Misi Mencari Baju Kurta Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf Di Kota Bharu, Kelantan | Beberapa hari yang lepas daku pujuk suami untuk beli baju raya lebih awal. Bukannya apa, sebelum ni daku dan anak-anak beli dulu kemudian suami beli je baju tanpa ikut warna tema yang dirancang. Maka tak sedondonlah kami pada hari lebaran tersebut. Maka kali ini daku nekad untuk ajak suami beli baju kurta lelaki untuk raya di Kota Bharu. 

Kalau nak tahu suamiku seorang yang cukup berhati-hati dalam berbelanja untuk barang-barang. Kata suami, "biar alah membeli janji menang memakai. Jika nak menang beli dan menang pakai pastikan beli barangan ada kualiti ketika ada tawaran diskaun". Dan misi pencarian baju kurta lelaki di Kota Bharu ini telah membawa kami ke BUTIK AISY ASYRAF By Imam Muda Asyraf yang sangat dikenali ramai tu.

Nak tahu kenapa daku dan suami memilih untuk memiliki koleksi baju kurta lelaki dari Aisy Asyraf ni? Jom daku kongsikan antara sebab-sebabnya. 



10 Sebab Utama Mengapa Butik Aisy Asyraf Menjadi Pilihan

#1 - Lokasi Yang Sangat Mudah Untuk Di Cari 

Lokasi kedudukan Butik Aisy Asyraf di Kota Bharu ni terletak di Lembah Sireh. Kalau sebut Lembah Sireh mungkin ramai kurang pasti, nak mudah tahu Lembah Sireh ini adalah lokasi untuk Tesco dan AEON Mall. Haa, bila sebut nama dua pasaraya besar di KB ni terus rasa sangat-sangatlah mudah untuk di cari kan?

Manakala, untuk lokasi premis Butik Aisy Asyraf ini adalah berhadapan dengan Lincoln University College. Jika datang dari arah bulatan roundbout kecil untuk menghala ke Tesco tu, lepas je roundbout terus belok masuk ke lorong pertama di sebelah kanan. Di situlah terletaknya Butik Aisy Asyraf ini.



#2 - Diasaskan Oleh Imam Muda Asyraf Dengan Ciri Islamik 

Bila sebut saja nama Imam Muda Asyraf, tentu ramai dah kenal kan? Ya, untuk pengetahuan Aisy Asyraf adalah butik pakaian lelaki dengan bercirikan Islamik yang diasaskan oleh Imam Muda Asyraf sendiri.

Malah Butik Aisy Asyraf ini merupakan cawangan yang ke 5 di buka. Lain-lain cawangan Butik Aisy Asyraf ini terletak di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall, dan Bertam, Penang. Hmm bukan kaleng kaleng ni =D



#3 - Konsep Butik Yang Sangat Selesa Dan Friendly 

Sempena dengan kunjunganku yang pertama kali ini, antara perkara awal yang daku perhatikan adalah suasana di dalam butik itu sendiri. 1st empression kata orang putih! 

Dan sebaik saja daku menolak pintu kaca tersebut, hati terus rasa tertarik dengan suasana di dalam butik yang kelihatan sangat eksklusif. Dah terasa seperti salah seorang  VVIP pulak rasanya. 

Susunan baju kemas, situasi di dalam butik bersih menarik. Padanan warna hijau dan kuning gold ternyata sangat cantik dan tampak 'mewah'. 


#4 - Banyak Rekaan Eksklusif Dan Cantik 

Penampilan pakaian di Butik Aisy Asyraf ini juga tampak sangat menarik. Ada yang berlengan pendek, ada yang berlengan panjang, ada yang bercorak abstrak, ada yang bercorak batik dan lain-lain lagi. 

Dipendekkan cerita, misi teman suami beli baju kurta kali ini memang best cuma daku tak pasti kalau suami rasa baju kurta lelaki di Butik Aisy Asyraf Kota Bharu ni kena denggan citarasanya. Yang pasti di dalam hati memang berharap abah dapat 'jatuh suka' dengan mana-mana rekaan yang ada di depan matanya tu. 






#5 - Pelbagai Pilihan Warna Yang Menarik Untuk Setiap Rekaan 

Daku ikut bertanya, adakah semua jenis design ini didatangkan dalam banyak warna? Jawapannya staff tersebut adalah YA! Setiap design di datangkan dengan pelbagai pilihan warna mengikut tona pastel, sedikit terang dan agak gelap. 

