Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia | Tengah berkira-kira nak beli kereta. Jadi apakah jenis kereta yang paling jimat minyak di Malaysia? Jika di tanya secara direct begitu jawapanku adalah kereta-kereta keluaran Perodua. Kenapa? Kerana daku salah seorang pengguna kereta jenama Perodua. Hehe.. 

Sememangnya, kereta adalah kenderaan yang amat penting untuk kita. Tanpa kereta memang agak sukar untuk bergerak lagi-lagi kalau dengan anak-anak dan dalam cuaca yang tak menentu. Jadi bila nak beli kereta tu macam-macam aspek kena difikirkan. 



Kalau boleh mahu kereta jimat minyak mengikut cc kereta yang kita mahu. Kalau kebetulan dah ada kereta idaman dan jimat minyak pula, itu adalah satu bonus. 

Di Jepun, untuk membeli kereta yang baru salah satu aspek yang dicari adalah kereta yang menggunakan minyak yang paling sedikit. Oleh itu, pembuat kereta sentiasa mengutamakan 'kereta paling jimat minyak' untuk dihasilkan pada bakal pengguna.





Tips Memilih Kereta Berdasarkan Pengalaman Beli Kereta 


Semasa saat nak beli kereta dulu, daku sendiri blur. Sebabnya masa tu memang tak ada sebarang pengalaman bab nak beli kereta ni. Mujurlah ada encik suami dan abang. Melalui mereka daku tahu apa yang perlu diperhatikan saat ingin membeli kereta walaupun ini kereta baru.

Antara 5 perkara utama yang di ambil kira untuk membuat pilihan ke atas jenis kereta adalah ;

  • kegunaan
  • saiz
  • ciri pemanduan
  • daya tahan
  • kos 


Bila bercerita tentang kos, ia bukan bermakna kos untuk membeli kereta tersebut saja tapi kos untuk penyelenggaraan bila rosak dan juga bahan bakar (minyak).

Lagi-lagi dengan kadar harga petrol yang tak menentu sekarang ni. Boleh botak kepala kalau pakai kereta kuat makan minyak. Kan tak pasal kereta bukan main gah tapi asyik terperuk selalu kat rumah sebab malas nak mengisi petrol. Ah sudah! Sebab tu, kereta paling kuat makan minyak memang tak berani nak beli dan ingin dijauhkan. 

Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia Untuk 2019 / 2020 


Dalam banyak-banyak jenis kereta yang ada di dalam pasaran Malaysia ini, di sini akan dikongsikan beberapa jenis kereta mengikut model yang berada dalam kategori kereta paling jimat minyak di Malaysia. 



Antara Jenis Kereta Paling Jimat Minyak Mengikut Pendapat Ramai


Bagi yang ingin membeli kereta tetapi masih berkira-kira dalam soal penjimatan minyak, mungkin senarai jenis kereta paling jimat minyak ini boleh membantu. Antara jenis kereta yang berada di dalam senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia ini adalah ;



Model Kereta Dan Fuel Consumption
  • Proton Bezza 1.0 (Manual) 4.4 L/100 km
  • Proton Bezza 1.0 (Auto) 4.7 L/100 km
  • Perodua Kancil 600 4.7 L/100 km
  • Mitsubshi Attrage 1.2 4.8 L/100 km
  • Perodua Viva 660 4.8 L/100 km
  • Perodua Myvi 1.3 (Manual) 4.9 L/100 km
  • Perodua Kelisa 1.0 5.0 L/100 km
  • Perodua Myvi 1.3 (Auto) 5.0 L/100 km
  • Ford Fiesta 1.0 Ecoboost (Auto) 5.3 L/100 km
  • Proton Saga 1.3 (Manual) 5.4 L/100km
  • Perodua Kenari 5.5 L/100 km
  • Volkwagen Vento 1.2 TSI 5.5 L/100 km
  • Honda Jazz 1.5 (Auto) 5.6 L/100 km
  • Proton Persona 1.6 (Manual) 5.6 L/100km
  • Proton Saga 1.3 (CVT Auto) 5.7 L/100 km
  • Proton Savvy 1.2 5.7 L/100km
  • Forst Fiesta sport 1.5 (Auto) 5.8 L/100 km
  • Kia Picanto 1.2 5.8 L/100 km
  • Proton Persona 1.6 (Auto) 6.1 L/100km
  • Nissan Almeera 1.5 (Manual) 6.3 L/100 km
  • Volkswagen Polo 1.6 6.3 L/100 km
  • VW Vento 1.6 6.5 L/100 km
  • Toyota Vios 1.5 (Manual/Auto) 6.7 L/100 km
  • Nissan Almeera 1.5 (Auto) 6.7 L/100 km
  • Suzuki Alto 1.0 (Auto) 6.7 L/100 km
  • Mazda 2 (Auto) 6.7 L/100 km
  • Proton Waja 1.6 (Manual) 7.3 L/100km
  • Proton Waja 1.6 (Auto) 7.6 L/100km




