Cara Mudah Masak Roti Puri Sedap Guna Tepung Gandum | Roti puri. Kali pertama daku makan roti puri ni kakak ipar yang buatkan. Masa tu tak sangka juga yang roti puri sedap ni boleh di buat dengan mudah kat rumah. Bahan utama hanya tepung gandum je pun.

Puri bermaksud roti dalam bahasa Georgia dan Roti puri juga dikenali sebagai roti arab. Orang India antara yang sangat suka makan roti puri. Ianya boleh dinikmati dengan apa jua hidangan seperti kari, masak merah, sambal, kuah dal dan macam-macam lagi. Kalau potong dan nak sumbat dengan apa-apa bahan lain pun boleh. Sekali tengok dah macam poket doreamon pun ada bila di belah dua.

Resepi roti puri turut dikenali sebagai roti belon dan sangat seuai untuk dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi dan minum petang. Ohya! Resepi roti puri ni ada dua versi sebenarnya, satu yang tanpa yis dan satu lagi yang menggunakan yis. Tak kisah resepi yang mana kerana dua-duanya memang mudah nak buat.


Kat sini akan dikongsikan cara mudah masak Roti Puri homemade yang sedap untuk keluarga. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Kejap je dah boleh ready. Elok sangat kalau nak buat untuk menu petang saat suami balik dari kerja nanti. 

Bila lihat roti puri ni , aduh terus rasa laparlah pulak! Roti puri oh roti puri. Siapa yang tak sukakan roti puri ni kan? Teksturnya yang rangup diluar, lembut di dalam, dicicah pula dengan pelbagai jenis hidangan, pasti dapat menarik minat siapapun. Setakat makan sebiji memang tak cukup punya.


Resepi Roti Puri Dengan Yis Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN :

4 cawan tepung gandum
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
2 sudu makan yis mauripan
2 sudu teh garam
1 cawan air panas

CARA UNTUK MEMBUATNYA :

#1 - Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, garam dan yis dalam satu bekas yang agak besar. Gaul sebati semuanya hingga menjadi seakan berderai.

#2 - Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan semuanya hingga menjadi adunan doh yang tidak melekat di tangan. Jika agak keras, tambahkan sedikit air lagi dan jika agak lembik boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.

#3 - Bentukkan doh menjadi adunan kecil seperti bola pingpong kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup dan biarkan selama lebih kurang 20 ke 30 minit.

#4 - Ambil doh dan canai nipis semuanya hingga habis.




#5 - Panaskan minyak di dalam kuali guna api yang sederhana. Masukkan sekeping doh dan simbah-simbahkan minyak di dalam kuali ke atasnya. Jangan masak banyak doh serentak takut nanti tak menjadi kembung macam yang diharapkan.

#6 - Bila roti dah menjadi kekuningan, bolehlah di angkat untuk dihidangkan. Ulangi proses memasak sehingga habis semua doh yang ada.


Okay, selamat mencuba....


Credits resepi : Puan Rosmini Rozi









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.