Secara tak langsung mudah untuk digayakan oleh pelbagai jenis warna kulit. Almaklumlah, orang lelaki ni ada yang berkulit cerah dan ada ramai juga yang berkulit agak gelap. Sebagai contoh, warna kulit suami sis yang agak kecoklatan tu... =D 


Kurta Setiaku saiz normal RM99


KURTA SETIAKU saiz plussize RM119 

KURTA KANDA promosi RM79 

#6 - Setiap Potongan Tidak Terlalu Ketat & Tidak Juga Terlalu Longgar 

Apa yang daku perasan setiap pakaian di Butik Aisy Asyraf ni mementingkan keselesaan. Sebagai contoh, setiap potongan untuk pakaian yang ada di sini sedang elok je ukurannya. Tak terlalu ketat dan tak juga terlalu longgar seakan pakaian yang ditempah khas di kedai jahit. 




#7 - Saiz Ada Dari Biasa Hingga Plussize 7 XL

Jujur cakap, saat diberitahu oleh staf yang saiz untuk pakaian di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ni ada saiz hingga 7 XL, daku benar-benar terkejut! 7 XL oiii... bukan senang nak cari tu. Bayangkan betapa bersungguhnya pihak Imam Muda Asyraf dalam ingin memenuhi kehendak pelanggan hinggakan sanggup untuk menawarkan pakaian dengan saiz yang susah nak dapat seperti ini. 


Ukuran saiz pula berdasarkan carta di bawah. Lepas ni tak kira badan besar mana, jangan susah hati lagi kerana Butik Aisy Asyraf sangat meraikan orang yang seperti kalian. Jangan juga malu dengan bentuk tubuh sendiri. Pergi je ke Butik Aisy Asyraf untuk mendapatkan koleksi pakaian lelaki terkini dengan layanan tahap VVIP. 

'Comelnya' Angah bila pakai baju KURTA SETIAKU

#8 - Fabrik Sangat Selesa Dengan Jahitan Yang Baik 

Menyentuh soal fabrik dan jahitan. Suamiku antara orang yang agak cerewet dalam soal ini. Sebabnya suamiku punya falsafah dalam berbelanja untuk barangan dan pakaian lelaki seperti ini, suamiku lebih pentingkan kualiti berbanding rekaan. Sebagai contoh, walau dia cukup berkenan dengan mana-mana pakaian tetapi dalam masa yang sama kualiti kain agak kurang memuaskan maka dia tak akan beli pakaian tersebut. 



Begitu jugalah semasa berada di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf kat Kota Bharu, Kelantan ni, bukan mudah nak dapatkan pakaian yang betul-betul kena dengan kehendaknya. Lepas satu design, satu design di beleknya. 

Fabrik di pegang berulang kali untuk bezakan. Jahitan juga di kelebet nak tengok sama ada okay ataupun tidak. Dalam hati daku dok ingat tak berjaya dah misi pencarian baju kurta lelaki di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf tapi ternyata sangkaanku meleset. 



#9 - Setiap Design Mementingkan Kehendak Citarasa Pelanggan 

Selepas membuat pilihan akhirnya suami telah berjaya mendapatkan sehelai kurta yang kena dengan kehendaknya. Malah suami cukup suka bila kurta di sini ada poket sisi di ke dua belah kiri dan kanan. Ukuran pakaian yang tidak terlalu menonjol sangat mudah untuk disesuaikan dalam apa jua keadaan. Boleh pakai untuk raya, majlis ulangtahun, keramaian di tempat kerja dan sebagainya. 


#10 - Staff Yang Sangat Memahami Dan Mesra Pelanggan 

Layanan staf di sini juga memuaskan. Kalau nak tahu daku agak kurang berkenan bila sedang memilih baju dengan kewujudan seorang seller yang ikut terlalu dekat. Bukannya apa rasa kurang selesa, lagi-lagi jika seller lelaki. Tapi di sini, alhamdulillah stafnya seakan memahami. Beliau berada pada jarak yang sepatutnya dengan wajah manis tersenyum. Tidak juga menggangu pelanggan yang sedang membelek pakaian yang ada. Bila ada soalan baru dia akan datang lebih dekat untuk menjawab soalan yang ditanya. 


Anak-anakku juga turut diberi belon dan riuh rendah anak-anak ni di dalam butik, hanya dibalasnya dengan senyuman. Terima kasih banyaklah dik oi sebab faham situasi mak ayah yang nak shopping dengan kehadiran anak-anak sebegini. =D 


Antara Koleksi Pakaian Lelaki Yang Ada Di Butik Aisy Asyraf


Koleksi Pakaian Batik (Tangan Pendek dan Tangan Panjang)

Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf ini ada banyak jenis koleksi sebenarnya. Jika sedang mencari baju batik lelaki, di sini ada pelbagai pilihan. Malah ada pelbagai pilihan warna juga. Tak kisahlah sama ada tangan panjang ataupun pendek, keduanya didatangkan dengan pelbagai saiz dari normal hingga ke plussize. 

