Tips Elak Dan Cara Hilangkan Kesan Gatal Gigitan Pacat | Pernah kena gigit pacat tak? Memang geli bila lihat pacat ataupun lintah kan tapi apakan daya. Kalau pergi ke kawasan semak sikit mulalah pacat ni naik dan gigit sana sini. Daku sendiri pernah kena gigit pacat! Walaupun kecik tapi kesan akibat gigitan pacat ni memang sangat gatal dan cukup susah nak hilang dengan cepat! Geram betoi.

Kalau nak tahu, kesan kesan gigitan pacat di kaki ni akan terus berasa gatal-gatal walaupun dah lebih seminggu kena gigit. Ada juga kes di mana dah sebulan tapi masih terasa gatal di tempat kena gigit pacat tu. Letak ubat itu ini, letak juga minyak gamat tapi tetap dok ada rasa gatal walaupun nampak luka tu dah tertutup baik.




Jenis Dan Habitat Pacat 


Pacat sering menjadi musuh utama pada mereka yang suka jungle tracking dan hiking panjat bukit. Jangan ingat pacat ni hanya ada pada kawasan semak yang biasa je bahkan di bukit-bukit pun ada sekali. Pacat in English dikenali sebagai leech a bloodsucker dan lintah juga dipanggil dengan nama yang sama.

Pacat ni ada 2 jenis iaitu pacat daun dan juga pacat hutan. Kedua-duanya meninggalkan bekas gigitan dengan rasa gatal yang amat sangat! Pacat biasanya hidup di tempat yang lembab seperti di hutan hujan tropika. Habitat pacat ini pada daun-daun dan paling suka keluar tatkala pada waktu selepas hujan. 



Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi ruang rongga badannya. Setelah betul-betul penuh ia akan tergolek jatuh sendiri dan kesan gigitan yang digigit dengan kuat itu tadi akan terus berbekas, berdarah dan gatal dalam jangka waktu yang agak lama. 

Cara Elak Pacat Masa Jungle Tracking dan Hiking


Cara yang paling penting untuk elak pacat terutama masa jungle tracking dan hiking adalah pada cara berpakaian. Antaranya adalah :

1. Pakai kasut yang bertutup sepenuhnya. Jangan pakai sandal ataupun kasut yang separa tutup.

2. Guna stokin anti pacat seperti gambar di bawah ini. Jika tak suka pakai stokin anti pacat boleh pakai stokin cotton yang tebal, masih baru dan panjang.



3. Pakai seluar yang panjang. Masukkan kaki hujung tight ke dalam stokin sepenuhnya. Pacat tidak boleh memanjat naik ke cara pemakaian yang begini. 

4. Beli sabun cap 666 atau 999 yang berwarna hijau dari kedai lama atau kedai mamak. Lumurkan sabun hijau ini di kasut dan kaki seluar. Ianya dapat mengurangkan pacat dari naik ke kaki. 

5. Dikatakan juga, perbuatan rendam stokin ke dalam air tembaukau sebelum ekspedisi yang dijemur hingga kering boleh mengurangkan juga kemunculan pacat di kaki sendiri. 

6. Elakkan berada di tempat ke-3 dan sterusnya ketika lakukan aktiviti jungle tracking. Ini dikatakan ada kaitan dengan pacat yang hanya akan berjaya singgah pada insan ke-3 dan seterusnya. Maka seeloknya jarakkan sedikit dari orang depan semasa sedang berjalan di trail hutan. 

7. Jalan dengan pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki.

8. Jangan berjalan di dalam semak ataupun di trail yang lebih berdaun. Jika ada pilihan, pilih jalan trail yang kurang berdaun bagi mengelakkan diri dari terkena gigitan pacat yang tak henti menyerang.

9. Jangan merendam anggota badan di dalam lumpur, paya dan sebagainya terlalu lama.

10. Sentiasa berwaspada dan memeriksa tubuh badan terutamanya pada bahagian kaki jika berada di kawasan lembap dan basah.


Rawatan Awal



Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang disekeliling. Sebarang risiko dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :
  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  •  Pastikan sebarang petua yang digunakan untuk menanggalkan lintah dan pacat hendaklah bebas daripada sebarang pencemaran dan kekotoran.
  • Cuci luka dengan air yang bersih jika ada.
  • Tekan menggunakan kain bersih pada lokasi luka supaya darah tidak keluar.
  • Jangan garu pada lokasi gigitan.
  • Tuamkan dengan air di bahagian yang terasa gatal kerana ia juga boleh mengurangkan bengkak.
  • Jika diserang lintah dan pacat yang banyak, dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.
  • Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
    1. Ubat penahan sakit, gatal dan antibiotik (jika perlu).
    2. Krim pelembap juga akan diberikan untuk disapu di bahagian yang gatal bagi mengurangkan kegatalan.

Cara Hilangkan Kesan Gatal Gigitan Pacat 


Mengikut petua, jika digigit pacat, jangan segera di cabut sebaliknya biarkan ia kenyang dan tertanggal sendiri. Dikatakan, jika terus dicabut maka giginya tu akan tertanggal dan masih melekat di kulit. Itulah yang menyebabkan rasa gatal. 

Selepas pacat tertanggal, pastikan kawasan kesan luka itu dibersihkan. Pacat ini tidak berbisa cuma kesan gigitannya tu memang akan rasa gatal dan tidak selesa.

Kesan gigitan pacat ini, walaupun pada luarnya sudah kering dan seakan sudah sembuh namun masih akan rasa gatal dan jika digaru luka itu akan kembali berdarah semula. Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan dan kedua-duanya akan memberi rasa gatal selepas digigit.


#1 - Tuamkan Dengan Ais

#2 - Spray Anti Pacat

#3 - Minyak Cap Kapak

#4 - Tuamkan Dengan Ais

#5 - Gunakan Lotion Cetaphil Baby

#6 - Guna ubat penahan sakit, gatal dan antibiotik





Bolehkah Pacat Masuk Ke Dalam Tubuh?


Ya! Boleh!

Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi kantung tubuhnya. Namun, keadaan yang lebih membimbangkan sekiranya lintah dan pacat memasuki rongga tubuh termasuklah melalui bahagian kemaluan serta dubur.

Kena Gigit Gatal? Jangan Panik!


Itulah lebih kurang info mengenai pacat dan cara untuk hilangkan kesan gatal gigitan pacat. Jika suka aktiviti jungle tracking, hiking dan sebagainya. Pastikan setiap tips atas di ikut sebagai langkah awal untuk mengelakkan pacat dan lintah.

Kesan gigitan pacat dan lintah ini pula hendaklah di jaga dengan betul kerana kesan gigitan ini bukan saja boleh mendatangkan rasa gatal akan tetapi boleh juga memberi kesan alergik pada sesetengah individu. 

Malah kesan parut luka gigitan pacat dan lintah ini bukan hanya menyebabkan kegatalan tetapi juga jangkitan kuman. Oleh itu ubat antihistamine second generation selalunya tidak berkesan dan jika masih lagi gatal, boleh tuamkan dengan ais. Moga bermanfaat. 


sumber : Gerbang Gunung dan MyHealth








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.