Cara Tutup (Padam) Akaun Facebook Secara Sementara Dan Kekal | Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada akaun Facebook. Kecil besar tua muda, masing-masing nak ada akaun Facebook personal sendiri. Manakala bagi mereka yang berniaga pula suka untuk ada FB pages masing-masing untuk berniaga secara atas talian. Tapi bagaimana jika tiba-tiba dirasakan untuk tutup akaun facebook tersebut?

Untuk pengetahuan, memang ada cara untuk delete akaun facebook personal dan FB Pages secara sementara dan kekal. Ada juga cara untuk menyahaktifkan akaun facebook buat sementara waktu. Manalah tahu, tiba-tiba rasa nak relaks sekejap dari berada di dunia media sosial. 



Bagi yang memang terasa nak padam terus pun boleh. Itu adalah kehendak masing-masing. Apapun cara nak cara padam akaun facebook untuk personal dan pages ni tak susah manapun sebenarnya. 

Pihak Facebook sendiri dah sediakan kaedah untuk delete untuk digunakan. Dengan cara ini kita boleh menutup akaun facebook dengan senang.

Begitu juga jika kebetulan, ada waris yang ingin delete akaun facebook untuk mana-mana ahli keluarga yang sudah meninggal. 

Cara untuk delete akaun facebook untuk sesiapa yang dah meninggal dunia juga boleh. Lagipula, selalunya akaun facebook ini memang auto login di dalam handphone jadi hanya tinggal follow cara untuk delete saja akaun facebook arwah tu. 

Tak tunggu lama, mari kita sama-sama tengok cara bagaimana untuk tutup akaun Facebook



Cara Padam Akaun Facebook Personal dan Pages Secara Sementara / Kekal

Inilah dia langkah-langkah cara hapuskan facebook lama sama ada akaun facebook personal ataupun FB pages (halaman). 

#1 - Cara Delete Akaun Facebook Personal



1. Tekan pada icon 3 titik di bahagian atas sebelah kanan

2. Scroll ke bawah dan klik pada bahagian Setting & Privacy

3. Sekarang klik bahagian Setting

4. Scroll ke bawah hingga jumpa Account Ownership & Control 

5. Kemudian klik pada bahagian Deactivation & Deletion

6. Akhir sekali kalian boleh pilih sama ada nak delete Sementara (Temporary) ataupun Kekal (Permanently). Jika nak sementara pilih DEACTIVATE ACCOUNT dan jika nak delete terus secara kjekal pilih DELETE ACCOUNT.


#2 - Cara Delete Akaun Facebook Pages 


1. Pergi ke bahagian Edit Pages


2. Klik pada bahagian Setting

3. Klik pada General

4. Scroll ke bawah hingga jumpa bahagian Remove Page. Di bawahnya ada perkataan DELETE (nama pages), klik pada bahagian Delete ini.

5. Untuk FB Pages di beri masa 14 hari. Jika dalam masa 14 hari ini bertukar fikiran tak jadi delete, masih boleh restore tapi jika nak delete terus maka biarkan saja untuk ia delete selamanya.

6. Pada bahagian ini juga ada setting untuk Publish dan Unpublish. Mana tahu jika tak nak orang lain nampak pages tapi masih rasa sayang untuk di padam secara kekal selamanya.


Itulah dia cara bagaimana nak tutup akaun facebook sementara dan juga kekal. Cara padam akaun facebook secara kekal dan sementara ni mudah je sebenarnya dan boleh ikut juga video tutorial di atas untuk memudahkan lagi ikut cara hapuskan facebook lama yang ingin didelete.

Lepas ni kalau rasa akaun facebook tersebut kurang beri manfaat hingga boleh bikin stress atas apa-apa sebab, boleh delete je terus kalau mahu. Jika sebelum ni hanya tahu cara untuk buka akaun facebook kini dah boleh tahu cara untuk nak padam atau delete akaun facebook pula.

Semoga artikel cara delete account facebook lama secara sementara dan kekal ini dapat beri sedikir sebanyak manfaat pada sesiapa saja yang memerlukannya.









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.