Bapa Meninggal Dunia, Anak Lelaki 14 Tahun Imamkan Sendiri Solat Jenazah (Anak Arwah Bukan Calang-Calang Orang) | Inilah yang dikatakan sebagai anak soleh. Ini juga membuktikan yang usia bukannya menjadi ukuran dan setiap anak ini, kita boleh bentuk dari awal.

Buktinya, kala kebanyakan remaja lain sibuk dengan cabaran di Tik Tok, basikal lajak, lumba haram dan sebagainya tetapi kita patut berbangga kerana masih ada anak remaja kita yang terjaga adab mereka dalam menjadi seorang muslim yang baik.

Sebagai contoh anak kepada hamba Allah SWT ini, seorang lelaki yang telah maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim.

Apa yang menarik perhatian adalah 'harta' yang arwah punya yakni anak soleh beliau sendiri. 
Anak lelaki arwah, Mohd Danish, 14 tahun dengan tenang telah mengimamkan sendiri solat jenazah ayahnya sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. 




Difahamkan, Mohd Danish, kini sedang belajar di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai dan sudah menghafaz 13 juzuk Al-Quran. Nampaknya anak arwah bukan calang-calang orang, patutlah walau baru berusia 14 tahun sudah bisa mengimamkan sendiri solat jenazah arwah ayahnya dengan wajah yang tenang. 

Mohd Danish yang baru berusia 14 tahun ini merupakan anak ketiga dalam ahli keluarganya.
Dengan memiliki anak soleh begini, solat disembahyangkan oleh anak sendiri yang sememangnya amat kita kasih dan sayang. Anak soleh ini juga sangat berguna untuk mendoakan ibu ayahnya setelah tiada begini.
Betapa beruntungnya arwah kerana memiliki seorang anak yang soleh. Sesungguhnya daku berasa amat cemburu.

Dalam kejadian jam 7.20 malam Isnin, mangsa, pemandu lori terbabit yang bernama Abdul Rani Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya yang dikhabarkan adalah isteri arwah sendiri berusia sekitar 30-an cedera hanya mengalami cedera ringan. 
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.

Al-Fatihah untuk keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan semoga adik Mohd Danish akan terus berjaya di dalam pelajarannya. Aamiin.










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.