dari kota Wuhan, Tiongkok saat ini boleh merebak sebegitu jauh. Namun janganlah kita lupa yang Allah SWT itu Maha Penyembuh dan teruskan berdoa agar dilindungi oleh Nya. 



Konklusi 


Penghasilan vaksin virus korona baharu ini boleh membantu mengurangkan insiden jangkitan global. Jika ia dapat dihasilkan dalam masa terdekat, jangkitan ini dapat dibendung dan kadar kematian global terkawal. 

Untuk langkah pencegahan, semua dinasihati untuk menjaga kebersihan diri, rajin basuh tangan dengan sabun, elakkan bersentuhan dengan orang yang ada simptom batuk, selesema dan sebagainya. Dinasihatkan juga untuk memakai topeng penutup mulut hingga tiga lapisan.

Jika ada mengalami simptom selesema atau baru pulang daripada melancong di China, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan doktor.










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.