Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Bahulu Mudah, Sedap, Senang (Guna Blender Dan Sandwich Maker Jer!)

Resepi Bahulu Mudah, Sedap, Senang (Guna Blender Dan Sandwich Maker Jer!) | Hampir semua orang tahu apa itu kuih bahulu. Apa tidaknya, kuih bahulu ni antara makanan tradisional. Bila time raya selalunya akan ada. Kuih ni nak buat dengan cara tradisional bukannya mudah. Nak kena timbuk telur sampai lenguh tangan dan nak kena pula bakar dengan guna sabut kelapa atas bawah. 

Sesekali duduk jauh dari kampung halaman ni timbul pula rasa rindu dengan kuih bahulu. Nak buat ikut cara emak kat kampung rasa tak mampu. Tak pandai! Tak berdaya. Jadi cara termudah yang paling senang adalah dengan menggunakan blender dan pembakar roti (Sandwich maker). 

Mujurlah jumpa resepi kuih bahulu homemade ekspress guna pembakar roti ni dari Mr.Google so bolehlah buat untuk dinikmati bersama suami dan anak-anak. 



Inilah rupa kuih bahulu eskpress yang di buat secara homemade kat rumah. Kejap je dah pun siap. Seronok juga bila dapat buat dengan suami kat dapur. Sambil tunggu bahulu masak dah mula terbayang makan bahulu panas yang lembut. Memang terbaiklah!

Siapa sangka, resepi bahulu yang susah tu rupanya boleh di buat dengan mudah hanya dengan menggunakan sandwich maker. Tak payah lagi nak cari sabut dan sebagainya. Tapi tak dinafikan, rasa kuih bahulu yang di masak secara tradisional sudah tentulah lebih special, lebih sedap dap dap dan lebih umph berbanding dengan kuih bahulu ekspress seperti ini.

Walaubagaimanapun, at least dapat lepaskan rasa teringin tiap kali ada keinginan nak makan kuih bahulu. 

Tetiba ada si isteri tengah ngandung yang teringin nak makan bahulu ke, haaa bolehlah suami tunjuk terror dengan masak sendiri kat rumah untuk si isteri yang mengidam tu. 


Kat rumah ni, si Kasih Sufi paling suka dengan bahulu ekspress guna pembakar roti ni. Kasih sorang sekali makan boleh hadap sampai tiga ke empat biji. Bila lihat Kasih makan dengan penuh selera, sudah tentulah sebagai ibu rasa happy yang teramat sangat.

Okaylah, tak nak terus membebel lagi, bagi yang ada guna pembakar roti kat rumah tu, dari asyik buat sandwich je, jom kita pakat cuba guna sandwich maker tu untuk buat resepi kuih bahulu pula. Bahan dan cara untuk buat resepi bahulu mudah menggunakan pembakar roti ni, boleh follow panduan di bawah dari A hingga Z berserta dengan gambarnya sekali. 

Cara Buat Bahulu Guna Blender & Sandwich Maker Langkah Demi Langkah


Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan jika nak kurang manis)
3 biji telur


Cara Membuatnya : 

1. Blender telur dan gula sampai gebu kemudian masukkan tepung dan kacau semuanya hingga sebati.

2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak dan masukkan adunan tadi.

3. Masak seperti buat sandwich macam biasa. Siap untuk dinikmati!


 Untuk lebih mudah faham, boleh follow langkah demi langkah seperti gambar di bawah.










Syukur Alhamdulillah, sekali buat terus jadi tau! Bahan yang digunakan pun tak banyak. Hanya tiga jenis bahan saja. Jimat kos, jimat belanja, jimat masa. Jom layan resepi yang daku dah cuba ni. Nanti bolehlah ikut cuba sekali bila free. 

Rasanya boleh kot di sebut sebagai kuih bahulu moden disebabkan hanya perlu guna blender dan pembakar roti.  

Jom cuba! 



2 comments for "Resepi Bahulu Mudah, Sedap, Senang (Guna Blender Dan Sandwich Maker Jer!)"