Antara contoh warna yang boleh dipilih, sebagaimana gambar di bawah :








Baju Kurta Lelaki Eksklusif Dengan Pelbagai Jenis Rekaan 


Suami ada cakap yang koleksi batik tu cantik-cantik. Boleh pakai untuk majlis dan juga secara kasual. Tapi disebabkan misi utama mencari kurta untuk dipakai sedondon masa raya maka kami terus fokus pada matlamat utama. Baju batik diketepikan dulu. 


Seperti yang daku cakap tadi, suami bab memilih pakaian memang agak cerewet ok. Lihatlah sendiri reaksinya tu. Lepas satu pakaian, satu lagi pakaian dibeleknya. Mula-mula dicarinya design yang nampak berkenan di hati, bila dah dapat dibeleknya pula warna yang sesuai. Pegang letak, pegang letak. Oh suamiku! 


Akhirnya dah dapat warna yang berkenan. Sekarang dilihatnya pula perincian yang lain. Bahagian kolar, bahagian lengan, bahagian poket, fabrik dan butang... semuanya ditengok satu demi satu. Dah macam QC dah nii... 


Puas melihat akhirnya suami cakap yang baju kat sini memang cantik! Ekslusif juga! Butang baju juga sangat unik dengan jenama Aisy Asyraf itu sendiri. Mujur Imam Muda Asyraf tak ada kat sini, kalau ada memang daku nak ucap tahniah dan syabas sebab berjaya menawan hati suamiku yang agak 'memilih' pakaian ini. 


Baju Jubah Lelaki


Selain baju kemeja batik dan juga kurta lelaki, daku ada terpandang pada koleksi jubah. Cantik juga! Contoh design seperti dalam gambar ini. Warna pilihan juga banyak termasuk saiz yang pelbagai. Cuma kebetulan suami dan anak-anakku agak kurang dengan jubah maka daku hanya perhati saja design yang ada. 


Baju Melayu Sesuai Untuk Majlis Akad Nikah, Solat Jumaat Dan Sebagainya

Satu lagi koleksi pakaian yang menarik di sini adalah Baju Melayu. Apa yang ku lihat baju melayu di sini kainnya ada kualiti. Butang baju melayu juga sangat menarik dan nampak ekslusif. Tak dinafikan yang kedai baju melayu di Kota Bharu Kelantan ni memang banyak. Begitu juga dengan jubah lelaki dan kurta tetapi setiap butik ada kelebihannya yang tersendiri kan? 

Baju melayu di sini boleh dianggap antara baju melayu murah yang ada kualiti di Kota Bharu. Potongannya juga sedang elok. Bahkan ianya sesuai dikenakan untuk apa jua majlis. Jika nak pakai untuk hari akad nikah juga boleh. Malah makin mudah urusan bakal pengantin kerana baju kurta dari pelbagai rekaan turut ada untuk dulang boy masing-masing. 




Baju Kurta Kanak-Kanak Lelaki Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun 


Pakaian yang paling daku suka tidak lain dan tidak bukan baju kurta kanak-kanak lelaki. Sebagai ibu memang dah banyak kedai pakaian dan butik di Kota Bharu yang ku terjah untuk beli pakaian kurta. Tidak daku nafikan yang koleksi kurta di Butik Aisy Asyraf ini memang menarik dan sangat up to date. Malah harganya juga agak berbaloi dan berpatutan. 

Saiznya untuk Kurta Kanak-kanak ini pula dari usia 2 hingga 12 tahun, bahkan design baju kurta kanak-kanak ini sama dengan salah satu rekaan kurta dewasa. Maka mudahlah untuk si anak dan si bapa berpakaian sedondon. Tentu nampak hensem keduanya dengan Kurta Setiaku ini. 



Anakku sendiri ikut berkenan ni haa... lepas satu warna, satu warna di mintanya nak lihat secara dekat. Bila tanya cantik ataupun tidak, terus diangguk laju-laju. Suka sangatlah tu... 



Yang pasti, dari segi keselesaan fabrik dan kualiti memang tip top. Lihatlah sendiri berdasarkan gambar yang daku kongsikan di bawah ini. Kalian boleh nampak betapa menariknya design baju ini dengan penambahan butang yang mudah di buka dan nampak eksklusif. Jahitannya juga kemas dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan. 



Capal Eksklusif Dengan Nama Aisy Asyraf 

Selain daripada kemeja, kurta, jubah dan baju melayu, pihak Aisy Asyraf turut menawarkan koleksi capal. Bayangkan pakai jubah, kurta dan baju melayu dengan capal sebegini. Memang nampak sangat sesuai dan bergaya. 


Warna dan jenis rekaan juga ada beberapa jenis. Bolehlah di pilih mengikut citarasa gaya masing-masing. Capal ini diberi nama Capal Kembali dan hargnya tak mahal mana pun, hanya RM59 saja sepasang. Berbaloi untuk beli pakai dengan jubah, baju melayu dan sebagainya. Makin hensem! 



