How To Build A Local Brand Through Online Marketing | Setiap penjual atau peniaga mahukan keuntungan. Siapa yang berniaga tak nak untung kan? Tapi untuk online marketing, ianya bukan saja ingin dikuasai oleh para peniaga tetapi juga oleh mereka yang mahu dikenali secara atas talian. Ini termasuklah blogger, influencer dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, penulis blog dan influencer tidak ubah seperti sebuah personal branding yang perlu menguasai pasaran tempatan. Dalam erti kata lain, sama seperti local brand yang perlu menarik minat prospek. Apa yang membezakan para peniaga fokus untuk urusan jual beli manakala blogger dan influencer ini fokus untuk mewujudkan penjemaan untuk lebih ke hadapan.



Bagaimana Untuk Bina Penjenamaan? 


Terdapat 5 tips bagaimana untuk membina penjenamaan ini. Lima tips tersebut adalah ;

1. Mengendalikan Penyelidikan Pasaran Tempatan

Selidik dulu golongan yang ingin didekati. Sebagai contoh jika genre parenting boleh tumpukan pada pasangan yang baru berkahwin, suami isteri dan sebagainya. Jika genre kecantikan, nak jual produk krim untuk wanita dan sebagainya, bolehlah approach golongan wanita dari golongan usia 20an ke atas.

2. Menguasai Mesej Untuk Jenama / Produk 

Setelah tahu golongan mana yang ingin didekati, seterusnya cuba sampaikan mesej atau info yang berkaitan dengan jenama atau produk tersebut supaya ramai orang tahu apakah kelebihannya.

3. Berkongsi di Media Sosial

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya adalah medan perantaraan yang sangat bagus untuk dikongsi pelbagai info. Selain dari itu, boleh juga membina website bagi memudahkan lagi urusan penyebaran info.


4. Jalankan Kempen Iklan

Jika ada sumber modal maka bolehlah digunakan untuk kempen iklan. Boleh iklan di media sosial mengikut bajet yang ada.




5. Melaksanakan SEO Untuk Kesan Jangka Masa Panjang 

Pengoptimuman Enjin Carian atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Search Engine Optimization (SEO) adalah proses untuk mendapatkan pengunjung trafik / laman web dari hasil carian percuma, organik, editorial atau semula jadi pada enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain.


Apakah Kelebihan SEO Ini? 


Nak bina jenama untuk jangka masa yang lebih panjang? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah SEO. Dengan menguasi SEO ini, kita bukan saja dapat berada di antara tempat teratas malah ianya juga boleh membantu untuk memberi manfaat bagi jangka masa panjang. Kerana itu, suka ataupun tidak SEO sangat membantu untuk urusan membina jenama ini.

SEO dapat membantu menaikkan kedudukan sesuatu jenama dengan berada di 1st pages Google Search. Pembaca atau penonton yang datang dari SEO adalah dari kalangan audience atau prospek yang benar-benar sedang mencari.

Maka SEO ini akan membantu menarik perhatian audience seperti ini. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kelebihan, info, kepentingan dan sebagainya jika membeli atau mengambil servis yang kita tawarkan. Secara tidak langsung SEO ini akan membantu urusan kita untuk menjadi lebih mudah di arah tujuan yang betul.

Tidak Ada Pengetahuan Tentang SEO? Boleh Dapatkan Pakar Untuk Bantuan


Enjin carian sangat berkesan apabila dirancang untuk jangka masa yang panjang. Setelah dirancang dengan teliti ianya bolehlah dilaksanakan dan dipantau untuk fasa seterusnya. Bermain dengan SEO ini tidak boleh terlalu gopoh.

Ia perlu diteliti dan dilakukan secara berperingkat. Jika rasa tidak yakin, boleh dapatkan pakar-pakar sebagai penolong bagi merancang untuk fasa seterusnya.

Antara pihak pakar yang boleh dicuba adalah Gogetspace Digital. Menurut pembacaan dari website utama mereka, Gogetspace merupakan sebuah syarikat digital marketing Malaysia. Ia menumpukan pemasaran pakej Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan dengan hasil yang berbaloi. 

Malah, sesiapa saja yang berminat boleh terus menghubungi mereka bagi mendapatkan tawaran servis perundingan secara percuma saja! 



Antara Kelebihan Servis SEO Dari Gogetspace


#1. Merupakan salah satu Agensi Pemasaran Digital Malaysia yang berkualiti tinggi di Malaysia. 

#2. Menawarkan pakej Perkhidmatan SEO yang sesuai dengan anggaran perniagaan 

#3. Sedia berusaha untuk membawa kalian ke depan dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan.

#4. Profesional, berdedikasi dan sentiasa memberi perhatian terhadap trend SEO di dalam industri. 

#5. Kemaskini dalam algoritma Google secara radikal 


Itulah lebih kurang info untuk tajuk "How To Build A Local Brand Through Online Marketing". Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada yang memerlukan.

Aamiin.











Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.