Ini pula antara 9 jenis kereta paling jimat minyak di Malaysia yang boleh di beli dengan mudah. Soal harga tak nak sentuh kat sini. Salah satu dari jenis kereta dalam senarai ini adalah kereta yang daku pakai sendiri dan memang betul ia adalah antara kereta paling jimat minyak yang pernah daku guna.

Untuk penggunaan minyak yang paling jimat antara jenis-jenis kereta dalam senarai ni, paling jimat adalah jarak sehingga 21km/liter. 

#9 - PROTON IRIZ - 14.5 km / liter


#8 - VOLKSWAGEN POLO SEDAN - 15.4 km / liter


#7 - PEUGEOT 208 - 16 km / liter


#6 - MYVI 1.3 - 17 km / liter


#5 - HONDA CITY 2016 - 17 km / liter


#4 - HYUNDAI i10 - 18.9 km / liter


#3 - MITSUBISHI ATTRAGE - 21 km / liter


#2 - MITSUBISHI MIRAGE - 21 km / liter


#1 - PERODUA AXIA - 21.6 km / liter





Kalau dilihat trend penghasil kereta sekarang, banyak jenama kereta yang menumpukan pada teknologi jimat minyak. Jadi banyaklah pilihan jenis kereta yang ada untuk kita pilih. Yang paling ketara nampaknya jenama Perodua dan Proton berjaya menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. 

Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan jumlah kilometer yang boleh diperoleh mengikut jumlah pengisian minyak. Bagi jenis kereta mpv yang paling jimat minyak daku tak pasti.

Bagi yang tak pakai antara kereta jimat minyak di atas, jangan rasa sedih ke apa pulak ye. Takpe, mungkin boleh amalkan tips bagaimana untuk jimat minyak kereta menggunakan beberapa kaedah di bawah ni. 


10 Tip Untuk Jimat Minyak Kereta Yang Boleh Dicuba


Semua orang mahu kereta dengan penggunaan minyak yang rendah tapi jika dah terbeli kenderaan lain, apa boleh buat kan? Tak apalah, ini ada 10 Tips Jimat Minyak untuk kenderaan dan bolehlah guna pakai cara ni untuk menjimatkan minyak kereta masing-masing. 

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di ketika suhu sejuk. Elakkan isi minyak di waktu tengahari

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan. Tekan picu isi minyak tu hingga separuh saja. Jangan tekan picu pam dengan kuat dan laju.

3. Isi minyak semasa tangki masih separuh penuh.

4. Kurangkan bebanan berat yang ada di dalam kereta seperti buku-buku dan sebagainya.

5. Periksa kandungan angin dalam tayar. Angin yang kurang boleh menjadikan kereta semakin berat.

6. Matikan enjin kereta jika sedang menunggu anak di sekolah dan sebagainya. 

7. Gunakan gear yang betul sesuai dengan kelajuan. Penggunaan guar rendah untuk kelajuan yang tinggi boleh menyebabkan penggunaan minyak menjadi lebih banyak.

8. Semasa membrek kenderaan, brek secara perlahan-lahan. Elakkan suka brek secara mengejut.

9. Start enjin dan biarkan ia hidup selama 30 saat sebelum mulakan perjalanan. Tak perlu juga ditekan pedal minyak semasa panaskan enjin. 

10. Elakkan perjalanan di waktu puncak kerana kesesakan lalulintas boleh menyumbang kepada penggunaan minyak kereta yang banyak. 




Itulah serba sedikit antara senarai jenis kereta yang paling jimat minyak di Malaysia untuk tahun 2019 dan 2020. Harap-harap lepas ni akan ada lebih banyak kereta jimat minyak dengan design yang cantik dan selesa hendaknya. 

Senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia ini hanyalah sekadar cadangan saja. At least untuk yang sedang merancang nak beli kereta tu bolehlah tahu kereta mana satu yang tersenarai dalam list kereta yang paling jimat minyak kat Malaysia ni. 












Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.