Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles, Sekali Makan Susah Nak Lupa

11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles, Sekali Makan Susah Nak Lupa | Resepi kari kepala ikan memang ramai orang suka. Tak tahulah kenapa tapi antara badan dan kepala memang kepala ikan yang besar-besar ni sering menjari rebutan. Antara ikan yang selalu di buat kari kepala ikan begini adalah ikan merah, ikan jenahak, ikan kerapu dan lain-lain lagi.

Hasil carian untuk resepi kari kepala ikan, alhamdulillah dapatlah kumpul 11 resepi kari kepala ikan yang dirasakan agak mudah untuk di buat. Jadi pada para penggemar menu kari kepala ikan yang lain, bolehlah cuba cuba resepi yang ada kat sini. 


Dikatakan yang kari kepala ikan adalah hidangan dalam masakan Malaysia dan Singapura dengan asal-usul India dan Cina. Ada betulnya sebab itu ramai orang suka makan. Sekali pekena menu kari kepala ikan ni boleh teringat-ingat ooo.. susah benar nak lupa. 



Bahan bahan:
-Kepala ikan jenahak/tenggiri/kerapu/merah
-2 keping isi badan ikan di atas
-1 cawan santan - pekat@cair ikut suka
-5 sb rempah kari ikan Baba's
-2 sb serbuk ketumbar Babas
-3 sb cili serbuk Babas
-1/2 sudu kecil jintan putih
-2 sudu kecil biji sawi
-3 sudu besar halia + bawang putih - yg diblend
-5 ulas bawang merah kecil - dimayang
-2 tangkai biji fresh cili merah besar - belah dua
-2 tangkai daun kari
-Asam jawa, sampai rasa cukup masam
-2 biji bawang besar merah &1 biji buah tomato - diblend hancur
-Bendi dan terung

Cara Memasak:-

1.Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yg dimayang dan cili besar sampai wangi.
Kemudian masukkan bahan blend halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.

2.Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.

3.Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.

4. JENG JENG JENG kari ikan mamak siap! Masak siang, utk makan malam lagi best. Kari lebih mesra


Credit resepi : Asyraf Zainuddin‎






Kepala ikan merah
Santan
5ulas bwg merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
3sudu bsr cili boh /cilikering
1 ulas asam keping
1peket rempah kari ikan
3tangkai daun kari

Tumbuk bwg merah, bwg putih, lengkuas, halia, kunyit, gaul dengan rempah n cili boh dgn sedikit air
Panaskan 3sudu bsr minyak, masukkan daun kari
Masukkan kesemua bahan rempah, asam keping, kacau sampai pecah minyak
Masukkan santan, sampai menggelegak, sentiasa kacau supaya tak berketul
Masukkan ikan dan gula garam
Bila hampir masak baru letak kacang bendi (kalau suka)

Peringatan : sentiasa kacau
Bila hampir masak, kecikkan api
Dlm 3 minit, kat sni la santan akan
Pecah minyak, warna pun akan jd
Cantik
Maaf atas kekurangan resepi, saya tukang masak amatur

Kredit Resepi : Zaleha Mamat





BAHAN-BAHAN:

Kepala ikan merah (dibersihkan)
kacang bendi
3-4 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
4 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air dijadikan seperti paste)
garam dan sedikit gula
500gm santan
air asam jawa

CARA-CARA :

Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
Masukkan santan.
Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi dab masukkan air asam jawa dan tomato.
Akhir sekali barulah perasakan dengan garam dan gula.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih, sambal belacan dan telur dadar.


Kredit Resepi : Resepi.co




Bahan2 :

1 ekor kepala ikan merah - bersihkan dan dipotong2
5 biji bendi - dipotong pangkal dan hujung
1 biji tomato - potong baji
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara2 :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.

Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta kepala ikan. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi.

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kredit: Kerja Dari Rumah




Bahan-bahan:

40 minit
700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.
Bahan untuk di tumbuk
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*
Bahan untuk di tumis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain berkaitan
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *


Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat


Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.


Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.


Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.


Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.


Siap dan sedia dihidangkan.





RESEPI KARI KEPALA IKAN INDIAN STYLE
====================
.
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
.
Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering
.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum.


2. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.


3. Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari. Tumis hingga harum dan bawang garing. Bila dah garing masukkan bahan kisar.Masak lagi hingga garing dan terbit minyak.


4. Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili. Masak hingga cili benar-benar garing.


5. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.


6. Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa. Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit. Kemudian tambahkan air. Biarkan ia merenih sebentar.


7. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.

8. Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.




