Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Resepi Aiskrim Malaysia Homemade Sedap Dan Mudah

15 Resepi Aiskrim Malaysia Homemade Sedap Dan Mudah |  Zaman kecil dahulu, aiskrim Malaysia dalam plastik disebut sebagai aiskrim batang dan ini antara minuman kegemaran. Dulu aiskrim Malaysia dalam plastik harga murah dengan pelbagai perisa yang menarik dan sedap. 

Sekarang sebatang aiskrim Malaysia boleh cecah RM2 mengikut bahan yang digunakan. Antara resepi aiskrim homemade Malaysia tersebut adalah aiskrim nestle, aiskrim kitkat, aiskrim magnum, aiskrim musang king, aiskrim oreo, aiskrim paddle pop dan lain-lain.

Suka makan ais krim Malaysia, bagaimana nak buat sendiri di rumah? 

Makan aiskrim homemade terutama di waktu cuaca agak panas, memang umph! Untuk buat aiskrim homemade sendiri di rumah mudah saja. Banyak betul resepi buat aiskrim homemade guna 3 bahan cara mudah dan tak guna banyak bahan. Sedap dan rasanya seakan aiskrim yang dibeli di pasaraya.

Gambar Resepi Aiskrim Malaysia

Untuk mudahkan urusan, aku ada Google cari beberapa resepi aiskrim homemade yang boleh di buat. Macam-macam jugalah resepi yang muncul. 

Ada resepi aiskrim homemade lambat cair, ada resepi aiskrim vanila mcdonald, ada resepi aiskrim homemade guna susu dutch lady, resepi aiskrim strawberry, resepi aiskrim tanpa telur, resepi aiskrim guna whipping cream dan bermacam lagi. 

aiskrim-malaysia-homemade

15 Resepi Aiskrim Malaysia Buat Sendiri Sedap Dan Mudah

#1 - Aiskrim Sumi


aiskrim-malaysia-homemade


Bahan – bahan :
  • 3 paket sumi.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 tin susu pekat.
  • 4 tin air.
  • secubit garam.

Cara-cara penyediaan :

Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian,tutup api dan sejukkan sebentar.

Buka dan asingkan sumi di dalam bekas. Kalau nak hancurkan pun boleh.Chef hancurkan bagi nampak sedikit. Kalau nak tambah buah dalam tin atau nata de coco pun sedap.

Sudukan sumi ke dalam plastik aiskrim secukupnya.Nak lagi senang guna jag.

Kemudian masukkan campuran susu tadi, ikat, goncang dan baringkan atas pinggan supaya sumi tadi serata.

Bekukan dan sedia dimakan

#2 - Aiskrim Oreo


aiskrim-malaysia-homemade


Bahan-bahan:
  • 3 cawan whipping cream (disejukkan)
  • 3 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 keping biskut oreo (dikisar)
  • 2 keping biskut oreo (dipatah kecil)

Cara membuat:
Sejukkan mangkuk dan pemukul dalam freezer selama 20 minit.

Tuangkan whipping cream sejuk dalam mangkuk bersama gula halus dan esen vanila , putarkan pemukul pada kelajuan tinggi hingga whipping cream kental.

Masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer selama 2 jam.

Keluarkan aiskrim dan taburkan biskut oreo yang dikisar , gaulkan sedikit dan simpan semula dalam freezer semalaman.

Boleh dihidangkan.

#3 - Aiskrim Asam Boi



Bahan-bahan:
  • Air panas
  • Gula
  • Perisa asam masin
  • Asam boi
  • Plastik aiskrim

Cara membuat:

Larutkan gula dengan air panas. Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh). Biarkan sejuk.

Masukkan asam boi ke dalam plastik. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik.

Ikat ketat-ketat. Simpan dalam peti ais hingga beku.

#4 - Aiskrim Mint Chocolate Rice




Bahan-bahan:
  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam
  • Chocolate rice
  • Esen peppermint
  • Pewarna turquoise

Cara membuat:

Masukkan chocolate rice siap-siap ke dalam plastik aiskrim.

