6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter | Dalam masa PKP ni hmmm agak susah sikit nak dapatkan stok telur. Biasalah, telur kan antara bahan utama yang sering ada di setiap rumah. So bila dalam keadaan ni tetiba terfikir untuk mencari aneka resepi kek tanpa telur dan tanpa butter yang boleh di buat dengan mudah kat rumah.

Macam biasa, bila di Google sudah tentulah ada antara resepi yang berkaitan dengan pencarian untuk resepi kek tanpa telur ini. Antara resepi yang muncul adalah resepi kek butter tanpa telur sukatan cawan, kek 3 bahan tanpa telur, kek coklat moist tanpa telur, kek span tanpa telur sukatan cawan, resepi kek marble tanpa telur sukatan cawan dan bermacam-macam lagi.

Lepas di belek-belek dengan menentukan cara masakan, bahan sampingan lain dan kaedah penyediaan, akhirnya daku dapat himpunkan 6 resepi kek mudah tanpa telur dan butter untuk di cuba sendiri kat rumah nanti, InshaAllah. 


Antara resepi kek tanpa telur dan butter yang mudah amat ini adalah : 

#1 - Apam Coklat Tanpa Telur Dan Butter 

Yang pertama adalah kek apam coklat tanpa telur dan butter. Untuk adunan ni akan dapat lebih kurang 16 biji dengan acuan lompang begini. 



Bahan-bahan apam coklat
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
1 cawan gula
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawa serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu tepung
emulco choc
3 sudu nutella
Cara-cara membuat apam coklat tanpa telur step by step
1. Blend minyak, susu segar dan gula selama 3 minit
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan susu tepung dalam bekas besar
3. Campur semua bahan kecuali nutella dan emulco choc. Kacau rata hingga sebati.
4. Masukkan emulco choc dan nutella. Kacau rata lagi sampai sebati
5. Masukkan adunan ke dalam cup kecil, lepastu letak dalam bekas lompang.
6. Kukus selama 15 minit.
Apam coklat tanpa telur sedia dihidangkan.

#2 - Kek Brownies Mudah Tanpa Telur Dan Butter 



Ini boleh di anggap sebagai resipi brownies yang paling mudah, malah lebih senang dari membuat kek chocolate moist. Mana taknya, untuk buat brownies ni tak payah letak telur, tak perlu guna mixer dan tak perlu guna butter juga. 

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
1/4 sudu soda bikarbonat
1/8 sudu garam

Bahan B
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara : 

Mula-mula ayak semua bahan A. 

Kemudian sebatikan semua bahan B dan masukkan bahan A yg telah diayak tadi ke dalam bahan B.

Sebatikan dan bakar dalam oven pada suhu 170° sehingga masak / naik bau.

Credits : Afiqah Koh 


#3 - Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Dan Butter 



Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam ( secukupnya )
3/4 cawan gula
2 sudu besar coklat cip
1 cawan air ( 250 ml ) atau secukupnya – better guna air sejuk dlm fridge
1/2 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
1/4 cawan minyak

Cara Membuatnya :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
2. Masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.
3. Kemudian, masukkan pula air sejuk, gula,esen vanila, jus lemon,garam serta minyak dan pukul hingga sebati.
4. Setelah itu, masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati dan tidak berketul.
6. Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga masak. Boleh uji kek dengan lidi untuk pastikan kek masak atau tidak. Cucuk pada kek, kalau bahan melekat pada lidi maknanya kek belum masak.

Untuk Toping : 

Masukkan coklat masakan, sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu dalam bekas dan guna kaedah doule boiler. Biarkan cair dan sapukan topping atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.


#4 - RESEPI CUPCAKE COKLAT MOIST TANPA TELUR (KURANG MANIS) 



Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn minyak masak
1/2 cawan air suam
1 sk (rata) soda bikarbonat
1 sk (rata) baking powder
.
Cara-cara:

Satukan bahan kering (gaul rata). Masukkan susu pekat & minyak masak (sebatikan). Masukkan air and kacau sehingga sebati.
.
Taburkan chocolate chip/ white chocolate. Bakar pada suhu 160c dalam 10 minit atau lebih (depends pada oven masing-masing). 
Nak kukus pun boleh. 


#5 - Resepi Kek Marble Mudah Tanpa Telur Dan Butter 




ADUNAN PUTIH :

1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla

ADUNAN COKLAT :

1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama
1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla

Cara-caranya :

Untuk adunan putih, campurkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. 

Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan-bahan yang basah. 

Tuang bahan-bahan yang basah ke dalam adunan bahan-bahan kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.

Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.

Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.

Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.


#6 - Kek Pisang Tanpa Telur



Bahan-bahan :

8-9 biji pisang berangan - lenyek
1 cawan gula pasir / gula perang
3/4 cawan minyak
1/4 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t esen vanila/ esen pisang
Badam cincang - tabur

Cara-cara :

- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dlm pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dgn spatula.
- tuang ke dlm loyang yg telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak.


Itulah dia 6 resepi untuk kek tanpa telur dan butter yang boleh kita cuba sama-sama. Jom masak! 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.