Resepi (cara saya)
Minyak
Kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih, herba campur
Hirisan bwg merah
Daun kari
(Tumis)

Bwg putih
Bwg bsr
Halia (Blend)

Rempah kari
Rempah kurma (sikit je)
Serbuk cili

Air sikit
Ikan
Garam&aji
Air utk kuah (paras ikan)
Santan
Air asam jawa
Tomato

Cara2
Masuk bahan ikut turutan.. tumis semua garing baru masuk air.. ikan dh nmpk kecut skit baru masuk air lg dan bahan seterusnya.. siap






RESEPI KARI KEPALA IKAN ( ALA MAMAK )

Bahan-bahan:
1. Kepala ikan Merah dibersihkan dan di belah dua
2. bawang besar**
3. bawang putih**
4. 1/2 inci halia**
5. 3 sudu empah kari ikan
Bahan bertanda** kisar sekali

Bahan2 tumis:
1. 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
2. 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3. 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
4. 2 tangkai daun kari

Bahan2 lain:
1. Air asam jawa
2. 3 biji tomato, dibelah dua
3. Bendi
4. Terung panjang atau terung bulat
5. Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
6. 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua

Caranya:
1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.

2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.

3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka),masukan bendi dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

4. Bila mendidih, masukkan tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua dan siap.
Sedia utk dihidangkan.

kredit: mas aura





1. Bersih kepala ikan dulu bagi hilanh darah. Ni Ben belum bersihkan lagi. Bila dah semua bersih,tabur garam 3 sudu makan untuk 1.8kg kepala ikan yang dipotong ni. Perap 30 minit letak dalam peti.

2. Untuk bahan tumbuk

3 ulas bawang merah saiz 50 sen
4 ulas kecil / 2 ulas sederhana bawang putih
1 sudu makan rempah campur/halba campur
1/2 inci halia

Untuk bahan hiris

1 biji tomato dadu
2 ulas bawang putih kecil /1 ulas sederhana
2 bawang merah saiz 50 sen

3. Cara buat

Masukkan minyak banyak sikit. Takpe boleh buang nanti . Panaskan dan masuk bahan hiris ( bawang ) dengan daun kari. Tumis hingga layu baru masukkan tomato. Bila dah layu masukkan bahan tumbuk dan tis hingga layu serta baik bau.

Api kecik biar padan patut. Nanti hangit . Kari jadi pahit. Tak sedapp.

4. Rempah kari ikan babas

80 gram
1 sudu makan membukit serbuk cili babas

5. Letak air panas dan jadikan pes kari

6. Bila bahan tumis dah layu naik bau semua,masukkan pes kari tadi,tambah air tadi dan kecilkan api. Ini proses untuk matikan rempah . Kena guna api kecil tuk elak rempah kari hangit dan pahit.

Dalam 20-25 minit biar dia duk main api bir mendidih kecil. Sesekali kacau. Ini penentu jadi ke tak kari .

7. Dah pecah elok apa semua, masukkan air asam jawa ( 1 1/2 sudu asam jawa ) tapis buang biji.

Rasa kari mamak dia ada masam-masam sikit.

8. Masukkan bahagian kepala ikan jenahak dan tambah air bagi kepekatan sesuai.

Buka api besar sikit dan 10-15 minit. Sebab isi jenahak dia jenis kenyal sikit berbanding isi ikan merah yang lembut. Kalau guna isi ikan lembut,singkatkan lagi waktu.

Tambah garam dan serbuk perasa ikut tekak. Ingat.

Kredit Resepi : Ben Safwan






Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan) - Sheila Rusly 

bahan-bahan :
Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
garam dan sedikit gula
air asam jawa


Cara-cara :


Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.


Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.


Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.


Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.





Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

700 gram kepala ikan merah, boleh juga kalau nak di gantikan dengan ikan lain.

Bahan-bahan yang untuk di tumbuk ialah:-
3 ulas bawang merah(*)
3 ulas bawan putih(*)
1 inci halia.(*)
1/4 biji bawang besar(*)

Bahan untuk di tumis ialah:-
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain yang berkaitan dengannya ialah:-

2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya ialah:-

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*)

Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat

Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.

Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.

Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

Siap dan sedia dihidangkan.


Itulah dia antara 11 resepi kari kepala ikan yang boleh di cuba. Ada resepi kari kepala ikan tanpa santan dan ada juga resepi kari kepala ikan yang mudah. Yang pasti resepi kari kepala ikan ini memang sedikit berbeza dari resepi kari ikan biasa. 

Selamat mencuba. 

3 comments for "11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles, Sekali Makan Susah Nak Lupa"