Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Resepi Kek Mudah & Sedap Masak Guna Periuk Nasi (Rice Cooker)

8 Resepi Kek Mudah & Sedap Masak Guna Periuk Nasi (Rice Cooker) | Boleh ke buat kek guna periuk nasi (rice cooker)? Jawapannya boleh! Mungkin ramai yang tak sangka periuk nasi biasapun mampu untuk membakar sebiji kek tapi itulah kenyataannya. Dengan bantuan rice cooker, tak ada oven pun takpe.. masih boleh membakar kek sendiri untuk dinikmati bersama famili.

Kat sini akan dikongsikan resepi dan cara buat kek tanpa oven yang ringkas dan mudah. Hanya menggunakan rice cooker saja, tak yah nak pening kepala. 




#1 - Kek Coklat Topping Ganache 



Bahan kek
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 90ml minyak bunga matahari
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 cawan air
Bahan topping coklat ganache
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2cwn susu pekat manis
  • 1 sb minyak


CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.
2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan minyak, ekstrak vanila, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah tadi dan kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega dalam rice cooker supaya tidak melekat. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Tekankan suis ‘cook’ itu semula apabila ia bertukar kepada ‘warm’.
5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
7. Sementara itu, anda boleh membuat topping coklat ganache. (Ini optional, kalau suka boleh buat). Caranya mudah. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil. Masukkan minyak dan gaulkan sekejap hingga agak sebati dan sesuai kelikatannya.
7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula aising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.
credits : Scha Sche (Fb MAHN)

#2 - Resepi Kek Minyak Versi Rice Cooker 

Kek Minyak versi rice cooker pun ada! Nampak sedap kan dengan warnanya begini. Resepi masakan kek minyak ni ringkas je sebenarnya. Guna rice cooker pun boleh bagi mengantikan oven.



Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sk vanila
1 sb b.powder
1 sb ovellate
1 cwn minyak
Pewarna ikut suka

Cara Membuatnya : 
1. Putar telur, gula dan ovellate hingga kembang.

2. Masukan susu pekat dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

3. Masukan minyak dan gaul sebati.

4. Bahagik kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan mana-mana warna pilihan yang ada. 

5. Sapu marjerin pada seluruh bahagian dalam periuk nasi. Ini supaya kek tidak melekat bila dah masak nanti.

6. Masukan adunan ke dalam periuk nasi seraca berselang seli sehingga habis semua warna. 

7. Masak sama seperti masak nasi biasa. Tekan butang 'cook' dan setelah butang itu naik, biarkan sekejap dalam masa 10 ke 15 minit kemudian tekan semula butang 'cook' sekali lagi. Ulangi proses ini hingga kek masak sepenuhnya. 

 Credits : FB Jun Din 

#3 - Kek Marble GebuGebas




Bahan-bahan :
250g Majerin Pelangi
200g Gula Castor nak manis tambah lagi
3biji telur GradA
1sk Esen Vanilla
1sk butter oil (X letak pun tak apa)
120g susu cair
250g Tepung Naik sendiri
Jika tepung biasa tambah
1sk soda bikarbonet
1sk baking powder

Cara-caranya :
1. Pukul marjerin, gula, dan ovalette sampai putih dan kembang.

2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla, butter oil dan susu cair. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer.

3. Masukkan tepung Naik sendiri. Kaup balikkan hingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat.

5.Tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka).

6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.

7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba

Credits : FB Mazana Mohamed 


#4 - Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Ini pula resipi untuk Kek Gula Hangus yang sangat mudah dan sedap walaupun tak dibakar menggunakan ketuhar. Berbaloi dicuba sebab bahannya simple saja dan boleh masak guna rice cooker biasa kat rumah tu.


Bahan-bahan : 
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125 gm butter
4 bj telur ayam gred B
Setengah tin susu pekat
1 camca besar baking soda ( wajib )
I unit rice cooker

Cara-caranya : 
1- Panas gula api sederhana sehingga hangus ( tp bkn hangit ya ) .

2 - Bila nampak keperangan.. tuangkan air panas td sikit demi sikit.. sampai habis.. then perlahankan api sampai gula hangus td dan air sebati. Kemudian masukkan butter..kacau. biarkan seketika.

3- Masukkan 4 bj telur ke dlm mangkuk.. kacau sebati dengan susu pekat. ( kacau utk sebatikan aja ).

4- Masukkan tepung dan baking soda.. kacau sebati.

5- Kemudian tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam2 ) ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.

6- Gris kan rice cooker.. kemudian tuang adunan ke dalam , tudungkan dan tekan button memasak.

7- Kek akan masak sendirinya slps button masak dah tendang naik. Boleh juga utk gunakan pisau utk cucuk samada sudah masak atau blm. Jika perlu tambah masa..tekan kembali button masak tadi.

*** tips - tuangkan air gula ketika masih suam-suama supaya baking soda lebih cepat bertindak. Dengan cara ini tak perlu lagi nak biarkan atau peram. Boleh terus masukkan dalam rice cooker untuk di masak.

