Puding Lapis Layer Sedap dan Mudah, Hanya Guna 3 Bahan | Mungkin ramai yang cakap, lecehnya nak masak! Payah kot! Nak beli bahan lagi.. nak prepair semua bahan tu.. nak tengok sukatan. Nak masak. Tapi tak semua resepi tu susah sebenarnya. Sebagai contoh Puding Lapis Layer ni, hey hanya perlu 3 bahan saja dah boleh buat. =D

Bahan-Bahannya :
24 keping biskut krim kraker
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat

Cara Nak Buat :
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang
2.Toskan
3.Masukkan semua bahan dalam blender
4.Blender halus
5. Bahagikan 3 warna (terpulang nak guna warna apa)
6. Tuang warna pertama.. kukus 5 minit..



7. Lapiskan lagi sampai habis..
8.Yang last kukus lagi 10 minit
Itu je caranya... lepas tu bolehlah disejukkan untuk di ngap! Amacam? Mudah kan? Jadi pada sesiapa yang terasa memasak ni agak leceh maka bolehlah di cuba resepi-resepi yang simple begini. Gerenti, suami sendiri pun tak sangka yang si isterinya ni bijak memasak hanya dengan gunakan resepi yang simple-simple begini. Apa tunggu lagi, jom kita makan puding! =D 

sumber : Sirap Limau 







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.