Cara Buat Duit Dengan Blog Adsense Hingga Dapat 10 USD Sehari | Kenapa Ramai Orang Nak Jadi Blogger dan YouTuber? Jawapannya utama, kerana nak Google bayar kita! Bagaimana Google boleh bayar kita?

Jawapannya adalah dengan tayangan iklan-iklan yang muncul dari masa ke semasa. Semakin ramai orang pergi ke sesebuah website , blog atau video YouTube tersebut maka semakin banyak income yang bakal di jana. Income ini dibayar oleh pihak Google dan jumlah penghasilannya adalah dalam bentuk USD.



Susah Tak Nak Jadi Blogger dan YouTuber?


Nak jadi blogger dan YouTuber tu tak susah. Daftar dan bina akaun kemudian start tulis dan up video. Itu saja! Tapi, nak dapatkan income tu yang susah sebenarnya.

Untuk dapat income dari Google yang disebut sebagai Adsense ini, setiap penulis blog dan pembuat video Youtube itu perlu iklankan, perkenalkan, war-warkan, hebohkan dan pelbagai tindakan yang lain demi untuk dapatkan banyak orang ke halamannya.

Inilah dia cabaran sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap blogger dan YouTuber yang punya impian untuk jana income dari rumah hingga berjaya di bayar oleh pihak Google Adsense.

Bagaimana Nak Dapatkan Trafik Yang Kencang?


Untuk YouTube daku kurang arif kerana daku lebih kepada blog buat masa ini. YouTube mungkin satu hari nanti akan terjun ke sana cuma buat masa ini fokus untuk blog dulu. Buat masa sekarang, tapak Youtube tu ada cuma belum mula untuk all out lagi.

Antara tips bagaimana untuk buat duit dengan blog Adsense ini adalah :

  • tulis artikel yang bermanfaat 
  • tulis artikel yang dirasakan ramai orang akan baca
  • tulis artikel dengan keywords dan SEO
  • share ke akaun media sosial yang dimiliki
  • rajinkan diri untuk blogwalking
  • submit URL ke search engine (laman pencarian)
  • tajuk artikel mesti sama gempak dengan kandungan isinya untuk tarik minat pembaca
  • rajin update blog dengan artikel baru selalu
  • guna template yang responsive dan fast loading
  • exchange link dengan rakan blogger yang lain secara suka sama suka



Mungkin ada yang akan berkata, balik-balik tips yang sama. Itu je ulang-ulang, takde tips lain ke?

Untuk pengetahuan, memang ini caranya dan cara-cara ini juga yang telah dipraktik bagi kejayaan banyak blog termasuklah blog Sis Hawa Dot Com ini sendiri. Jadi, bagaimana nak kongsi pelbagai cara yang lain kalau dah itu je cara yang paling berkesan untuk dipraktikkan.


[Baca Juga : Cara Nak Naikkan Trafic Blog ]

Pendapat Berdasarkan Pengalaman Selama Buat Duit Dengan Blog

  • sangat mencabar pada permulaannya hingga pernah rasa nak give up!
  • perlu fokus untuk memberi konten yang baik dan berguna pada orang lain
  • wajib menulis blog dengan isi yang berfaedah jika nakkan ramai pembaca
  • harus letak kod iklan pada bahagian yang sesuai bergantung pada design halaman masing2
  • bayaran yang dibuat sangat cepat dan pantas setelah berjaya mencapai tahap pengeluaran
  • hendaklah konsisten dalam update blog 

Sama seperti blogger yang lain, daku juga dengan pelbagai cabaran susah payah semasa mula berblog dulu. Itu normal! 

Dan jika terus berusaha untuk menguasai dunia penulisan blog dengan betul mengikut peredaran semasa.. berusaha untuk ubah gaya penulisan bersama Keywords dan SEO, tidak mustahil dengan ribuan pengunjung setiap hari, ia akan dapat memperoleh nilai USD yang okay dari hari ke sehari.

Pendapatan blogger Malaysia ni tak sama. Blogger seperti daku yang hanya fokus menulis dengan niat untuk memberi info ini dapatlah income lebih kurang 5USD hingga 15USD sehari. 

Walaubagaimanapun, nak dapatkan income pada tahap ni bukanlah satu kerja yang sangat mudah. Banyak masa dan tenaga dah dicurahkan ke atas blog ini.


Cara Mudah Nak Dapatkan USD 100 Pertama


Antara kaedah bagaimana untuk dapatkan USD 100 pertama dengan Adsense untuk urusan withdraw (pengeluaran) adalah dengan membina FB Pages dan share link blog ke group-group Facebook yang nampak okay. 

Janaan iklan dari google Adsense ni ada kaitan dengan trafik jadi income sehari demi sehari tu agak susah untuk kita ramalkan. Ada masa banyak dan ada masa sikit. Sebab itu ada yang dapat kumpulkan jumlah income lebih dari 100 USD dengan cepat dan ada yang tidak. 

Jadi nasihat ikhlas yang boleh di beri, fokus untuk update blog dengan artikel yang bermanfaat dan biarkan saja Google Adsense dengan kerjanya. Tak perlu terlalu bersedih dan bersusah hati. Fokus untuk buat yang terbaik demi menjana income USD dengan menulis artikel yang bagus-bagus adalah lebih baik. 


Pilih Kaedah Wire Transfer Untuk Pembayaran


Dalam banyak-banyak cara daku menggunakan kaedah pembayaran secara terus ke akaun bank (wire transfer) sebagai kaedah pembayaran. Cara ini sangat senang! Tak payah nak buat apa-apa cukup masa pihak Google akan uruskan hingga ke proses masukkan income hasil pendapatan ke akaun bank. Nanti tunggu gi cucuk kat ATM je. 

Takde urusan nak kena isi borang, nak kena pergi change ikut nilai pertukaran wang semasa, tak payah nak buang masa ke sana sini.. sangat mudah dan senang! 




Itulah serba sedikit kaedah untuk naikkan income USD Adsense melalui blog. Selain daripada Google Adsense, ada satu lagi platfrom iklan yang dikenali sebagai Innity. 

Tak kisahlah, platform apa yang nak digunakan bagi buat duit dengan blog ini, yang penting hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah pihak Google tetapkan dari masa ke semasa demi untuk menaikkan income USD setiap hari. 

Jom kita terus berusaha sama-sama..... 











Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.