Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Bagaimana Kitaran Haid Berlaku Pada Perempuan

Cara Bagaimana Kitaran Haid Berlaku Pada PerempuanKitaran haid akan terjadi pada perempuan apabila mencapai akil baligh. Waktu mula datang haid tidak tentu, selalunya berlaku ketika usia perempuan 12 tahun. 

Sukar juga untuk tahu apakah haid haid yang normal dan apa yang tidak normal ini kerana kitaran haid untuk seseorang wanita itu adalah berbeza dan hanya dirinya saja yang tahu. 

Ada kes kitaran haid datang dalam skala yang hampir sama harinya tiap bulan dan ada juga kes di mana haid hanya datang lambat hingga beberapa bulan sekali. 

Itu belum lagi dikira kitaran haid bagi wanita yang baru lepas bersalin. 



Melalui artikel ini, akan dikongsikan beberapa tajuk tentang kitaran haid yang berlaku pada perempuan. Antara tajuk-tajuk tersebut adalah ;

  1. Maksud kitaran haid
  2. Kitaran haid normal berapa hari
  3. cara mengira kitaran haid
  4. jadual kitaran haid
  5. kitaran haid tidak normal 
  6. perubahan hormon sebelum haid
  7. penting catat tarikh datang haid setiap bulan
  8. fasa kedatangan haid ada empat 
  9. Penerangan fasa haid mengikut kiraan hari 


#1 - Maksud Kitaran Haid 

Kitaran haid ialah tanda bermulanya kitar haid bagi setiap perempuan. Perempuan akan mula mengalami haid apabila mencapai akil baligh. Haid ialah darah kotor yang keluar dan jumlahnya adalah tidak sama antara seorang individi perempuan dengan individu perempuan yang lain. 

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempoh. Kiraan kitaran haid bermula dari hari pertama haid pada bulan seterusnya.

Darah biasanya berwarna merah apabila aliran darah haid seorang wanita berada pada tahap yang paling banyak. Ia mungkin berwarna merah jambu, perang atau hitam apabila aliran darah berkurangan - ini semua adalah sangat normal.

Untuk maksud atau tujuan sebenar kitaran haid ini, ianya merujuk Kitaran haid adalah merujuk kepada perubahan berkala yang berlaku pada rahim dan ovari bagi tujuan reproduktif (pembiakan).                                                                                                                                                            

#2 - Kitaran Haid Normal Berapa Hari

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza maka agar sukar untuk tentukan berapa jumlah hari untuk kitaran haid normal atau yang tidak normal. 

Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari, tetapi ia boleh berlaku dalam jangka masa 21 hingga 35 hari. Aliran darah haid biasanya berlanjutan selama dua hingga tujuh hari, dengan tempoh purata selama lima hari.

#3 - Cara Mengira Kitaran Haid

Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. Kitaran haid (menstrual cycle) normal bagi seorang wanita adalah dalam tempoh 28-30 hari. Ketahui tentang kitaran haid dan bagaimana tubuh bersedia untuk ovulasi mengikut kiraan jadual haid masing-masing. 

#4 - Jadual Kitaran Haid




#5 - Kitaran Haid Tidak Normal 

Untuk kitaran haid tidak normal ini selalunya darah haid tidak datang tepat mengikut jumlah kiraan hari yang seragam pada setiap bulan. Malah ada masanya kedatangan haid sama sekali tidak datang pada sesuatu bulan dan datang semula pada bulan berikutnya. 

Jumlah darah haid yang keluar ada yang terlalu sedikit, kejap ada dan kejap berhenti dan ada juga yang terlalu banyak hingga boleh menyebabkan rasa loya, muntah dan pitam. 


#6 - Perubahan Hormon Sebelum Haid 


Perubahan hormon sebelum haid boleh juga menyebabkan simptom emosi dan fizikal. Contohnya, cirit-birit atau sakit belakang, rasa kembung dan mual, atau payudara anda yang bertambah besar. Sesetengah wanita juga berasa sedih dan ingin menangis atau cepat marah sebelum datang haid. 

Ini semua merupakan tanda sesuatu yang digelar sebagai PMS atau sindrom sebelum menstruasi. Sememangnya ia tidak menyeronokkan, tetapi semua ini adalah sangat normal.

Penting bagi setiap wanita mencatat tarikh kedatangan haid setiap bulan secara konsisten kerana ia dapat membantu ;
  • Mengenal pasti penyakit dalaman berkaitan rahim, ovari dan sebagainya
  • Merancang kelahiran anak/ perancangan keluarga
  • Mengetahui waktu subur
  • Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan jika sedang hamil
  • Memudahkan membuat jangkaan tarikh bersalin

#7 - Penting Catat Tarikh Kedatangan Haid Setiap Bulan Setelah berkahwin 


Adalah penting untuk mengetahui dan memahami kitaran haid  sendiri demi kebaikan diri. Ia sebagai panduan bagi mengetahui waktu subur anda yang sebenar serta membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil.

Sentiasa peka dengan kitaran haid dan jika seandainya haid terhenti pada satu tempoh (tak datang macam biasa), besar kemungkinan itu adalah petanda awal yang diri sedang mengandung. 


#8 - Fasa Kedatangan Haid Ini Terbahagi Kepada 4 (Empat)

Fasa Haid Pertama 

Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh. Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku


Fasa Haid Ke Dua - Pembaikan 

Membina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur darah yang lebih tebal


Fasa Haid Ke Tiga - Waktu Subur 

Pengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14


Fasa Haid Ke Empat - Pra Haid

1. Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian luas salur-salur darah dalam persediaan untuk persenyawaan dan penempelan

2. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan meruntuh semula bagi memulakan kitar haid yang baru. Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku dan itulah darah kotor yang dimaksudkan. 




#9 - Penerangan Fasa Haid Pertama - Empat Mengikut Kiraan Hari 

FASA PERTAMA: Hari pertama hingga ke 5

Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid sehinggalah haid tamat dan kitaran haid bermula yang baru pada bulan seterusnya.

FASA KEDUA: Hari ke 6 hingga ke 10

Pada tempoh ini, hormon estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini dikenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan.

FASA KETIGA: Hari ke 14 (Waktu Subur)

Hari ini juga merupakan waktu subur bagi seorang wanita. Pada peringkat ini, ovum akan dilepaskan dari ovari dan proses ini dipanggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehadiran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya tiada proses persenyawaan berlaku, maka ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke rahim seorang wanita.

FASA KEEMPAT: Hari 19 hingga 28

Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali.
Sumber : Libresss.com & Mingguan Wanita
Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

3 comments for "Cara Bagaimana Kitaran Haid Berlaku Pada Perempuan"

  1. nice sharing :) macam saya, saya akan download period calendar so boleh tahu bila nak period dan lain lain

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  2. nice sharing. ilmu macam ni kena ambil tahu..

    ReplyDelete