Bila susu dah mendidih, masukkan esen peppermint.

Lepas tu masukkan pewarna turquoise.

Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.


#5 - Aiskrim Nutella


aiskrim-malaysia-homemade


  • Bahan-bahan:
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 5 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit garam

Cara membuat:

Masak atas api kecil sehingga semua larut dan menggelegak.

Lebihkan air kalau nak kurang manis dan tambah gula kalau nak manis.

Sejukkan dulu baru tuang dalam plastik.

Letakkan nutella dalam plastik dahulu baru tuangkan campuran tadi.

Sejukkan.

#6 - Aiskrim Green Tea Sumi


aiskrim-malaysia-homemade


Bahan-bahan:
  • 4 sudu besar serbuk green tea Thai (direndam air panas)
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
  • sumi sebanyak yang suka

Cara membuat:

Bancuh serbuk green tea dengan air panas. Toskan serbuk green tea.

Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.

Masukkan secubit garam.

Biarkan seketika bila dah sejuk, potong kecik sumi ke dalamnya kemudian boleh masukkan dalam plastik aiskrim.

Bekukan dalam peti ais.

#7 - Coklat ais krim


aiskrim-malaysia-homemade


BAHAN-BAHAN : 

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu kecil vanila
  • 4-5 sudu besar serbuk koko@milo
  • Coklat chip @coklat rice
  • 1 biji telur

CARA-CARA : 
1. pukul telur, susu cair, vanilla, susu pekat dan ovallate sehingga betul2 kembang dan gebu
2. pukul selama 15 minit
3. bila dah gebu masukkan serbuk koko@milo
4. kacau sebati
5. masukkan coklat rice @coklat chip
6. Tuang dalam bekas
7. sejukkan dlm freezer
8. sejukkan paling kurang 6 jam



#8-Ais krim Keladi


aiskrim-malaysia-homemade


Bahan-bahan asas :


Bahan A.
  • 1/2 tin susu pekat (kalau hendak kurang manis boleh dikurangkan),
  • 1 tin susu cair,
  • 1 sudu makan Ovelette,
  • 1 biji telor ayam,
  • 1 sudu teh vanilla

Bahan B
  1. perasa atau pewarna keladi (lazimnya berwarna ungu) atau bahan perasa lain seperti strawberry atau coklat.

Cara-cara membuatnya :


~ Campurkan semua bahan-bahan A dalam mixer sehingga sebati dan gebu.


~ Sebaiknya semasa mixing pada mulanya menggunakan kelajuan perlahan-lahan kemudian laju.


~ Masa untuk mixing diantara 15-20 minit bergantung kepada keadaaan.


~ Kemudian tuang sebahagian didalam bekas membuat aiskrim.


~ Sebahagian campuran lagi dimasukkan dengan perisa keladi dan putar lagi mixer sehingga sebati


~ Setelah itu masukkan dalam bekas aiskrim tadi dan masukkan kedalam peti ais (tempat freezer) selama semalaman dan esoknya kita boleh menikmati aiskrim keladi yang enak dan segar buatan sendiri. 


#9 - Ais krim Malaysia Tembikai


  • Buah tembikai
  • Gula
  • Air

- Blend semua bahan tp kurangkan kuantiti air.


- Tuang terus ke dlm plastik aiskrim. Bekukan.


- Kalau suka blh tambah buah laici.


#10-Ais krim dari pisang


Bahan-bahan:
pisang
susu
sedikit jus lemon
madu

Cara-Cara :

Pisang pisang masak, potong dan membekukan selama 4 jam.

Pukul madu dan jus lemon dalam pengisar, secara beransur-ansur menambah susu.

Aiskrim siap untuk beberapa jam di dalam peti sejuk.

#11- Aiskrim Cappuccino Oreo

aiskrim-malaysia-homemade


Bahan-bahan:
3 tin susu cair
2 tin susu pekat
12 tin air penapis
5 sudu gula
3 sudu tepung jagung dibancuh
1 sudu kecil garam
Oreo crush

Cara membuat:
Masukkan oreo crush siap2 ke dalam plastik aiskrim.

