Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Kek Moist Kukus Dan Bakar Yang Menyelerakan

10 Resepi Kek Moist Kukus Dan Bakar Yang Menyelerakan | Resepi kek coklat moist yang lembut, gebu, kurang manis dan mudah di kunyah merupakan kek yang menjadi idamanku. Malah idaman anak-anak juga. Memang dari dulu lebih suka kek coklat moist berbanding kek yang agak kering. Kerana ini juga daku lebih gemar dengan kek kukus berbanding dengan kek yang di bakar. 

Tak tahulah kenapa, memang dari dulu kek coklat moist kukus dirasakan paling sedap. Nasib baik jugalah ada banyak resepi yang sering dikongsikan oleh ramai orang. Bila google macam-macam versi resepi kek coklat moist yang ada. 




Tak hanya itu. resepi kek moist lain yang juga sedap turut dikongsikan sekali. Bila nampak semua resepi ni mulakan rasa tak sabar nak makan kek lagi. Hmmm bila suami cakap mula nampak gemuk bukan main nak merajuk tapi diri sendiri yang tak leh tahan nafsu makan. Haha.. 

Jom kita tengok antara resepi kek moist yang simple, mudah dan sedap untuk kita cuba di waktu lapang nanti. 


#1-Resepi Kek Coklat Moist NOXXA




Bahan-Bahan


Campuran 1 :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 0.5 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak ( minyak jagung lg ok)

Campuran 2 :
  • 3 biji telur dipukul sampai kembang.
  • 1 cawan tepung sendiri naik.

  • Utk topping ( coklat ganache ):
  • 2 sudu butter
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu serbuk koko 


Cara-Cara Memasak : 
Bahan2 campuran 1 dicairkan atas dapur. Jgn sampai mendidih. -


Sejuk campuran 1 dan kemudian masukkan campuran 2 dan kacau hingga sebati. -

Masukkan adunan tadi ke dalam periuk Noxxa.

Letakkan penutup dan setkan lubang wap kpd steam. - Setkan mode steam 15 minit. ON... -

Double boil hingga cair bahan-bahan untuk topping dan boleh disiram atau disapu ke atas kek coklat bila sudah masak.


Credit: Ros Ibrahim 



 #2-RESEPI KEK MABLE CHEESE 





Bahan - Bahan :
Bahan A :

185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~
( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)

Bahan B :
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara Membuat :
1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.

2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.

3. Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.

4. Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble.

5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).


Credit: Petua & Resepi








#3-KEK RED VELVET MOIST





Bahan-bahan :

• *2 cawan tepung kek/superfine
• *2 sudu besar serbuk koko
• *1 sudu kecil baking powder
• *1 sudu kecil soda bicarbonat
• *1 sudu kecil garam
• 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
• 1 cawan gula halus
• 1 sudu besar pewarna merah
• 1 cawan minyak masak
• 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
• 2 biji telur A
• esen vanila
Topping :
• 250g cream cheese @ satu ketul
• 1/2 cawan whipping cream
• 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
• 1 sudu besar jus perahan lemon


Cara-cara :

• Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.


• Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.


• Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.


• Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.


• Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Credit: Resepi Mudah Kek Dan Pastri



#4-Kek Kukus Pink Ombre 





Bahan-Bahan Yg Diperlukan:



  • 4 biji telur
  • 200gm gula halus
  • 1 sudu teh ovellete
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100ml santan
  • 100ml minyak masak/butter yg telah dicairkan
  • Esen vanila
  • Perisa dan pewarna

Cara Penyediaan:

1) Ayak tepung bersama baking powder. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.

2) Masukkan tepung, mix sebati. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.

3) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian di biarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan letak perisa yg disukai.

4) Garis loyang saiz 7. Kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15minit. Kemudian tuangkan adunan yg kedua. Kukus selama 10-15minit. Akhir sekali tuang adunan yg ke3, kukus selama 20-25minit.

p/s: Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana


Credit: Tepung Kek Coklat Moist





#5-Kek Oren Sunquick





 bahan2



  • Marjerin ~ 1 cawan
  • Gula kastor ~ 1 cawan
  • Telur ~ 5 biji
  • Pati oren sunquick ~ 6 camca besar - lg byk oren, lagi sedap!
  • Susu cair ~ Suku cawan
  • Tepung gandum ~ 2 cawan
  • Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar
  • Esen Vanila ~ 1 sudu teh
Cara nak buat dia :
1- Pukul marjerin dengan gula sampai kembang & jadi putih.
2- Masuk teloq sebijk sebijik sambey pukoi.
3- Buh pati oren dgn susu, kacau lagi.
4- Last, tuang tepung, kena ayak dulu dgn baking powder.
5- Sapukan loyang dengan marjerin. loyang 8" sesuai sangat dengan adunan ni.
6 ~ bakar suhu 150c selama 50 minit.


Credit: Ketuk-Ketuk Ramadan




#6-Kek Coklat Dua Benua



Bahan-Bahan:
- Untuk kek coklat , korang boleh scroll bawah cari resepi KEK COKLAT MOIST. Haaa korang boleh guna resepi kek tu dgn kaedah yg sama. Cuma bezanya TOPPING shj okay.

TOPPING CREAM CHEESE:
- 500 gm cream cheese tatura (suhu bilik)
- 1/2 cawan susu pekat manis (ikut tekak memasing ok)
- 1/4 cawan susu cair/susu segar
- 1 cawan whipping cream anchor

Blendkan semua ni dlm blender sampai sebati dn takda ketul ketul cheese. Jgn lama sgt takut tekstur whipping tu akn cair. Paling paling tk sampai 4min gitu.

