Lelaki Meninggal Dunia Dalam Surau Lepas Solat SubuhAjal maut itu adalah ditangan Allah. Bila tiba masa kita semua akan pergi dijemputnya. Bila dan di mana kita tidak tahu dan itulah yang berlaku pada seorang hamba Allah yang dianggap sangat istimewa ini. Manakan tidak, arwah telah pergi diejemput Ilahi sebaik saja usai menunaikan solat Subuh. Malah masih berada di dalam surau.

Baru saja dikejutkan dengan contoh 'pemergian' yang baik, kali ini ramai nitizen tersentuh hati sekali lagi apabila ada seorang lelaki meninggal dunia ketika berzikir selepas solat Subuh. Kejadian ini berlaku di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang. Dalam kejadian itu, mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebelum dia tiba-tiba mengalami sesak nafas.


Saksi, Ustaz Muhd Abd Rahman berkata turut berkongsi berita pemergian arwah melalui facebook. Bercerita semula akan kejadian pada waktu itu, ketika sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Kemudian, arwah menyapa "Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang“ Ketawa kecil kami.

Dan siapa sangka rupanya benar bagai apa yang di kata. Arwah dikatakan sempat mengurut dadanya beberapa kali lalu rebah. Melihat akan keadaan itu, Ustaz Muhd Abd Rahman mula mengerti apa yang sedang berlaku dan terus mengajar arwah untuk mengucap dua kalimah syahadah.


Sejurus sesudah di ajar mengucap, arwah menyebut panjang kalimah ‘Allah’ dan pergi buat selama-lamanya. Anggota perubatan yang tiba sejurus selepas itu telah mengesahkan kematian arwah yang kini telahpun tiada.


Cara pemergian arwah ini dianggap baik. Pemergian yang disifatkan dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah ini sememangnya sangat dicemburui oleh ramai orang. Tak ubah seperti pemergian arwah Abam.


Cemburunya pada arwah. Seorang jemaah masjid yang menghembuskan nafasnya di dalam surau (rumah Allah). Meninggal dunia pula selepas solat subuh, selepas berwirid dan berzikir, selepas sujud kepadaNya.

Al-Fatihah








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.