Bila susu dah mendidih, msukkan cappucino emulco.

Kacau hingga sebati.

Tunggu susu sejuk baru masukkan dlm plastik.

Bekukan di dalam peti ais.

#12-Aiskrim Durian


aiskrim-malaysia-homemade

Bahan-bahan:


3 tin susu cair
2 tin susu pekat
12 tin air penapis
5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
1 sudu kecil garam
Paste durian

Cara membuat:

Didihkan semua bahan kecuali paste durian.

Bila susu dah mendidih, masukkan paste durian yang dibeli di bakery. (Paste durian tu terpulang nak letak banyak mana. lagi banyak, lagi sedap terasa duriannya)

Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.

#13 - Aiskrim Kacang Hijau


aiskrim-malaysia-homemade

Bahan-bahan:


  • Kacang hijau rm2 (rendam semalaman)
  • Santan 1 liter
  • Gula 2-3 cawan (kalau tak nak manis kurangkan)
  • Gula merah rm2
  • 1-3 cubit garam

Cara membuat: 

Kacang hijau yang dah direndam semalaman.

Rebus sampai embuk/kembang.

Air gula merah masak berasingan (tapis).

Bila kacang dah empuk, masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.

Masak macam buat bubur kacang.

Kemudian tutup api dan biarkan suam baru isi dalam plastik aiskrim.

Sejukkan di dalam peti ais.

#14 - Aiskrim Homemade 




Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat: 

Didihkan semua bahan dan sentiasa kacau.

Sejukkan seketika.

Letakkan 1 sudu besar ovallate dan 1 sudu kecil esen vanila.

Mixerkan bahan ni tahap max mungkin dalam 30 min atau sampai gebu.

Nak tahu gebu ke tak, bahan menjadi 2 kali ganda dari asal.

Bila dah gebu.. Letakkan perisa disukai.

Bekukan semalaman.




15. Aiskrim coki-coki 

aiskrim-malaysia-homemade

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air masak
  • Secubit garam
  • Masak sekejap hingga hampir mendidih
  • Coki-coki ikut suka

Cara-cara:

1. Masak semua bahan kecuali coki coki sehingga mendidih.

2. Tekan coki-coki ke dlm plastik aiskrim. lkut la selera nak byk mana. Nak lebih mudah sejukkan dulu coki-coki di dalam peti sejuk, masukkan ke dalam plastik dan biarkan ianya cair semula pada suhu bilik.

3. Tuang susu yang dimasak ke dalam plastik yang sudah ada dengan coki-coki tadi.




aiskrim-malaysia-homemade

Kesimpulan

Itulah dia lima belas resepi aiskrim yang boleh kita sama-sama buat kat rumah. Siapa yang berhajat nak makan aiskrim sendiri bolehlah kita buat sama-sama. 

Tapi disebabkan malas nak keluarkan belanja untuk beli banyak bahan maka daku fokus pada resepi aiskrim homemade buat sendiri yang lebih mudah saja. Yang penting sedap makan! Apa perisa nak buat tu belum putuskan lagi so kumpul dululah semua resepi yang ada. 

Nak buat aiskrim Malaysia tak ada lah susah mana. 

Selamat mencuba

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer









6 comments for "15 Resepi Aiskrim Malaysia Homemade Sedap Dan Mudah"

  1. Sy suka mkn ais krim malaysia...skrg ni blh buat mcm2 perisa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah boleh la cuba. Dah alang2 cuti PKP ni 😁

    ReplyDelete
  3. Sedap makan time pkp nih... Cumanya lagi sedap kalau orang buatkan... 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Aiskrim kat kedai selalu xde stok. Moh ler kita cuba resepi ais krim Malaysia nih hehehe :)

    ReplyDelete
  5. dapnya..dah lah time PKP ni, panaih bebenor...tapi kalau nak buat skrg ni, peties tgh penuh..kena tunggu ada ruang2 boleh la selit2 sebatang dua hat eskrim msia tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Aiskrim asam boi tu menggoda sungguh :)

    ReplyDelete