Minyak Wangi Lelaki Tahan Hingga 8 Jam

Tidak hanya capal, minyak wangi juga ada. Daku dah bau, wangi! Baunya ada ciri maskulin yang sangat sesuai dengan lelaki. Tapi baunya tidaklah terlalu keterlaluan. Sedang elok kata orang. Apa yang lebih menariknya lagi, minyak wangi di Butik Aisy Asyraf ini bukan saja wangi malah tahan lama juga. Sekali spray boleh tahan hingga 8 jam! Berbaloi kalau beli ni.


Clutch Bag Special Sebagai Pelengkap Gaya 

Akhir sekali sebelum terlupa, di sini juga ada Clutch Bag. Ini juga salah satu barangan lelaki yang sangat sesuai dikenakan sebagai pelengkap gaya. Harganya juga tak mahal mana. Hanya RM55 saja setiap satu. 


Harga Berpatutan Dengan Tawaran Promosi Berkala  

Jangan ingat Butik Aisy Asyraf ini hanya untuk golongan ada ada ye. No! Buktinya di sini menawarkan harga yang sangat berpatutan. Malah, pihak Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf ini juga sering mengadakan promosi secara berkala. Mengikut staf yang bertugas, promosi ini sering dilakukan sebulan sekali dengan penurunan harga yang sangat rendah. 


Daku sendiri agak terkejut bila jubah di beri penawaran sehingga ke harga RM49 sehelai. Hmm mana nak dapat jubah yang cantik dan eksklusif begini dengan harga tersebut. Tidak hanya itu, pada masa daku singgah ke sana ini, harga baju melayu juga sedang ditawarkan dengan potongan diskaun. 

Harga baju melayu sepasang hanya RM100 dan turut di beri butang baju melayu secara percuma. 



Maklumbalas Dari Diri Sendiri Dan Encik Suami 

Dari segi keselesaan dan layanan, alhamdulillah sangat memuaskan hati. Bilik salinan untuk mencuba pakaian juga ada dengan cermin yang besar. Mudah untuk bakal pembeli mencuba pakaian sebelum di beli. Daku yang ikut suami dalam misi mencari baju kurta sambil menjaga anak-anak ini ikut rasa happy bila suami dapat baju yang sesuai dengan kehendaknya. 


Suami daku ni seorang yang cukup susah untuk di ajak shopping. Memang payah benar! Tiba Aidilfitri selalunya daku dan anak-anak yang beli dulu then baru suami beli. Maka terjadilah episode warna baju tak sama. Bukan setakat beza sikit je tone colour tu tapi beza total. Oh suamiku... Tapi sekarang ni, nampaknya urusan beli pakaian untuk raya akan menjadi lebih mudah. 

Video Mencari Kurta Lelaki Di Butik Aisy Asyraf 




Sedang Mencari Pakaian Lelaki? Nak Beli Sebagai Hadiah, Pakaian Majlis Dan Sebagainya? Lekas Terjah Ke Butik Aisy Asyraf Sekarang! 

Urusanku untuk mendapatkan baju kurta lelaki bagi encik suami dah pun selesai. Lepas ni hajatnya nak ke sini lagi, dan kali ini akan pergi untuk shopping baju untuk anak-anak pula. Daku sendiri jatuh cinta dengan koleksi kurta kanak-kanak tu. Cantik sangat-sangat!

Sememangnya Butik AisyAsyraf ini merupakan sebuah Butik Jubah Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Patutlah Butik Aisy Asyraf ni mendapat sambutan hingga boleh di buka sebanyak 5 cawangan. 


Bahkan, jika tak ada masa untuk pergi terus ke mana-mana Butik Aisy Asyraf ni di Shah Alam, Angsana JB Mall, Kota Bharu dan Bertam, Penang. Kalian boleh terus membuat pilihan dan pembelian secara atas talian melalui lamanweb utama milik Aisy Asyraf. Tak kisahlah nak beli pakaian, perfumes, capal, clutch bag, dan butang baju melayu sekalipun, semuanya boleh di beli secara online dengan mudah. 

Hmm apa yang ditunggu lagi tu? Nak dapatkan Jubah lelaki, jubah kanak-kanak, kurta, baju kuliah dan sebagainya? Lekas-lekas dapatkan koleksi jubah, kurta, kemeja dan baju melayu di Butik Aisy Asyraf dengan harga yang sangat berpatutan sekali.  



Aisy Asyraf KelantanKota Bharu
FESYEN HUB LELAKI KURTA.JUBAH . KEMEJA . BAJUMELAYU . PLUSSIZE . KIDS 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.