TOPPING COKLAT GANACHE:
- 250 gm choc masakan
- 250 ml whipping cream
- 1 sdb planta

Double boil kan semuanya.

- Okay. Kek dah sejuk , coklat ganache pun dh sejuk, korang dh boleh topping kek. Caranya, sebelah letak cream cheese and sebelah lg tuang coklat ganache. Resepi cream cheese tu memang akn buatkan cheese tu pekat. Takpe, sebab nanti kalau korang buat cair cheese tu, nanti tk boleh nk tuang pula coklat ganache sebab cheese tu melimpah sgt. Okay faham? Goodluck ! 


Credit: Nur Syuhada



#7-Resepi Kek Coklat Moist Lapis Cheese





Bahan Untuk Kek Coklat :80 gm serbuk koko
140 gm gula kastor
250 gm mentega
200 gm susu segar
120 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
40 gm horlicks
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur (gred A)

Bahan Untuk Lapisan Cheese :250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur (gred A)
30 gm tepung gandum/superfine

Caranya :
Terlebih dahulu panaskan kukusan.

Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.

Cara untuk cheese :

Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata.
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu.
Bahaikan kepada 2 bahagian.

Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.

Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja



Credit: Resepi Ibu



#8-Resepi Super Moist Eggless Chocolate Cake









Bahan-bahan : 
  • loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara penyediaan:
panaskan oven pada suhu 160C. sediakan loyang kek. griskan dengan mentega. jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.


ayakkan tepung bersama baking powder , soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar , masukkan susu tepung , garam dan gula perang , kemudian di kacau rata-rata.


masukkan air sejuk , minyak masak , esen vanila dan coffe emulco/coklat emulco , kacau perlahan-lahan dengan whisk , pastikan adunan tidak berketul.


akhir sekali masukkan cuka dan jus lemon , terus di kacau serta merta sehingga sebati.


tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.


sejukkan kek setelah masak , boleh juga di hiaskan dengan topping kegemaran





Credit: Resepi Berbuka Puasa Untuk 30 Hari





#9-RESEPI KEK COKLAT MOIST BERKEJU



BAHAN-BAHAN


  • 2 cwn tepung serbaguna
  • 1 cawan serbuk koko (untuk hidangan family sy suka menggunakan serbuk koko Cadbury,Delfi,Hershe atau Van Houten kerana rasanya yang lazat)
  • 11/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cwn butter (115 gm) dilembutkan pada suhu bilik.
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur saiz besar
  • 11/2 sdt esen vanilla
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu sejat/full cream/segar + 2 sdb jus lemon)
  • 1 cwn air panas
  • Bahan-bahan untuk membuat frosting krim keju:
  • 250 gm keju - dibiarkan pada suhu bilik
  • 125 gm butter - dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 cwn gula aising
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit jus lemon

BAHAN UNTUK COKLAT GANACHE200ml double cream/whipping cream (lebih kurang sekotak yg kecil)
250gm chocolate cooking,dipotong dadu (sy suka brand van houten/colatta atau beryls)
secubit garam

CARA-CARA

1. Panaskan oven pada suhu 350'F/180'c
2. Kek yg telah dimasak disejukkan terlebih dahulu sebelum di belah dua dan disapukan dengan krim keju.Jika mempunyai loyang yg lebih kecil bole di bakar dlm 2 loyang jadi tidak perlu dibelah dua.Kemudian cantum semula kek tersebut dan curahkan coklat ganache agar menutupi seluruh permukaan kek. Hias pula dgn coklat curl atau hiasan yang anda gemari.

CARA MEMBUAT KRIM KEJU:

1. Putar krim keju dan butter sehingga sebati,kemudian letakkan gula aising,esen vanilla dan jus lemon.

2. Teruskan memutar hingga gebu.



CARA MEMBUAT COKLAT GANACHE:


1. Sapukan butter pada kertas pembakar dalam loyang kek (saya gunakan loyang bulat 9 x 13 inchi)


2. Ayak tepung bersama-sama baking soda,serbuk koko dan garam.Ketepikan.


3. Menggunakan mixer high speed,putar butter dan gula hingga sebati dan kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu, putar lagi hingga semua bahan sebati.


4. Turunkan mixer pada level rendah, masukkan bahan-bahan kering berselang-seli dgn bahan cecair, kacau hingga sebati dan tiada ketulan.


5. Bakar selama 45-60 minit.


6. Menggunakan kaedah double boiler, panaskan double/whipping cream hingga hampir mendidih.


7. Kemudian masukkan coklat masakan, dan garam. Kacau rata hingga sebati. Hiaskan kek dengan coklat ganache apabila coklat telah disejukkan


Credit: Viral The Viral



Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap 





Bahan-bahan :2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**

4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**

Cara penyediannya:


1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.


2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.


3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.


4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…


Credit: Raniya Ani



Selamat mencuba.... dan terima kasih banyak pada semua empunya resepi. 



p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 


5 comments for "10 Resepi Kek Moist Kukus Dan Bakar Yang Menyelerakan"

  1. Terima kasih..banyak lagi jenis kek yang bleh cuba buat ni...

    ReplyDelete
  2. hahaha, boleh tambah gemukssss ni ... dah lah rmo ni banyak pula sesi makan makan.

    ReplyDelete
  3. patut di coba nih...kali aj nambah melar hehe

    ReplyDelete