Credits : FB Zaini Talib

#5 - Mug Chocolate Cake 


Credits : FB Cik Dadida 


Bahan-bahan : 
3 sudu besar tepung Naik sendiri ( blue key )
2 sudu besar serbuk Koko
2 sudu besar gula
secubit garam
1/4 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar susu full-cream
1/4 sudu esen vanilla

Cara Membuatnya : 
1- Panaskan periuk nasi dengan air 1 1/2 cawan

2- campur semua bahan kering tepung, gula, baking powder, garam dan serbuk koko gaul sebati

3- masukkan bahan basah minyak , susu dan esen vanilla kacau sebati

4- cover mug dengan aluminium foil kemudian masukkan kedalam periuk nasi masak mug kek dalam 10-15 minit

5- cucuk kek dengan pisau sekiranya pisau keluar bersih tandanya kek dah masak

* kalau suka boleh tambah coklat chip dalam kek ni
* kalau pakai tepung gandum biasa lebihkan sukatan baking powder
* tak Sama macam moist coklat cake tapi rasa lebih kepada chocolate muffin ataupun brownie

#6 - Kek Jagung 



Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum dan 1sdt baking powder - di ayak
1 cawan minyak
3/4 cawan gula (boleh tambah jika suka lebih manis)
telur 3 biji ( gred c )
1 sdt ovelet
1 sdt esen vanila
1/2 cawan jagung fresh di sagat
2 sdb jagung fresh di hiris kasar
garam secubit / secukup rasa


Cara Membuatnya :
1. pukul telur dan gula sehingga bertukar warna pucat (guna electric whisk)
2. masuk minyak ovelet esen vanila-pukul sebati
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
4. Masuk jagung sagat dan hiris - kacau guna senduk kaup balik sehingga sebati

5. Periuk di sapu marjerin / butter dan dibedakkan dengan sedikit tepung supaya tidak melekat. 

6. Masak kek guna rice cooker ni sama saja macam masak nasi. Tekan suis dan bila butang dah naik tekan lagi suis 'cook' hingga kek betul-betul masak. 

Kredit Resepi : Etty Nour via Mahn

#7 - KEK COKLAT MASAK GUNA RICE COOKER


Kek coklat pun boleh masak guna rice cooker, InshaAllah menjadi. Yang penting kena ingat untuk sapukan marjerin pada periuk nasi sebelum letak adunan kek tu dalam periuk nasi. Kalau tidak, tak pasal susah pula time nak membasuh rice cooker tu nanti =D


Bahan-Bahan Kek Coklat (Menggunakan sukatan cawan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat :
1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

2. Pukul telur hingga kembang (guna garfu juga boleh). Kemudian masukkan campuran yang telah di masak tadi ke dalam adunan telur. Tunggu sekejap hingga sejuk atau sedikit suam.

3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur secara sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati hingga tidak berketul-ketul.

5., Sapukan marjerin pada bekas supaya kek tidak melekat saat dikeluarkan.


6. Didihkan air dlm rice cooker dan masukka ke dalam pengukus. Tutup dan Biarkan selama 30-45 minit.

Credits : FB Seera Maheeran & Maziah Zulkiplie

#8 - Kek Pisang 


Credits : FB Resepi Masakan

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu teh bking powder
1/2 sudu teh bking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan pisang masak yang sudah siap diramas
1/3 cawan butter ( pastikan butter betul-betul lembut)
1/4 cawan susu
1 biji telur
minyak masak


Cara-caranya:

1. Campurkan tepung, gula, baking power, baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Adun menggunakan pengadun sehingga bahan-bahan sebati.

2. Campurkan pisang, butter, susu dan telur. Adun sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berkrim. Jika menggunakan mixer elektrik, gunakan low setting.

3. Campurkan buah-buahan kering atau pun kacang, jika mahu.

4. Gunakan berus ataupun tisu dapur dan sapukan minyak masak ke dalam rice cooker .

5. Tuangkan campuran yang rice cooker dan tekan cook. Sama seperti memasak nasi cuma kek pisang harus di masak 2 kali. Setelah masak, tunggu sebentar dan tekan cook lagi sekali. Selepas itu gunakan lidi dan cucuk kek itu. Jikalau lidi itu clear bermakna kek telahpun masak. Biarkan sejuk. Kemudian keluarkan dari periuk dan hidangkan.

Jom Buat Kek! Malas Nak Oven Pun Takpe! Rice Cooker Kan Ada 


Selalunya, periuk nasi hanya digunakan untuk memasak nasi sahaja tapi rupanya kegunaan periuk nasi elektrik tu lebih pelbagai. Nak masak kek coklat guna rice cooker ni pun boleh. Malah nak masak kek-kek lain seperti contoh resepi di atas juga boleh. 

Yang penting kena ingat untuk tutup penutup periuk nasi, tekan suis dan butang 'cook'. Masak kek dengan periuk nasi ni makan masa sama macam masak guna oven juga jadi bila suis periuk telah selesai, tekan lagi sekali untuk teruskan hingga kek betul-betul masak.

Selamat Mencuba! 

p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


2 comments for "8 Resepi Kek Mudah & Sedap Masak Guna Periuk Nasi (Rice Cooker)"

  1. Pernah buat kek gula hangus guna RC. Tak berapa nak jadi sbb once button cook tu naik, kek belum masak. Tekan lagi, dia asyik keep warm. Finally sendal dgn garfu to ensure butang cook tu menyala. Rupanya kena bagi rehat sekejap ye utk cook semula. BTW, thanks for sharing sis 👍

    ReplyDelete
  2. Thanks for your recipes 😊 have a lovely day.

    ReplyDelete