Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Dan Cara Buat Murtabak Kulit Popia Yang Mudah & Sedap

Resepi Dan Cara Buat Murtabak Kulit Popia Yang Mudah & Sedap | Murtabak antara menu yang cukup aku suka bila tiba bulan puasa. Mutabak ni ada banyak jenis juga, antaranya murtabak maggi, murtabak mini, murtabak raja, murtabak sardin, murtabak telur dan sebagainya.

Paling best kalau letak sekali dengan cheese, pergh dah macam makan pizza tau! Antara jenis murtabak yang aku paling suka adalah murtabak ayam dan juga murtabak daging. 

Cuma nak buat murtabak ni dulu aku tak berani hinggalah bertemu dengan resepi murtabak kulit popia ni. Tak sangka, mudah je rupanya!


Bahan yang digunaka untuk buat murtabak ni pun lebih kurang sama je. Cuma kalau nak buat resepi murtabak maggi maka boleh letak sekali dengan maggi, jika nak buat resepi murtabak popia cheese ke maka letak cheese. 

Yang penting jika tak pandai nak buat kulit roti canai macam kat kedai tu untuk murtabak, maka boleh gunakan tips buat murtabak dengan guna kulit popia macam yang dikongsikan kat sini.

Almaklumlah, nak sediakan bahan kulit murtabak dengan doh roti canai tu memang agak rumit sikit. Resepi doh ni kalau tak pandai buat boleh punah terus! 

Tak pasal rugi je bahan yang dibeli. Sebab tu kalau belum pandai nak buat doh kulit murtabak sendiri yang ala-ala macam kulit roti canai tu maka bolehlah pakai kulit popia macam yang dikongsikan ni. 

Murtabak ini boleh di buat banyak lapisan juga. Pada pendapat aku ni, kalau murtabak banyak-banyak lapis sampai jadi saiz yang agak besar ni di buat dengan menggunakan resepi murtabak raja. Sebab resepi mutrabak raja tu memang berlapis-lapis dan besar pun!

Bahan Dan Cara Buat Resepi Murtabak Ayam Kulit Popia 


Resepi Murtabak Ayam Kulit Popia yang sedap ini aku dapat dari Puan Zaini Talib melalui facebook, credits untuk beliau dan apa tunggu lagi... jom kita cuba buat murtabak sendiri kat rumah. 

Resepi Inti


  • 250g isi ayam cincang atau daging cincang
  • Setengah paket kecil serbuk kari daging
  • 2 sudu serbuk kurma.. Dua jenis rempah ni boleh adjust ikut kesukaan 
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam gula
  • Bawang besar merah atau bawang holland dipotong dadu
  • Daun sup atau daun bawang.. *Optional
  • Kentang.. *Optional.. .. Potong dadu.. Boleh rebus dulu kalau nak cepat masak

Cara Untuk Buat Inti Murtabak


1. Tumbuk halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan rempah. Masak sehingga naik bau juga. Kemudian boleh masukkan sedikit air jika perlu supaya rempah tak hangit.

3. Kemudian masukkan ayam atau daging cincang.. Kacau sampai masak.

4. Masukkan bawang besar.. Lada sulah, lada hitam,garam dan gula.

5. Last sekali satukan dengan kentang yang direbus tadi, daun bawang daun sup.



Cara Masak Murtabak Ayam Kulit Popia


1. Inti dikacau dengan beberapa biji telur, agak-agak ya supaya tak cair sangat. Kacau sebati. 




2. Panaskan kuali. Masukkan sedikit butter atau minyak.


3. Sekarang letakkan sehelai kulit popia. 


4. Masukkan inti dan lipat pada setiap penjurunya hingga menjadi segi empat tepat. Boleh rujuk gambar di bawah step by step.




5. Masak sekejap dan balikkan. Terusk masak sehingga ianya nampak garing. Pastikan JANGAN guna api yang besar ye. 


6. Ulangi langkah di atas hingga habis semua inti yang ada.


Murtabak pekena dengan jeruk bawang makin umph! Dah betul-betul macam beli kat kedai ni. Okay untuk buat resepi bawang jeruk untuk di makan bersama murtabak, sila rujuk bahan dan cara untuk membuatnya seperti di bawah ini.

 

Resepi Jeruk Bawang Untuk Murtabak

  • Bawang merah
  • Cuka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna merah jika mahu
  • siap semua bahan dan gaul hingga sebati. 


Itulah dia resepi murtabak kulit popia. Sedap ni kalau dapat makan lagi-lagi untuk berbuka puasa. Tak payah nak membazir masa dan duit untuk beli dari pasar malam dan bazar Ramadhan lagi. 

Buat sendiri guna resepi murtabak homemade yang mudah dan sedap ni. Dapat makan sampai kenyang sepuas hati. Yang pasti,. resepi murtabak memang best! Aroma baunya tu aduhai buat perut terus rasa keroncong. Makan sorang sebiji pun rasa tak puas kalau macam ni. 

Resepi Murtabak Ayam Sedap dah dapat! Bolehlah bikin untuk suami dan anak-anak nanti.

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

3 comments for "Resepi Dan Cara Buat Murtabak Kulit Popia Yang Mudah & Sedap"

  1. menarik jugak nih kak, boleh untuk jadikan sarapan atau minum petang nih...

    ReplyDelete
  2. wah... cam best jugak ni sis.. boleh try nanti..

    ReplyDelete
  3. Simple and senang. Guna kulit popia je pun boleh jadi murtabak dah :) Pelbagaikan menu dari kulit popia. nice~

    ReplyDelete