Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rayhan : Pakej Haji Felda Travel Yang Mementingkan Keselesaan Jemaah

Rayhan : Pakej Haji Felda Travel Yang Mementingkan Keselesaan Jemaah  | RAYHAN, kali pertama mendengar nama ni, terus terdetik... ini nama orang ke? Bila diteruskan pembacaan, rupanya Rayhan merupakan nama sebuah pakej mengerjakan haji di Tanah Suci yang dikendalikan oleh pihak Felda Travel.

Untuk pengetahuan, Felda Travel Sdn Bhd adalah ejen pelancongan korporat yang menawarkan beberapa pilihan pakej untuk ibadah haji dan umrah. Salah satu daripadanya adalah pakej haji Rayhan yang sangat bersesuaian dengan bajet. 

Felda Travel yang dinaungi oleh FGV Holdings Berhad dan mempunyai 14 tahun pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah dari Malaysia. 



Perkara Yang Perlu Di Beri Perhatian Untuk Tunaikan Haji

Sebelum ke Tanah Suci untuk tunaikan ibadah haji, setiap bakal jemaah haji perlu membuat persediaan dan persiapan. Bukan setakat persiapan dari segi mental dan fizikal tetapi juga pemilihan pakej haji yang betul dan selesa. 

Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah : 

  • keadaan hotel tempat kediaman yang selesa
  • jarak antara hotel dengan Masjidil Haram 
  • makanan yang mudah dan berbaloi
  • pembimbing haji yang sentiasa dapat membantu
  • kebajikan yang sentiasa di jaga dan lain-lain lagi


10 Kelebihan Utama Pada Pakej Haji Rayhan FELDA Travel 

Berdasarkan penelitian dan pengalaman yang telah di bina selama ini, maka pihak Felda Travel telah menyediakan pakej haji dengan mengambil kira pelbagai aspek yang di atas. Ini bagi memastikan semua bakal jemaah akan berasa seronok dan tenang dalam mengerjakan ibadah haji masing-masing.

Terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan melalui Pakej Haji Rayhan ini, dan antara kelebihan tersebut adalah :

#1 - Lokasi Hotel Sangat Dekat Dengan Masjidil Haram


Bayangkan, hanya 250m saja dari hotel ke Masjidil Haram. Tak perlu jalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut. Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.


#2 - Tiada Transit Hotel di Aziziah


Jemaah akan terus masuk ke hotel di Mekah. Ini bermakna para jemaah tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, mudahlah untuk berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat jika pergi dengan pakej ini.




#3 - Ada Ustazah Pembimbing Haji


Seorang Ustazah khas akan turut di bawa bagi membantu menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan, tapi pihak Felda Travel akan membawanya sebagai salah satu usaha untuk memberikan servis yang terbaik.


#4 - Menu Makanan Dengan Citarasa Melayu


Menu makanan dalam bentuk buffet akan disediakan oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari para jemaah berada di Mekah. Memang kena dengan tekak rakyat Malaysia. Senang kan? Tak perlu risau nak cari makanan lagi.



#5 - Saiz Kumpulan Yang Lebih Kecil 


Saiz jemaah dilimitkan. Ini bagi menambahkan mutu kualiti perkhidmatan dengan layanan yang lebih istimewa pada setiap jemaah haji yang ada.


#6 - Percuma Qurban 


Pihak Felda Travel turut memberikan Qurban percuma yakni seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih awal. 


#7- Hari Tarwiyah


Tak semua agensi menyediakan servis ini disebabkan oleh tambahan kos, tetapi pihak melalui pakej haji Rayhan, para jemaah akan di bawa untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, seperti sunnah Nabi Muhammad SAW. 




#8 - Agensi Berlesen Dan Berpengalaman


Alhamdulillah ini tahun ke 14 kami diberi lesen oleh Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang cukup berpengalaman. 


#9 - Sebelas Hadiah Percuma Turut Disediakan 


Kami beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun Islam ke 5 ini. 

#10 - Pembimbing Haji Yang Berpengalaman


Felda Travel akan turut membawa 2 orang ustaz dan seorang ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah. Semoga kehadiran ustaz dan ustazah ini dapat membantu para jemaah untuk mendapatkan haji yang mabrur. InshaAllah.


Promosi Istimewa Menarik Turut Disediakan


Promosi istimewa untuk bakal jemaah yang mendaftar pakej haji Rayhan sebelum 25 Mac 2020 turut disediakan. Sudahlah menawarkan pelbagai kelebihan untuk para jemaah haji yang berdaftar melalui pakej haji Rayhan ini, ditambah pula dengan pelbagai promosi lain yang menarik.

Kepada jemaah haji yang ada perancangan untuk ke Tanah Suci, bolehlah berdaftar dengan Pakej Rayhan Felda Travel. Nanti dapatlah nikmati 10 kelebihan melalui pakej haji Rayhan dari Felda Travel ini. 

Yang pasti, Pakej Rayhan adalah pakej ekonomi menarik dalam menawarkan pakej tunaikan ibadah Haji di Mekah! Jimat. Selesa. Agensi Bpengalaman. Hotel dekat. Ada kemudahan pembiayaan. Pembimbing Haji ustaz dan ustazah bertauliah. Khemah khas di Mina juga ada untuk semua jemaah yang berangkat ke Tanah Suci melalui pakej Rayhan ini.



Merancang Nak Tunaikan Haji Nanti? Boleh Cuba Pakej Haji Rayhan Felda Travel 


Pakej Haji 2020 dari Felda Travel telahpun ada. Sesiapa yang ada perancangan untuk tunaikan haji bolehlah pertimbangkan Pakej Rayhan dari Felda Travel ini. Tambahan pula, Pakej Haji Rayhan Felda Travel ini mesra warga emas.

Jika anak-anak nak hadiahkan pakej haji untuk ibu ayah memang molek sangat dengan pakej yang sebegini. Tak adalah mak ayah penat dan sakit lutut sebab perlu berjalan jauh antara hotel dan Masjidil Haram nanti. 

Untuk sebarang info lanjut berserta pertanyaan lain, boleh terus hubungi pihak Felda Travel melalui detail di bawah ini. 


Rayhan - Pakej Haji Felda Travel 
[ Ada Promo Sah Sehingga 25 Mac 2020 ]

Telefon : Pn. Shidah +60192010843 , Tn Hj Rizal +60192637028


1 comment for "Rayhan : Pakej Haji Felda Travel Yang Mementingkan Keselesaan Jemaah"

  1. Di Tanah Merah ni oun ada cawangan Felda Travel. Mudah nk gi daftar.

    ReplyDelete